BLOGGERIANS

Monday, March 16, 2015

Weekend biasa yang membahagiakan.

Weekend kali ni bertiga je.


"Ibu ngan baba.... ooo ibu dan baba ....." - lagu fav Faiq. Harhar. Budak ni suka menyanyi. Menurun dari siapa la tu kan... haha.


Mainan besar2 semua atok nenek belikan... huntung ler ko nak oi. Selamat duit ibu dan baba. Ahaks. 



Ini tengah buat rumah kerbau. Dah kenapa kerbau? Haha. Macam2 la Faiq ni. 






Basikal baru lagi. Terima kasih atok. Yeahhh.. point lebih kat atok hehehe. Semua benda nak sumbat dalam bakul basikal pastu mengamuk sebab tak muat. "Ibuu... tolong caye (saya) ibu..." hahaha






Layan anak main lego sambil lipat baju. Omg letih mulut bercakap. Asyik bertanya.... selagi tak puas hati jawapan kita... selagi tu dia tanya. Hewhew


Faiq : ni baju siapa ibu?
Ibu : baju abang la...
Faiq : beli kat mana ibu?
Ibu : beli kat kedai la sayang...
Faiq : kedai apa ibu?
Ibu : kedai baju la sayang... tak kan kedai mainan..
Faiq :  oooo (sambil tersengih2)


----------

Faiq : ibu kawan abang tak?
Ibu : kawan la sayang. ..
Faiq : oooo... ingat tak kawan...
Ibu : -_-'



Petang Sabtu kesian tengok Faiq boring. Bawa pergi City Park.. 5 minit dah sampai. Dekat je kan. Hee.  Amboi ramai nau orang. Best la tempat ni. Makin banyak aktiviti.. dengan senamrobik nye.... belon besau2.... bagi ikan makan.... melambak tepi jalan jual aiskrim pasu.. hehe.... pisang goreng cheese pun banyak...



Faiq suka pistol yang kuar buih ni. Pakai bateri RM15. Mengamuk nak beli -_-' abih duit baba kena pow ahaks




Lepak sat :)



Dah alang2  keluar tu... terus jela dinner. Balik tak payah fikir nak masak ape... senang kerja ibu. Husband dah lama mengidam nak makan sini... The Steak House... berhampiran dengan Mydin Seremban 2. tapi asal lalu je penuh orang... lokasi tepi jalan... tak tahu macam mana nak handle Faiq kalau makan kat sini. Tetiba petang tu eh tak ramai pulak orang... terus la check in... hihi. Dengar cerita kedai ni famous... steak sedap menjilat jari.... tapi kan... bagi aku n husband.... dalam 1/10... boleh bagi 4 jela.... tak ada lah sedap mana.... daging liat sikit... tak juicy.... daging macam dah sejuk.. kuah black pepper ok cuma masin sikit... orange juice dia pelik sikit... macam tak banyak guna orange. ... banyak air gula... pergh review aku menjatuhkan sangat ni. .. ini review ikhlas ni haha. Bagi aku kalau nak makan steak best... g makan kat restoren Wind Mill area city park tu... lagi berbaloi. Hihi. Lamb chop dia sedap giler. Tomyam pun sedappp. 







Tapi ok la.. bukan nya tak boleh makan langsung steak dia.. cuma tak yang macam weols bayangkan... hehehe

------------------------------------


Petang Ahad pulak.. Faiq mula buat perangai dah bosan duduk dalam rumah.. hee.. lepas Asar terus ke Eagle Ranch Resort PD. 40 minit jugak kot dari rumah. 1st time sampai sini masa awal2 kerja TM dulu... tahun 2009...  beriya la bercerita kat husband.... kat Eagle Ranch ni macam2 ado.... boleh naik kuda... bagi rabbit makan... go kart.... memanah... paintball... naik basikal yang kayuh 2 orang tu... naik kuda kecik tu... panggil apa ek? Poney ke apa? heh. 



Sekali kan.. bila sampai. Eh, macam tak ada orang je? Pastu dengar bunyi bising kat pool. Ada 2 family kot mandi manda situ. Pastu tak ada orang dah.. kat tempat naik kuda pun ada seekor je kudanya... hahahaha. Betul ke tempat ni? Ahaks. 




Terus rasa kemalu maluan kat husband. Kahkah. Tadi beriya nau cerita kan. Ops. Mana ceq tau hahaha. Aku rasa tempat ni havoc bila ada team building je kot. Eh tapi dulu time aku datang dengan member opis... ramai je orang luar...  confused pulak mak.





Faiq pun macam blur2. Kita kat mana ni ibu? kita nak pergi mana ni ibu? Ibu iz tak dapat nak jawab haha


Sebagai bukti tempat ni dulu best. Meh tepek gambar sedas dua. Harhar. Zaman anak dara.. zaman chubby... masa anak dara dulu ai iz chubby. Tak tahu la kenapa hahahaha.



Nasib baik muat duduk dalam seat yang kecik tu hahaha. Best wey naik bendalah ni haha





Hahaha bulatnya. Betul ke aku ni? Hahahaha




Hahahaha mampu gelak je tengok gambar ni semua. Lol




Bukti kuda kecik ni wujud tau hahaha



Nasib baik husband tak membahan aku. Hahha. Bagi mengubati kekecewaan dia ajak singgah Dataran Teluk Kemang jap. Sini ramai orang. Banyak orang luar kot. Akhirnya dapat jugak Faiq naik kuda. Siap berjoget2 atas kuda -____-'






Nampak pantai terus mengelintin nak mandi. Omg sampai ke rumah berzikir nak mandi laut.. nak mandi laut... huwaa nanti yeh sayang... ibu tak bawak baju hahaha. 



2 comments:

Didie Kamila said...

Rasanya mmg xramai org..huhu..tahun lepas dtg team building pun tak berapa ramai..ramai pun dgn org dtg fmly day ke..tp utk team building ok jugak la..byk jgk la facilities dgn activity..

SweetLikeWhat said...

alolo bergaya lah faiq naik kuda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...