BLOGGERIANS

Wednesday, April 1, 2015

Budak leter


Kalau pergi asyik teringat ingat je cakap dia. Hehe. Yer dah makin leter kan... ada je akal dia nak buat ibu hangin. Haha. Ibu cuba la jadi cool. Hee. 


Sekarang aku memang tak masak dah balik kerja. Dulu rajin jugak aku masak.. sekarang ni manjang tak lalu nak masak.. sebab aku nak muntah tengok dapur kecah - kecah tu. Pheww. Penyudahnya memang beli kat kedai mamak. Aku memang tak lalu nak beli kat kedai melayu. Tak tahu la kenapa.. rasa kembang je tekak mak ni noks. Macam malam tadi teringin nak makan mihun goreng mamak tu... pastu husband cakap alaa bukan sedap pun... kedai akak tu lagi sedap.. ok la aku mengalah je sebab malas nak susahkan dia. Beli jugak la.. sudahnya aku kembang tekak tak boleh nak makan pun.. huuu tak lalu tengok mihun dia.. rasa apatah lagi.. tekak tak sedap kot.. laki aku makan habis je. Huhu. 


Eh kan dah meleret - leret cerita bahaha. Rutin aku selalunya lepas makan aku akan teman anak bujang ni main mainan dia.. basikal dia.. sampai dia boring.. sambil - sambil tu aku gosok baju nak pakai esoknya... sembang - sembang... pastu Faiq cakap. 


Tengah naik basikal ni... beriya ajak aku tumpang.

Faiq : ibu, abang nak pergi kerja ni. Ibu nak ikut tak? Ibu duduk kat belakang ok.
Ibu :  takpela.. ibu tengah gosok baju ni. Abang kerja kat mana?
Faiq : abang kerja kat ofis. 
Ibu : dalam hati amboi tau pulak kau kerja kat ofis. Ofis apa abang kerja ni? 
Faiq : ofis Faiq laa.. best ofis faiq ibu... ada mainan.. ada gula - gula.. ada coklat...

-_-'


Dah siap gosok baju.. aku akan siapkan baju Faiq untuk esoknya pulak...  lepas tu baru aku mandi. Heh.


Eh lupa. Malam tadi masa tunggu akak kedai tu goreng mihun... aku tinggal dalam kereta dengan Faiq. Faiq main game pou kat handphone aku. Baba pergi kedai kat belakang tu je.. nak beli apa tak sure sebab tak sempat tanya. 

Punya la lama baba ke kedai. Aku tengah tahan kencing kot. Tau jela preggy kan tahan kencing mana best. Aku saja - saja jela bagitau Faiq "hish mana la baba ni abang... ibu sakit perut nak kencing nih.. "

Faiq jawab spontan "jap ibu eh... belum sampai rumah lagi... baba pergi beli air kosong jap.. air kosong dah habis "

Erkk ok. 

Baba sampai tak lama lepas tu memang beli air kosong. Hahaha. Adoi la. 



Rindu anak ibu ni :)


3 comments:

Jen Jen Areff said...

tere la faiq... bestnyer...

.hasina. said...

haha selalu dah sampai ofis mesti rindu anak kan. sama ler. wuaaaaa

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

selalu org kembang tekak makan kat kedai mamak, ni dah terbalik plak..

x pe la, yg penting selera makan tu ade kan..kot kembang tekak, x leh makan jugak kan??

faiq dah makin bijak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...