BLOGGERIANS

Thursday, April 9, 2015

Bukannya makan petai pun...hok aloh

Aku balik awal hari ni. Alaa awal setengah jam je dari selalu. Kebetulan bos tak ada. Cuti pulak hari ni.


Naik komuter wah ngam - ngam dapat duduk. Sebelum tu dok tapau roti dengan buah - buahan. Rutin dah tuh. Asyik lapar je katanya.


Selalu aku makan siap - siap sebelum train sampai. Dah nak hujung - hujung tak ada orang baru aku sambung makan.. kalau tak habis lagi laa.


Ni tadi aku tak sempat nak pre makan tetiba train dah sampai. Eh alhamdulillah dapat duduk. Tetiba rasa macam nak makan la sebijik jambu batu nih. Tadi tak sempat nak rasa. Cadang memang nak makan seketul je pun. Segan pulak nak makan depan orang ramai - ramai nih.




Sekali ada sorang pompuan sebelah aku ni sound "lain kali jangan makan dalam train tau " dengan muka sinis je pandang aku.
Hok aloh. Kereknya minah ni. Bukannya aku makan petai pun sampai berbau satu train. Ye aku tau tak boleh makan dalam train. Tapiii aku bukan makan pelahap nau pun. Eh kau terliur tengok jambu aku kan? Bahaha.


Memang aku salah pun. Tapi jambu je kot haha. Tak payah la bajet good - good sangat ok. Aku cam muka kau tau... jangan sesekali biar aku nampak kau pulak makan dalam train. Satu train aku jerit nanti bahahhaa. Ingat aku tak berani.


P/s - eh ada lelaki sesat dalam koc wanita nih. Tak nak tegur ke? Kahkah. 

6 comments:

.hasina. said...

garang betei main sound2 org je kan! huhu

SweetLikeWhat said...

hekeleh sibuk gila!train tu die punya kot..lain kali tanya awak nak sikit kE..HAHA

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

die teringin la tu kot.. hehe..
lelaki tu buta huruf agaknyer..

diana aziz said...

bukannya sepah2 ke ape. kalau makan nasi campur bagai, boleh laa nak sound org kan. skema melampau. ntah2 dia terliur tgk awk makan x? hahaha

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hahaha... die allergic ngan jambu kot. atau dia puasa huhu

CikNaa said...

mahu tapi malu lettew! haha..kesian dia yana..len kali makan, ajak dia, kak nak ke? ambiklah..saya bagi free aje.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...