BLOGGERIANS

Friday, April 17, 2015

Check up 3 bulan

Macam dah lama je tak update blog haha.. Aku baru je bukak buku pink hari selasa lepas... terus cik misi bagi date jumpa doc untuk minum air gula (mgtt). Katanya ni prosedur baru. follow jela kan. Cik misi bagi pilihan nak hari khamis ke jumaat. Aku pilih jumaat je sebab tau jela kan minum air gula kena 2 jam tunggu amik darah. Hoi cuti jela terus. Membazir masa aku nak kejar train pergi ofis segala :) amik masa dekat 2 jam jugak nak sampai ofis kang. Karang pukul 2 sampai ofis. . 530 dah balik. Baik cuti je hewhew.



Hai 2 tabung la kena amik darah nanti nih ;(


1 buku abang Faiq... 1 lagi buku adik baby. Besar sikit ek buku yang baru nih.



Amik darah sebelum minum air gula. Sakit hoi. Aku rasa misi kat kk sendayan ni ganas sikit la. Masa kat bukit bangsar dulu tak rasa sakit sangat pulak. Hewhew 


Dan.... yeah... ingat ada perisa dah. Sekali... ermm plain jugak. Mug besar pulak tu. Masa Faiq dulu dalam foam cup kecik je. Makin lama makin banyak pulak air gula kena minum ek? Aku ingat dapat 3rd baby nanti satu jug air gula kena minum kot? Haha




Setengah jam baru dapat habiskan. Phew. Naik kembang tekak aku.




2 jam lepas tu kena amik darah lagi.. dalam 1040 aku g tadah lengan amik darah lagi setabung. Mak aih sakit pulak yang nih. Hadoi. Sampai sekarang terasa-rasa bengkak je urat kat both lengans. 



Masa amik darah 2nd time ni aku sempat tanya misi.. aku tak kena jumpa doc ke? Eh cik misi tanya aku balik. "Awak kena jumpa doc ke? (Sambil dok selak-selak buku pink aku) Eh aah laa... kena jumpa doc ni.. patutnya masa 2 jam tadi awak dah jumpa doc dah.."

 -_________-


Aku dah la 1st time datang klinik ni. Cuba bagi arahan dengan jelas sikit. Sakit pulak hati aku. Klinik pun dah clear. Aku last sekali kot. Padahal aku sampai 815am.  -_- 


so pergi la letak dua - dua buku pink kat depan bilik doc (medical officer yang bertugas). Nasib kejap je. 5 minit pastu nama kena panggil. Doc interview serba sikit... pastu scan... oh ok kandungan ikut date edd. Sebenarnya aku lewatkan lmp 4 days. Aku takut kena induce nanti. Sebab period cycle aku panjang... 33 days. Peluang nak kena induce tu tinggi. Seram bila fikir pasal contraction lepas induce. 

Nampak la jugak baby dah gerak :) tapi nampak lembut je gerakannya. Time abam Faiq dulu scan 3 bulan mak aih macam hamster berpusing- pusing dalam perut ibu hehe. Adik baby ni macam sopan sikit lak haha. Doc tengok scan yang awal - awal tu aku ada cyst kan... scan kali ni dah hilang.. doc kata rasanya itu bukan cyst.. maybe telur yang tak jadi.. so bila baby membesar... telur tu kecut dan hilang. Gituu...


Mana- mana kkia yang aku pergi pun kebanyakan hiasan macam budak tadika. Eh tadika lagi cantik hiasannya. Hehe. Seriously tak lawa la tampal - tampal macam ni :)


Dengan kaler caca marba... pening aku tengok. Cuba modenkan sikit interior design kkia 1 malaysia ni.. baru la cantik setanding private haha. Mampusla aku kalau misi baca aku tulis ni. Sila jangan kecam saya. Hewhew. Sekadar pandangan peribadi :)


Eh tapi kan, aku tak puasa pun masa minum air gula ni. Siap p makan roti canai. Takut la pulak. Adeh. Siapa pernah tak puasa tapi buat jugak mgtt? Risau pulak haha.



3 comments:

.hasina. said...

kkia ni mmg mcm tadika. haha lawak je dok tampal2 mcm tu. tak moden
langsung. opss!

tak pernah minum air gula masa preggy Naurah. huhu takde experience.

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

mase mule2 scan pun dokter bgtau ade cyst.. tapi lelame ilang sendiri..bukan la tu kan??

Boleh yer kalo tak puase buat mgtt..tak penah buat camtu plak..

SweetLikeWhat said...

oh terimbas kenangan masa peknen..ambik darah paling leceh sbb selalu tak jumpe urat darah..sobssss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...