BLOGGERIANS

Wednesday, April 1, 2015

So far so good :)


Hi. Macam dah lama tak update blog. Ada yang tertanya tanya ke mana puan blog menghilang? Haha. Terima kasih la pembaca tegar blog ikan bilis ni ahaks. Puan blog ada je ha... kehidupan diteruskan macam biasa. Mood nak update tu ada pastu hilang. Blur. Blame the hormone please haha. 


Belum besar pun perut tapi entah kenapa la letih je makyong ni. Kerja kat ofis biasa je.. tak letih pun.. perjalanan nak ke ofis tu yang buat aku penat kot. Perut dah besar nanti tak tahu laaa ermm.. semoga dipermudahkan. 


Nasib la laki ku paham. Tiap2 malam pun dia yang layan anak. Ibu dah lama kroh kroh dibuai mimpi. Malam tadi mimpi Faiq berak berdarah darah? Penat tak habih2.


Anyway, minggu lepas balik kampung. Hampir sebulan jugak tak balik kot. Dak muiz balik. Jom la lepak ramai2 kat kampung.. tengok tu kemain lagi macam kamceng sangat.. padahal Faiq habit dia menyakat muiz haha. 


Alolo anak2 ibu ni.... hihi. Muiz tak balik sibuk tanya muiz mana ibu. Muiz dah balik asyik la dibuli budak tu hehe. Dah besar jangan gaduh ok...



Orang solat sibuk nak solat sama. Siap tanya telekung Faiq mana? Erm.. awak tu lelaki bukan fomfuan. Faiq sebut perempuan.. fomfuan. Hahaha





Minggu ni dah nak masuk 11 weeks. Tapi ni gambar masa 9 minggu haha. Member opis sibuk suruh amik gambar sebab semua sedondon dari tudung sampai ke baju... handphone... purse... haha





Ermm. Rumah mertua yang renovate tu da siap. Terus buat kenduri akikah anak buah... ai iz tak ada mood nak amik gambar sebab Faiq mengamuk sakan. Punca ultraman dia kena rampas. Hmm. Awalnya mood dia ok je. Aku tak dapat nak salahkan anak aku.. sebabnya... mak budak tu mana??? Kenapa tak mintak anak u pulangkan ultraman anak aku? Faiq sebenarnya ok je share mainan dia.. tapi kena cakap elok2. Dia tak suka orang main amik je. Memang mood kelaut orang bujang tu. Dengan aku sekali mood kelaut :(






Aku hangkut Faiq yang tengah mengamuk sakan ke rumah mak saudara - sebelah rumah je. Kasi dia tenang. Tapi aku tak pujuk. Aku biar je dia menangis. Aku letih pujuk. Hati dah sebak sebab tak dapat nak kawal anak sendiri. Tiba2 pak mertua masuk nak pujuk Faiq. Memang kamceng dengan atok. Tapi tak nak pulak Faiq. Husband nak pujuk pun tak boleh. Nak ibuuu je. Aku biar je dia sampai tertidur sendiri. Tak kuasa nak pujuk. Dah bangun pun ingat lagi ultraman dia. Hmmm... 




Sian anak ibu :(


Tapi catering ni masak memang sedap. Daging salai campur terung.. fuhhh terbayang2 iols. 

Tu jela boleh update. Kbai. Haha. 

5 comments:

.hasina. said...

siannya faiq kena rampas ultraman dia. kalau sy rampas je blk kt budak tu kak.
sian tgk anak kita. huu.

Allene typicalmommy said...

budak gitu la hai... klu lin mmg standby byk mainan... klu org lain keluarkn mainan br lin keluarkn mainan dia. klu tak, simpan je.

Ann Ishak said...

gaya tido merajuk ni :p

SweetLikeWhat said...

kalau i, selamba jer i ambik balik ultraman tu kat budak tu..haha dasar makcik garang..kah!

CikNaa said...

siap dah umah tu? alahai cantiknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...