BLOGGERIANS

Wednesday, May 20, 2015

biar serik sikit


Hari ni aku terlambat bangun. Pukul 630 baru tersedar. Macam lipas kudung bangun pergi mandi solat hihi. Nasib baju tudung dah gosok siap2 malam tadi. 


Lepas siap semua baru tengok Faiq. Nak kena tukar pampers dulu sebelum hantar rumah pengasuh. Tak kan bau hancing je hantar rumah pengasuh kan. Boleh pulak pagi ni Faiq buat perangai. Tak nak tukar pampers. Selalu mood dia ok je. Aku dah la lambat ni. Nak kejar komuter pukul 725 memang tak sempat lah. Lambat la aku sampai opis nih. Hai la anak kenapa buat perangai pepagi gini. Sabar ok. 


Menangis2 berguling atas sofa pulak. Husband dah kat luar tengah hidupkan enjin kete etc2... aku dah fed up memujuk terus keluar rumah tinggal Faiq sorang. Acah2 kunci pintu. Berharap husband akan pujuk. Tak jalan rupanya. Kitorang terus keluar pusing jalan belakang. Acah2 tinggalkan dia sorang. Sampai rumah husband terus masuk dalam. 5 minit. Man talk agaknya. Faiq keluar pun ok. 

Tapi dengan syarat kena bawak dia pergi 7e. "Nak beli keropok, gula2... vitagen... semua abang nak" 

Yelah nak oi. So pagi ni Faiq ikut hantar aku ke stesen komuter. Kemain riuh mulut dia bercerita pasal kisah2 malam tadi and throwback kisah bulan2 lepas -_- pasal dia melompat2 atas katil pastu kena marah pun nak cerita jugak hihi.


Pukul 9 lebih jugak laa baru hantar ke pengasuh. Dah siap berak and mandi. Tq husband :) Akak pengasuh pun dah risau mana la Faiq ni tak sampai2 huhu. 



Sampai rumah pengasuh.. Faiq bagitau akak pengasuh.. dia ngantuk nak tido je..




Borak2 terus lelap. 


Rajin akak pengasuh hantar report.  Kesian pulak tengok anak bujang ni. .. nanti ibu balik kita main sama2 ok

Sob sob :(


3 comments:

Fai Nardir said...

kadang-kadang memang tak jangka bila anak buat perangai. time kita nak cepat tu lah dia sibuk buat perangai... faiq budak baik, elok je dia bila ayahnya pujuk..

.hasina. said...

mcm sayu je kan kalau kita tgk anak bila hantar pengasuh / nursey ni.
kadang kt ofis tak nk tgk gambar2 dia sbb rindu. ntah mcm mana la
org jaga kan.. selesa ke tak ke.. ada kena marah ke. sobsss

SweetLikeWhat said...

alolo kesian dia..kadang2 die nak perhatian dari kita je tu kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...