BLOGGERIANS

Monday, May 18, 2015

Faiq demam & Pengalaman Tengok 6D Motion

Jumaat lepas aku mc sebab dok handle faiq demam. Malam jumaat tu lagi aku dah rasa dia dedar2 je... berjangkit kat baba la tu.. nasib ibu tak kena pheww. 


Aku tak bagi ubat demam.. kalau boleh memang nak kurangkan drugs kat anak2 ni kan... faiq pun jarang sangat2 demam. Aku pun dah lupa bila dia last demam. Ubat dalam fridge pun aku dah masuk dalam tong sampah. Takut jugak simpan lama2. Aku tak pernah guna ubat yang sama setiap kali anak demam. Mesti bawak p klinik jumpa doc dulu. Kalau kita yang tua2 ni takpela kan.. belasah je ubat apa pun.. untuk anak ni tak berani uols. 


So malam jumaat tu aku tak boleh tido sangat sebab dok monitor suhu faiq. 2 jam sekali dia jaga meracau lawan raksasa -_- asyik tengok cerita ultraman.. kan masuk dalam mimpi sudah hihi




Suhu paling tinggi pun aku detect 38.2. Kalau 39 baru bawak p klinik. Ikut info yang aku baca lah... selagi bawah 39 tu kita sendiri boleh monitor pakai termometer kan.. Pukul 3 pagi faiq terjaga lagi dan muntah. Habis baju seluar. Aku mandikan terus sebab habis rambut kena muntah. Menggigil2 dia tahan sejuk. Saja aku tinggikan sikit suhu air cond. Budak demam kan tak boleh selimut2.




Faiq kalau demam memang akan melekap kat baba dia. Tak tahu la kenapa. Sob sob ibu iz sedih :(



Aku paksa minum air kosong banyak2. Penuh pampers dia malam tu hancing hiho. 





Esok pagi jumaat tu aku terlewat bangun pukul 7. Pergh amik mc jelah. Dengan anak demam ni. Faiq bangun lambat pukul 10. Pukul 2 dia tertido balik sampai pukul 4. Bangun tido terus sihat. Alhamdulillah. Makan memang tak nak sangat. Tak selera kot. 



Tu yang malam tu kitorang upah bawak g jalan lah. Sebab faiq jadi good boy hari ni. Demam duduk umah nanti lagi menjadi2 lak hehe. Husband cakap kita pergi seremban prima jela... boleh beli baju raya faiq sikit2. Kat seremban prima ni baju budak cantik2 and banyak pilihan.. banyak diskaun jugak. Dulu masa gerak gempur kat tm seremban... asal lunch hour je.. menyusup la aku ke sana dok usha2 baju anak... dapat gaji g beli terus haha. 


Faiq macam biasa dapat upah mainan ultraman. -_- 

dah jadi kerja ibu pulak kena hafal ini ultraman taro.. ultraman ultra.. mak ultraman.. bapak ultraman ... hadoi -_-  



Malam tu kitorang makan kat subway. First time aku makan subway nih. Tekak tak lalu sangat la bende2 macam gini. Aku tekak kampung haha. 


Budak lelaki 2 orang kat belakang tu dok usha je ultraman faiq hehehe.



Lepas makan kitorang ingat nak terus balik. Parking kat atas sekali kan... kena naik atas balik la... sekali ternampak ada tempat mainan untuk budak2. Simplaycity. Setengah jam 5 ringgit. Deposit 10 ringgit. Aku bayar 10 ringgit. Besar jugak tempat ni. Faiq jakun sekejap je. Aku pun tak sempat nak snap gambar. Tak sampai setengah jam pun dia dah muak. Terus keluar. Orang kaunter pulangkan balik 5 ringgit. 


Pastu husband cakap jom la g ke sana pulak. Orang dah bayar ni. Aku pun pelik bayar untuk apa? Tu haa sambil tunjuk tempat macam kabin. Aku ingat tempat pameran ke apa haha. Rupanya ini macam naik roller coaster sambil tengok 6d. 6D ok.  Ada macam2 pakej tapi husband amik safari theme. Aku blur sampai lupa snap gambar lagi haha. Tapi lebih kurang macam ni la seat dia.. .ada 9 seat kalau tak silap ..  masa ni kitorang 3 orang je dalam tu. 



Dewasa RM15. Faiq kena RM10. Faiq duduk antara ibu and baba. Kena pakai seat belt. Barang2 kena letak jauh sikit dari seat. Kitorang diberi spek 3D kaler kuning. Faiq pun sama hihi. Rugi betul tak amik gambar haha. Nanti confirm nak pergi lagi. Masa awal2 tu faiq menjerit2 ajak balik "jom balik ibu" sambil menangis. Haha. Lepas tu aku rasa spec dia tertanggal kot. Terus senyap budak tu.. pandang je ibu n baba yang over terjerit2 haha. 




Siap terasa ada benda menjalar2 kat kaki. Dah kitorang amik pakej jumpa raksasa pastu kena menjunam terjun gaung. Hoi berdebar2 jantung aku macam betul2 lalu tempat sempit dah menjunam gaung siap terlanggar2 batu2 tajam haha. Aku angkat kaki sebab aku bayangkan betul2 ular kat kaki aku haha. Macam terasa ada benda menjalar2 kat kaki. Faiq terjerit2 hahaha



Both gambar sumber dari google image 


Kena siram air gak macam ni. Tapi takdelah sampai kuyup hehehe. 

Seriously memang enjoy sangat. Nak repeat lagi! Dah habis show tu.. bila nak berdiri macam berbayang2 pulak haha. 

Otw balik husband cakap "lupa pulak awak ngandung". 

-_-


Takpe kot terhentak2 macam gitu. Sekarang rasa ok je baby hihu




4 comments:

.hasina. said...

kt mana tu? teringin nk g

Liyana said...

@hasina
kat seremban prima (seremban parade)

Mimy Hamid said...

nak pegiiiiiii kl takde ke

Liyana said...

@mimy
akak! kat kl mesti banyak tempat mcm gini tapi x sure kat mana haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...