BLOGGERIANS

Monday, May 11, 2015

Hari Ibu semalam

Zaman anak dara dulu aku tak pernah sambut pun. Family aku kan biasa2 je. Serba sederhana. Hihi. Birthday pun tak pernah sambut. Jangan kata sambut birthday... wish pun tak ada okay. Haha. 


Masuk je family husband memang sambut event2 macam ni. Seronok jugak sebenarnya berkumpul ramai2 ni :) yang jauh pun jadi dekat. Borak2 santai... riuh rendah rumah. Alangkah indahnya kalau mak2 saudara aku macam gini. Hehe. Berangan jelah. Hihi. Tapi apa pun aku bersyukur je apa adanya hihi. 


Keutamaan untuk ibu yang paling otai. Uwan la tu heheh. Comel je uwan tak ada gigi :) 


Masak nasi beriyani.. kari daging... ayam masak merah... sayur campur.. semua pun sedap.. tapi disebabkan tekak aku meloya... memang tak lalu.. sumbat je la alas perut. Pregnant kali ni aku selera makan makanan yang ada cili api n panas2 je. Hish.











Semua gambar kena blur kan sebab tak minta izin nak publish kat blog haha. 


Aku kejap2 hilang balik rumah mak mertua. Pening wey. Berbayang2 je rasa. Nasib baik adik2 ipar rajin melayan dak Faiq. Tq korang appreciate sangat2. Aku baru nak terlelap je... faiq datang kejut "ibu ibu watpe tu? Nak pinjam fon ibu nak main game. Ibu ada game motor tak? Ibu dah olet kan?" 

Olet = download. 

2 ke 3 kali jugak la aku ni terkejut2. Haha. Adoi la anak. Ibu tak sempat nak lelap mata pun. Cuaca pun kemain laa panas. Perut sebu bawak ke malam. Kena kat aircond baru ok. Haih pregnant 2nd ni macam2 ragam. 

Selamat hari ibu untuk semua ibu termasuk aku sendiri hihi.

3 comments:

.hasina. said...

family sy pun serba sederhana jugak.. selamat hari ibu utk akak! :)

Innanie Ariffin said...

Selamat Hari Ibu.... moga kita hargai jasa dan pengorbanan mereka :)

SweetLikeWhat said...

selamat hari ibu jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...