BLOGGERIANS

Wednesday, May 20, 2015

renew road tax di MYEG


Ini kali kedua aku renew road tax melalui MYEG. 1st kereta sendiri. 2nd kereta pak mertua. Aku tak tahu nak mula dari mana so aku terus call je MYEG +603 7801 0188 atau pun +603 7801 8888. Senang. Sebab tak tahu berapa kena bayar kan. Nanti dorang akan mintak no plat kereta... pastu ada pakej la... nak insurans paling mahal ke.. paling murah ke... nak cover cermin ke tak... 


Disebabkan aku blur, maka aku amik insurans yang paling murah dan tak cover cermin. Haha. Bila tanya husband.. laaa kenapa tak amik yamg cover cermin.. kan senang.. ooo yeke? Ermm boleh je kalau nak tukar balik. Orang MYEG tu rajin je call kita sebab nak update info. 


Disebabkan kereta pak mertua ni kereta baru.. dia mintak banyak sikit info... 
chassis no... 
engine no... 
owner ic... occupation.. marital status...
second driver name... ic no... occupation.. relation dengan owner...
insurance company..
insurance policy correspondence address...
road tax delivery address.. attention... phone no...

haa banyak gak kan...


Pasal chassis and engine no tu aku call je bank mintak info kereta. Dorang bagi je. Pukul 11 kot aku email info yang dorang mintak ni... pukul 3 petang orang MYEG call dah sampai kat lobi.. suruh bawa ic untuk verification. 

Aku macam omg cepatnya! Haha. Kagum mak.


Turun bawah. Staf MYEG scan ic and thumbprint... dah boleh amik road tax. Wah secepat itu? Tak sampai 5 minit pun. Hewhew.




Renew kat MYEG ada diskaun. Tak lah banyak... dalam 50 ringgit ++ .. tapi ok la dari nak menunggu lama beratur kat jpj ke.. pejapat pos ke... heheheh


Memang memudahkan :)


Sehari sebelum road tax mati, bank ada call nak remind road tax dah mati.. aku just cakap dah renew dekat MYEG. Pastu orang bank terdiam sekejap. Dia cakap.. "tapi kena jaga2 dik... nanti jadi apa2.. awak kena amik doc kat MYEG service centre sana... payah tau".

Aku pun iyakan jelah. Aku terlupa sangat doc yang dia sebut tu apa? Aku pun bukan faham sangat pasal road tax nih. Nanti2 la fikir kalau jadi apa2? Boleh gitu? Ermm. Heh.


4 comments:

.hasina. said...

bab2 renew ni mmg tak pandai langSung dr dulu. zaman anak dara dulu
sume serahkan bulat2 kat abah. dah kahwin ni suh husband pulak. haha malas betul sy ni :P

.hasina. said...

bab2 renew ni mmg tak pandai langSung dr dulu. zaman anak dara dulu
sume serahkan bulat2 kat abah. dah kahwin ni suh husband pulak. haha malas betul sy ni :P

Insuranskereta.my said...

kalau nak cepat guna khidmatagent, whatapps covernote minta quotation , buat payment time tu juga dapat polisi, roadtax boleh pickup or suh hantar kat rumah, senang

http://www.insuranskereta.my

Liyana said...

@insuranskereta.my
wahh sy baru tau pasal ni.. thank you.. next time boleh cuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...