BLOGGERIANS

Thursday, May 14, 2015

Uri kat bawah .. HB low

Kalau yang follow blog picisan ni mesti tau aku minum air gula kat kk hari tu.. tapi aku TAK PUASA pun! Siap makan roti canai sekeping and nescafe panas and mi kari sikit. Hui. Dah kenyang baru menyesal. Salahkan laki aku sebab dia kata NONSENSE minum air gula ni. Haha. Namun bertabahlah andai kena ulang lagi MGTT aka minum air gula lagi. 


Orang kata dalam masa 2 minggu dari tarikh kita minum air gula tu... tak ada klinik call... maknanya result ok la kan. Aku yakin gak la result aku ok hihi. Sebab aku tak berapa sangat benda manis2 ni. Ada kena mengena tak? Hewhew.


So Selasa hari tu g check up.. terus tanya result. Nurse kata ok je. Fuh lega. Alhamdulillah. Hehe. 

Untuk pengetahuan, amik darah kat kkia sendayan ni sakit giler. Aku tak tahu la nurse tu ganas ke apa. Seingat aku time Faiq dulu sikit pun tak sakit. 


Aku darah O. 



Sehari sebelum check up kat kkia... aku g check up kat klinik ofis je... check up klinik private kan simple je... timbang berat... urin test ... tekanan darah... and scan. Tiap kali check up pun ada scan. Tu yang suka pergi hehe.


Agak merisaukan sebab gynae cakap uri aku kat bawah... tapi tak payah fikir bukan2. Just enjoy your pregnancy moments. 

So masa check up kat kkia, aku just inform nurse.. uri aku kat bawah.. terus nurse tu ceramah aku... jangan buat kerja berat2... jangan bersama dengan suami buat sementara waktu.. jangan itu. .jangan ini.. perghh. 


See! Beza kan check up dengan gynae private dengan kkia? Kkia terlalu detail... gynae asal boleh je hihi



Ni check up dengan gynae kat klinik ofis. Simple je tapi doc la yang tulis. Gynae dari hospital kl. Aku suka doc ni. Senyum je. 



Sambung balik cerita check up kat kkia.. sori la pening korang nak baca haha. Masa 1st check up hb aku 13.3 which is good la kan... 2nd check up dapat 10.6. Terbeliak mata nurse. Terus dia bebel aku. "Eh tak boleh ni.. awak baru 15 minggu dah drop hb ni... kena jumpa doc ni (medical officer) .. "sambil siapkan 1 tabung darah yang kosong lekat nama aku.. nak refer ke mo. Maknanya aku kena jumpa mo la pulak lepas check up ni kan..



Aku try la pujuk nurse tu "tak boleh ke consider.. ala 10.6 je... sikit lagi nak 11". Tak payah la beria sangat kan? Bukannya drop sampai 8 ke 7 ke...


Nurse pun naik atas tanya member misi dia lagi sorang. Datang balik kat aku. "Tak boleh la puan.. kena jumpa MO jugak ni"


Hmm yelah2. Aku dah tawar hati nak ulang check up kat sini. Tu belum tengok muka laki yang toye je dok tunggu aku lama. Kkia kan panas takde aircond. Berbulu je kawan tu tunggu lama kot. Behehe.


Aku pergi jugak la kkia sendayan. Check up kat kkia jimah.. kena jumpa MO kat kkia sendayan. Aku dah agak mesti ramai orang. Sampai je sana..sambil pegang tangan Faiq.. aku bagi buku pink.. aku cakap ke nurse... "saya ada urgent matters la.. tak sempat nak tunggu... saya datang esok pagi la boleh?"


Nurse pandang dengan muka tak nak senyum. "Eh kejap je amik darah ni. Tak boleh tunggu ke?" 

"Tak boleh tak boleh. Saya ada hal. Tak sempat".

"Haa ok la".

Letak buku pink terus blah. Call laki kat mana. Nasib kat tempat parking je. Ingatkan dah balik. Masuk dalam kereta fuh lega dapat aircond. 

Aku amik keputusan untuk sambung check up kat kkia area ofis jela. Rela naik teksi ke sana. Malas aku nak susahkan laki sendiri :)


Esok pagi kat ofis baru aku call kkia untuk inform dorang.. aku sambung check up kat kkia area ofis je.. dekat sikit dan tak menyusahkan sesiapa. Hihi. Tapi betul la member cakap "layanan tak sama waktu kita pregnant anak 1st and 2nd" 


3rd nanti macam mana la ek? Hehehe


Selagi boleh buat sendiri.. buat sendiri jela kan hihi


3 comments:

aina muslih said...

Semoga dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan. Salam perkenalan~ <3

.hasina. said...

sy pregnant nak je.. tp bab check up & kena marah sesaja
kt doc tu mmg malas. lg2 hb low je. and tak suka
jgk menunggu. sian suami :P

Suhana Mohd.Diah said...

Vitalea + B COMPLEX + VIT C Shaklee sgt berkesan atasi masalah HB Low...hihi

Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...