BLOGGERIANS

Wednesday, June 10, 2015

Bertabah lah ibu


Aku perasan seminggu dua Faiq suka buat perangai pelik2. Kadang rasa nak marah je.. tapi bila fikir balik.. dah la kita ni pagi dah keluar.. malam baru balik.. ok lah tak jadi marah. Nak jadi ibu yang cool je. Amin. 


Macam malam tadi kena marah dengan baba sebab menangis nak tengok ultraman padahal dah pukul 12. Baba terkejut dari tidur kot.. terus kena marah.. tersedu2 budak tu menangis. Aku dah serba salah nak pujuk ke biar je ni? Biar je nangis dulu. Lepaskan perasaan. Mana la tak kena marah... dah  dibaling eh baba dengan pedang. Ayoyo. 


Dia dah tenang sikit baru aku bawak masuk bilik. Act aku tak bawak pun.. aku pergi bilik sorang2.. niat nak amik stokin sebab Faiq tak suka selimut. Mengekor pulak dia. Tersedu2 nangis membelakangkan dinding. Nak pujuk tak bagi. Malu tapi mahu. Eleh anak ibu tu. Selsema meleleh2. Aku melawak ler cakap selsema terkena mata siput kat baju dia. Faiq blur kejap pastu terburai gelak haha. Baru nak peluk ibu. Alolo.


Faiq : ibuu... jahat baba tu.. rotan baba tu ibu

-_-


Dah tenang la tu yer.. terus explain apa yang dia buat tu salah. Haih. Baru anak sorang macam nak terbalik rumah. Volume dia nangis tu boleh pekak telinga ibu haha. Dah keluar adik baby nanti macam mana pulak ni. 



Seminggu ni memang nak tidur atas lengan ibu. Cramp tangan den. Sebelum ni ok je tido atas bantal. Pagi tadi orang bangun siap nak pergi kerja.. dia pun bangun sama. Adoi. Ajak tido balik. 

"Tak payah la pergi kerja ibu... "

Semoga 1 hari nanti awak faham kenapa ibu kerja ok sayang :)


3 comments:

diana aziz said...

awk mmg ibu yg sgt cool..... swwet sgt awk dgn anak :)

SweetLikeWhat said...

alololo cian dia..takpe lah abang dah besar..nanti tlg ibu jaga adik ye

.hasina. said...

Mmg tak jd nk marah kt anak kannn sbb kita kuar g keje pagi blk malam. Sian takde masa :( Kena buat baik dgn anak2.. baru dorang syg :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...