BLOGGERIANS

Wednesday, June 24, 2015

Dialog baba dengan anak


Aku tak tahu la 18sx ke tak entri aku ni. Kalau terrrmacam ke arah itu.. harap bagitahu.. saja ja nak tepek sini so suatu hari nanti Faiq boleh baca. Aku ni pelupa. Blog ni pun dah macam diary bergerak aku behehe. 


Semalam sampai rumah agak lewat.. kul 7pm jugak sebab singgah bazaar pastu jemput Faiq lagi. Faiq orang pertama yang akan masuk rumah.. diikuti ibu.. baba.

Melangkah je kaki Faiq dalam rumah... "ni sape sepah2 ni.. baba la ni.." (kes saja cari gaduh dengan baba haha)

Eh pelik aku. Bukan dia ke yang sepah2 hall malam tadi tu.... tak mengaku haha. 


Aku terus ke dapur nak hidang apa patut. Diikuti oleh pembantu ketot yang banyak mulut tu. Baba mandi. 

Lepas mandi kan baba bertuala jela sementara nak cari baju... Faiq yang sibuk jadi pemerhati tu mengomel... "baba pegi pakai seluar cepat.. kang Faiq gigit tote baba kang.. haa tau pun.." 


Terburai gelak kami laki bini hahahaha. 

Mentang2 aku selalu cakap camtu kat Faiq... kemain payah nak pakai baju lepas mandi. Eh di copy paste eh pulak cakap kita 


5 minit kemudian. 

Baba still tak pakai baju lagi. Faiq yang kepoci "eee baba ni tak malu... pakai baju cepat.. nanti Faiq gigit nenen tu nanti haa tau pun.."

Haha. Adoyai Faiq ni pun. 


Penyeri hidup iols. Walaupun asyik nak bertekak je... tapi kalau dia tido rindu pulak nak bergaduh mulut dengan si kecik ni hehe.



4 comments:

.hasina. said...

Pandainya dia ckp ahaha kelakar.

Kn kalau ank dah tido mula la kita rasa sunyi & rindu! Mmg penyeri / pelengkap hidup.

zulhilmitempoyak said...

hehehe.. anak. best.

Jen Jen Areff said...

hahahaa. lawak la faiq ni....

DRAMATIC UNIQ said...

Salam.. Haii.. Dramatic Uniq blog walking kat sini. Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00

Jemput join tau...!! Boleh buat duit raya. Terima Kasih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...