BLOGGERIANS

Thursday, June 11, 2015

Last holiday best sangat!

Ini entri peram ni. Tak perasan pulak. Publish jela memandangkan tak ada cerita hari ni haha.


Malam Ahad hari tuh aku tak dapat tido. Husband bukak movie yang dia dah rekod entah bila. Tajuk - LAST HOLIDAY. Dia kata best cerita ni kelakar giler. Aku yang kaki movie pun ermm ok lah lagipun mata ni tak maun lak tido. Tengok punya tengok.. laki aku dah selamat berlayar.. aku terkebil2 tengok sorang2. Haha. Pukul 451am baru habis cerita. Tiba2 rasa seram sejuk sebab dua beranak tu dah elok berdengkur *insert cuak face here* weeehoo.





Meh aku buat sinopsis pasal cerita ni. Haha. Watak utama Queen Latifah. Pegang watak Georgia Bryd. Georgia seorang kerani jualan kat supermarket kepunyaan big boss yang sangat perasan bagus. Semua urusan bisnes..... bagi dia... boleh dibeli dengan DUIT.


Suatu hari Georgia terhantuk lalu pening kepala. Dia dibawa ke klinik. Doc menawarkan buat ct scan... katanya mesin tu baru.. dan tak perlukan banyak belanja. Georgia pun OK. 2 kali scan doc sahkan Georgia ada penyakit lymphoma (sejenis penyakit yang melibatkan otak yang jarang2 berlaku) dan dia ada masa 3 bulan je untuk hidup.
Memang blur la sekejap kawan tu. Hihi.


Dia pun bukak buku BOOK OF POSSIBILITIES. Kira macam diary lah. Angan2 semua dia letak kat situ. Oleh sebab Georgia hanya ada masa 3 bulan untuk hidup... dia pun buat keputusan untuk habiskan semua duit simpanan dia... jual semua bon. Bon tu apa wey?  Ai iz buta kewangan sikit haha.

Georgia pun pergi ke Alaska menginap di hotel paling mahal. Naik heli datang hotel. Terkejut semua orang.. ingatkan diplomat mana lah kan.. hewhew. Nak dijadikan cerita... boss tempat Georgia bekerja pun holiday kat hotel yang sama. Tak bawak bini.. tapi bawak gundik baru. Lawa perempuan ni. 

Georgia try ubah penampilan dia. Dari orang yang biasa2. . dia mula berubah jadi hot. yela nak perabih duit kan. Heh. 

Banyak la insiden lucu dalam filem ni.. santai je.. tapi memang layan. Dia macam membuka mata semua orang yang dia jumpa kat sana. 

Kisahnya.... doctor yang buat ct scan kat kepala otak dia tu tersalah scan... mesin tu kan baru... ada technical problems kot.... Georgia tak ada sakit apa pun. HAHAHA. End up memang happy ending la hehehe... aku dok ulang banyak kali pun takpe cerita ni.. tapi kena layan cerita kampung boy... ultraman... frozen.. Faiq punya pasal "lepas ni baru cerita ibu eh" 

HEHEHE


Weekend ni tak balik kampung kot malas bersesak2.... macam nak layan lagi cerita ni.. haha dasar #mudahterhibur aku ni lol.

1 comment:

SweetLikeWhat said...

best jugak cerita nya..leh cari cd ni nanti tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...