BLOGGERIANS

Tuesday, June 23, 2015

Perkataan baru


Semalam menu berbuka tajaan bazaar. Hoho. Beli kuetiow, kuih lopes, murtabak, nasi kukus ayam berempah, nasi lemak. Semua pun tak habis. Dasar membazir heh. Potong mood aku je sebab ternampak sehelai rambut (ke bulu?) dalam kuih lopes. Adeh :(

Rasa macam kena buat sesuatu ni. Nak masak la... and kena ada meal planner for 1 week. Gitu. Entah jadi ke tidak hewhew. Niat tu ada tapi asyik la tak cukup masa sobsob. Time management tak betul kot. 

Menu kuetiow tu memang special untuk Faiq lah kononnya. Tapi ibu yang makan lebih sebab sedap jugak heh. 


Tengah2 malam Faiq tanya : "ibu nak FIKAU?"

Blur kami laki bini. Haha. Mende fikau nih? Faiq dah sengih2 sebab kitorang gelakkan dia haha. Tarik tangah ibu ajak ke dapur nak fikau. Lorh... kuetiow rupanya. Haha. 

Sebelum tido.. main nyorok2 dalam toto dulu. Kena buli kat baba. Faiq mengamuk "janganla kacau Faiq.. terpendek2 faiq ni!" 

Amboih yakinnya vocab tu. Heh. Kisahnya terpendek2 tu TERPENYET - PENYET. 

muahahaha.



3 comments:

CikNaa said...

hahaha ciknaa suka fikau goreng..faiq..faiq.. comel je.

Hana Soffelia said...

Naurah pun sukai fiqau faiq!

aeinna Musa said...

Singgah follow #443..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...