BLOGGERIANS

Tuesday, June 2, 2015

Perkhidmatan teksi paling best dan sesuai untuk bosses

Hai. Lama menyepi tetiba muncul kembali. Agaga. Blog pun dah berwajah baru. Harapnya konsisten lah. Aku ni suka tukar2 ikut mood :( 


Aku private jap blog seminggu kot. Nak delete entri yang lama2. Too personal to share. Tapi yang dah terbaca tu lantakla haha. Eh nuffnang aku pun bertukar ke non glitterati. Boleh tukar ke GLITTERATI balik ke ek? Confused pulak aku ni. Haha.


Hari ni aku nak share pasal perkhidmatan teksi yang best. Superb. On time. Selesa. Tapi of course mahal sikit hihi. Disebabkan aku secretary yang menjaga seorang lady boss. Boss aku pulak ke mana2 pun naik teksi. Dia tak bawak kereta. Maka aku terpaksa google perkhidmatan teksi yang terbaik dan sesuai untuk boss. 


Aku pernah guna apps teksi kat playstore yang detect kita melalui location tu kan... tapi 2-3 kali aku try asyik tak dapat. Hampir setengah jam mencuba.... Bila dah dapat .. teksi call balik.. tak boleh datang dengan alasan jalan jam. Sampai satu tahap.. boss aku whatsapp balik.. tak payah la.. i tumpang orang lain. Omg terasa satu kegagalan aku di situ. Sorry boss :(



So entah macam mana aku terjumpa BLUE CAB nih. Aku whatsapp terus dapat. Nak suruh pick up pukul 1030pm pun boleh. Mintak tunggu 5-10 minit pun boleh. Sangat best teksi ni. 






Aku tanya jugak boss "tak mahal ke?"

Boss cakap "tak lah.. macam biasa je.. ikut meter lah"


Tak puas hati aku dengan jawapan itu haha. Maka aku pun mencuba. Amik yang dekat2 je. Try mintak hantar ke kkia bukit bangsar je sebab aku sambung check up kat sana. 





Teksi sampai on time. Teksi eksekutif kau. Macam orang kaya pulak aku rasa hahaha. Aku tunggu kat lobi. 130pm dari menara tm.... sampai kkia pukul 150pm. Dalam teksi memang aku interview driver tu macam2 lah haha. 

Driver cakap kalau booking dengan blue cab memang tak payah risau. Teksi akan sampai on time sebab kita dah booking kan. And of course ada booking charges. Ikut meter yang diberi. Macam aku hari tu kena RM10 untuk booking charges. RM6 untuk first 3 minutes. Agak mahal. So total aku kena hari tu dalam RM22. Fuh lap peluh haha. Kata nak try kan... sediakan la duitnya haha. 








Blue cab pun ada teksi budget. Sama macam teksi biasa. Booking charges aku tak sure berapa. Kena call 03 8948 2193 or whatsapp 018 230 7716. 


Kbai. Next entri check up di KKIA Bukit Bangsar. Ahaha.

1 comment:

RedLife2Love said...

pakai apps myteksi je sudah. lagi senang. svc charge RM2 je. kira km guna meter mcm biasa. so far guna, tak pernah menghampakan. hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...