BLOGGERIANS

Thursday, June 4, 2015

Secara rasmi dah berhenti nenen


Aku asyik lupa je nak update pasal ni ha... alhamdulillah Allah bagi rezeki aku dapat susukan budak bujang ni sampai 2 tahun 5 bulan. Tapi dengan pengasuh dah start susu fm masa setahun 6 bulan lagi.. itu pun sebab pengasuh yang mintak.. susu aku cukup lagi untuk Faiq... tapi takpelah kita nak memudahkan kerja pengasuh je.. lama aku susukan anak teruna ni.. haha...kena perli2 pun ai iz tak kisah hewhew... sebenarnya aku yang tak sanggup nak pisah nenen sebab aku suka moment peluk2 dengan anak tu.. pastu dia menyalar2 atas badan kita tu.. hehe.. balik kerja je laju2 si anak dah standby kan bantal untuk ibu baring.. hanphone ibu dia tolong amikkan kat bag.. amikkan remote tv sekali.. heheh. Ibu hanya perlu baring je.. hee.. Rindunya time tu ;)


2-3 kali jugak cubaan berhenti. Tak berjaya. Sebab maybe both of us tak bersedia lagi. Suatu hari dapat tau aku pregnant lagi untuk kali kedua. Dan2 jugak malam tu nipples sakit. Memang sakit berdenyut2. Terpaksa wean off Faiq serta merta. Masa tu kat kampung. Faiq tak boleh tidur malam tu... ya Allah kesiannya... sedih sangat hati.. Allah je yang tahu.. ikutkan nak bagi je.. tapi husband suruh kuatkan hati.. 


Esok hari nya memang kaw2 Faiq bantai tido. Yela malam tadi tu tak tido kan.. 





Ajaib nya.. malam selepas2 kejadian wean off tu.. nipples tak sakit dah. Ingat nak bagi je Faiq.. tapi husband tak bagi.. bila siang hari tak bekerja... aku letak je asam jawa kat nipples.. memang tak nak la budak tu.. malam2 kan pukul 3-4 pagi dia akan bangun menyusu... aku sumbat je nipples.. sebab dia bukan sedar pun. Lagipun susu tak ada dah. Nak bagi susu fm memang dia tolak mentah2. 


Ada lah dalam 2 minggu rasanya .. pukul 3-4 pagi tu Faiq bangun nak mengempeng je.. lepas pada tu memang tido lena sampai ke pagi. Fuh leganya rasa... sakit pinggang pun dah makin kurang sebab tak tido mengereng kan. Hihi.


So kesimpulannya.. apa yang aku buat.. aku akan pastikan perut anak kenyang sebelum tido... Faiq jenis pemakan.. so tak ada masalah bagi aku.. sumbat apa pun.. dia makan je... tak cerewet alhamdulillah sangat. Tapi kalau ibu masak memang 2 pinggan dia makan. Maybe sebab air tangan ibu hehehe.


Pastikan anak selesa sebelum tido... ganti pampers dia... gosok gigi sebelum tido.. gosok gigi ni memang bercinta la nak buat -_-'

Kalau agak2 melekit sangat budak tu.. mandikan je... sekali lalu air kat badan.. haa selesa sikit badan dia kan.. 


Tu jela yang aku buat. Jawapan untuk soalan yang someone pernah email dulu. Sorry lambat jawab haha. 

2 comments:

CikNaa said...

yeay..abam faiq dah besar..

.hasina. said...

Aah sy mmg bg Naurah kenyang2 dulu before tido. Senang takde merengek2 kan? :)

Akak taw pregnant utk kali kedua masa tu dah brp weeks?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...