BLOGGERIANS

Thursday, June 4, 2015

Serba salah pulak aku

Dah sampai Serdang baru aku dapat duduk. Tiap2 hari pun macam tu. Buat tak nampak je semua orang dengan ibu mengandung nih .. baik lelaki mahupun perempuan. Sama je.


Tapi yelah siapa pulak suruh mengandung ye tak. Lol.


Tahan jela labu. Kadang tu tak tahan sangat kaki ni.. aku duduk je kat lantai komuter.


Aku bukan nak cerita pasal seat komuter... nak cerita tadi aku dapat seat yang tersorok yang boleh aku bukak bekalan dan makan. Hihu.




Aku perasan ada budak perempuan ni asyik terpandang2 aku. Kejap2 dia pandang. Kejap kang pandang lagi. Eh serba salah pulak aku nak makan haha.


Aku entah kenapa perut ni teringin nak makan honey mustard chicken wrap san francisco tuh. Beli la tadi. RM13 wey. Pitam. Tapi memang sedap. Menendang2 baby kat dalam. Suka gamaknya haha. Sebab dari semalam aku teragak nak makan bendalah tu hihi.


Makan lah aku dengan bahagianya sambil diperhati oleh budak baju kuning haha. Pandanglah dik. tak luak pun haha


2 comments:

Wawa Yusoff said...

mungkin dia ngandong jugak kot.. ngidam.. teliur sekali la tu.. hehe

.hasina. said...

Akal preggy brp bulan dah? Dah nendang2 ehh baby? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...