BLOGGERIANS

Monday, June 15, 2015

Weekend dengan ibu


Anak lelaki memang camni kot ek.. banyak je trick dia nak buat ibu bertukar jadi naga. Mainan jangan cakap lah... dari depan sampai ke dapur bersepah2. Habis tenaga je nak kemas kang sepah balik. Tunggu malam sikit baru kemas. Tak pun tunggu baba je kemas. Haha. Baba kerja luar. Weekend ni memang petang2 ke malam baru nampak muka baba. 


Perut makin besar ni memang cepat penat lah. Macam mana la dah kuar lagi sorang ni. Tengok gaya macam hero lagi. Pengsan ibu melayan korang. Haha. 

Nak gosok gigi pun setengah jam baru settle. Aku syak Faiq tak suka perisa anggur kodomo lion tuh. Okay balik kang beli perisa epal hijau lak. Punya panjang ibu bercerita pasal gigi kawan ibu rosak jadi hitam sebab tak gosok gigi... pergi klinik doc cucuk gigi dia. Langsung tak boleh makan apa2. *cerita rekaan semata2* tapi Faiq faham lain pulak ... kawan ibu yang cucuk gigi doktor. Bahaha. Sian doktor tu takde gigi kan ibu. 

Lololol.


Nih hari Sabtu.. bangun je pukul 7 pagi terus kejut ibu. "Ibu bangun2 dah siang ni". Aisehman memang mengikut gen baba.. very the morning person. Tak kasi can ibu tido lama2. Heh. 


Faiq : "ibu amik gambar abang cepat" 

Hehehe.




Petang2 sikit buat cekodok labu. Tak sangka pulak Faiq suka. Yeay boleh geng ibu :)


Ibu tengah masak ... dia melayan diri sorang2. Tengok tv.. main game.. termasuk la snap gambar sendiri. Ni kaki sape ni? Baik mengaku cepat. Haha.



Baba balik lambat hari sabtu tu. Mengamuk je kerja anak bujang ni. Agaknya sebab terperap dalam rumah je kan. 

Ahad pun baba kerja. Tapi petang balik dah. Sempat la bawak keluar amik angin g city park seremban 2 je. Tak dan nak jejauh. Ibu iz tak larat jalan heh.  




Hari Ahad... pukul 150pm dah pengsan haha. Tengah masak kat dapur... tinjau depan jap aik dah lena orang bujang ni.. hehe. Awal betul... selalu pukul 4 lebih baru pengsan hihi.


Siap2 nak keluar. Tunggu baba solat jap. Amik gambar jom faiq. Ni respon dia. Haha. Apesal tah  nak buat muka camtu 



Ni posing style apa entah. Siap suruh ibu amikkan gambar dia haha.



Otw balik.. singgah makan choco top mcd. Eh kenapa hijau eh color kon aiskrim tu? Ke aku yang jakun sebab dah lama tak beli aiskrim hihi.



Sebelum tido malam tadi... selalu chit chat dulu dengan Faiq. Disebabkan aku asyik nak marah je weekend ni.. maka aku pun mintak maaf kat Faiq. 

Ibu : abang.. ibu minta maaf yer marah2 abang tadi
Faiq : marah apa ibu?
Ibu : ibu marah abang tak gosok gigi.. tak kemas mainan... terlompat2 nak pakai baju.. bla bla bla
Faiq : Ooooooo... BAIKNYA IBU NIIII! (sambil peluk ibu)


Terkedu jap iols. Omg kenapa sweet sangat anak ibu ni.. hahhaa



5 comments:

Aeen said...

ayat last tu sweet sangat...tersentuh hati.. :)

SweetLikeWhat said...

hahahhahaa pandai die puji ibu ye..

Ann Ishak said...

dah pandai ambik hati ibu ni

Aisyah Az said...

alololo... so sweett.. faiq comel habis makan aiskrim tu. hahah

Aisyah Az said...

alololo... so sweett.. faiq comel habis makan aiskrim tu. hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...