BLOGGERIANS

Thursday, July 2, 2015

Puding roti tak berapa nak jadi muahaha


Cubaan pertama khen ahaks! Saja jela try2 semalam sebab bahan dah ada - kismis je tak ada lupa beli. Tak pernah buat so main follow je resepi google. Sukatan pun main agak2 je. 




Bahan A :
Roti gardenia (aku guna butterscotch semalam)
susu full cream

Bahan B:
Butter
Telur 2 biji
Esen vanilla
Gula 

Aku blend je Bahan B ni sebab ai iz pemalas.


Disebabkan tak ada oven.. maka aku guna pemanggang ajaib heh. Sepatutnya susun je roti dalam tu baru tuang susu. Tapi malam tadi aku p rendam dulu dalam bekas lain ayoyo. Xpela malam ni try buat lagi hahaha.



Bila dah blend Bahan B tadi... campur je sekali dalam pemanggang kofkof. Biar dalam setengah jam. 

Sementara tu mari buat sos kastard nya pulak. 

Bahan :
Tepung kastard
gula
susu full cream / susu cair (semalam aku guna susu full cream. Next recipe nak try susu cair pulak heh)
air kosong 1 cawan

Kacau2 so tepung kastard tak berketul2. Kalau pekat sangat letak je air.


And of course mak ada pembantu kecik hahaha. Dia pun nak jugakkk! 
Faiq cakap "ibu jangan kacau eh.. Faiq nak buat donut ni..."

Hehehehe



Selepas setengah jam.. ya rabbi puding aku haha.. melimpah ruah. Cuak mak noks. Jadi ke idok ni? Haha



Beginilah rupanya. Harap maklum rupa tak semenggah haha. Sedap tapi lembik dalam eh. Maybe sebab rendam lama susu dengan roti tu. Takpe pasni boleh improve lagi haha.


Tadaaa! Gitu la cubaan pertama ahaks! Aku rasa tekak aku lagi suka kalau letak roti gardenia biasa.. and tabur kismis or coklat cip banyak2 heh. 


Ok bai. Ahaks! 

3 comments:

Hana Soffelia said...

oiit sampai melimpah ruah hah dr periuk ajaib. hehe Hana suka je mkn puding roti tapi org2 kt rumah kurang gemar, mls nk buat setakat mkn sorang2. sobsss

Liyana said...

@Hana
hahahahha sila jgn kecam saya #kipidap kahkah

SweetLikeWhat said...

sedap je tgk gambar last sekali tu yana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...