BLOGGERIANS

Thursday, September 3, 2015

4D scan klinik rekha seremban


Semalam kebetulan bos tak masuk ofis.. maka aku balik awal sikit... sempat sampai Labu pukul 6pm kau.. awal giler bagi aku haha. Sebelum tu aku dah hint2 husband ajak pegi bazir duit buat scan 4D untuk adik baby. Kesian pulak sebab time Faiq dulu beria pergi buat 3d + 4d sampai sesat2.. hahaha. 


So kali ni buat jugak la.. yang aku google.. scan 4d ada kat klinik rekha je.. area jalan pasar tu haa.. jauh gak... tapi weols redah jek.. punggah abang Faiq sekali. Aku call dulu sebelum datang.. katanya tak payah buat appointment.. walk in je.. kena bayar rm130. Ok la bagi aku.. murah sebab time Faiq dulu rm160 tapi dapat free gift... free cd... tengok baby pun lama... 

So bagi aku klinik rekha ni murah laaa.... my 1st impression. Heh. 


Sampai je klinik. Daftar kejap. Tengok orang dah ramai. Aku tanya la kaunter... ni lama ke nak tunggu? Kejap je katanya... so aku tunggu la.. maybe doctor ramai kot? 

Husband dah cakap kalau sampai 730pm tak panggil lagi kita blah jela. 15 minit.. baru nama dipanggil. Oooo ini lah doktor rekha nya.. doc cakap sebab aku dah 33 minggu .. dia tak boleh janji boleh nampak semua.. sebab baby dah besar.. air ketuban pun dah kurang.. masa paling tepat buat 4d adalah 28 minggu. Dia boleh try laa...


Kami ke bilik sebelah - Ultrasound room. Oh panas bilik ini. Nampak aircond tapi off. Aku dok mencari remote aircond haha. Ok jumpa terus on. Selamber je buat macam bilik sendiri. Heh. 5 minit kemudian sorang staf masuk uruskan aku. 5 minit lepas tu doc pulak masuk.. doc tak banyak cakap pun :(


Aku yang banyak tanya.. tapi biasala.. aku nak tanya apa pun bukan tau sangat. Sepatutnya doc kena lebih peka cerita apa benda tu tunjuk dekat kita. Betul tak? Ke camne? Haha. Kang aku tanya macam bodoh sangat soalan aku muahaha. Memang nampak la baby tengah pusing2 tendang2 oh indahnya donia.. hehe.. baby sonsang ye.. tapi doc tak cakap pulak ok ke tak ok? Erm. 2 minggu lepas kedudukan dia dah ok. Ni sonsang balik. Risau aku. Baby pusing ye.. kita work as a team ok. Heh. 



Ni la dia budak nya.. aktif kot yang 2nd ni.. 33 minggu dah 2.2kg. Aku tak sure bambam ke budak ni? Faiq dulu lahir 2.54kg je. Sipi2 je tu.. fuh jangan besar sangat dik. Payah ibu kau nak teran nih. Tarik napas hembus pheww. 




Doktor rekha. Gambar belakang pun jadi je hahaha.



Abang Faiq bukan tengok pun. Bizi tengok upin ipin



Ni skrin untuk aku pandang. Ok laaa....


Dalam 10 minit je aku rasa sesi scan ni... pastu doc keluar. Aik. Weols blur laki bini. Like, eh camtu je? haha. Ok la jom keluar. 

Lepas tu pergi bayar kat kaunter. Kena rm130 untuk 2 page report OB (detail scan) dan sekeping gambar baby. Aku like ????

Ni je ke? Haha. Aku tanya jugak kat kaunter dapat ni je ke? Takde cd ke gambar kaler2? Staff kata ooo mesin rosak la maam. 

Like what??? Kenapa tak bagitau dari awal?

Ok this is first & last time aku datang sini haha. Time Faiq dulu buat kat klinik pakar wanita dan keluarga pj... dapat free gift susu 2 ke 3 jenis.. dapat cd ... dapat gambar kaler lagi.. scan pun lama... doc siap goncang2 perut sebab Faiq tido.. suruh g makan dulu pastu datang balik. Yela kita bayar kan... 


Ok la tu je nak cerita hehehe.

2 comments:

syira yaya said...

Selamat bersalin! :)

Cik Puan Eka said...

waa best kan. hehehe. teringat plak kenangan scan Adra haritu. Dua2 teruja. Haha. Muka ayah dekat dgn screen. Sono tu plak sporting gile. Siap tunjuk itu ini. HIhi.

scan 3/4d selalunya sekaligus dia buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...