BLOGGERIANS

Tuesday, September 1, 2015

Check up @32 weeks


Kisahnya check up ni minggu lepas. Takde mood nak update kahkah. Suka hati la blog aku. Bukan sape2 nak baca pun. Haa tu yang aku fikir.. rupanya misi kat klinik aku check up ni dok baca blog aku kahkah. Omaigod. Nasib tak ada yang mengutuk hahahaha. Seriously aku suka klinik ni. Tak mongak pun. Walaupun dok harung sorang2 kejar teksi p balik klinik. Behehe. I love to challenge myself gitu. 

Appointment pukul 2pm. Pukul 150pm biasanya aku dah terpacak kat klinik. Check up biasa je.. tu aku amik petang.. senang terus balik. Tapi apakan daya hari tu nasib ku agak malang. Nurse yang attend aku p mana entah.. ada kes lain kot.. makanya aku menunggu cik misi hampir 40 - 45 minit. Kaki dah kebas ni... haha .. selalu 40 minit tu dah settle semua benda.. ok hampir menghilangkan mood aku jugak. 


Pukul 3 jugak baru aku dapat giliran. Mood pun dah kelaut. Check berat ok. Urin ok. Sekali cek hb 10.6 heh mendapatla sekalian jenis ubat di bawah. Normal hb 11 ye puan2. Harap maklong. Heh. 



Misi yang handle aku dok ceramah pasal hb low ni.. ye baiklah saya paham... sekali misi sebelah menyampuk.. "eh awak liyana yang blogger tu eh?" 

Tetiba muka hakak ko bertukar kaler deknon kahkah. Patut ke aku buat2 pengsan ni hahahha. Omg aku ada tulis yang pelik2 ke idak? Hahahaha. 




Dan sticker pun bertukar kaler. Haha. Aku syak sebab aku dah penat. Gituu. Sebab sebelum ni hb aku ok je. Itu la kisah nya. Hehe. 


Blog ni dah macam diary bergerak aku. Aku baca balik pun rasa tergeli2 sorang pe bende post merepek ni haha. Tapi satu jela.. makin ramai yang baca.. makin ramai haters ko.. heheheh. 



2 comments:

.hasina. said...

Omg misi tu pun baca blog akak. Famousnya hehe...

Sy & hb low pun tak dpt dipisahkan. Sobs :(

SweetLikeWhat said...

dulu anez pun hujung2 tu low je hb..tapi hari nak beranak tu elok hb naik 11 hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...