BLOGGERIANS

Wednesday, September 30, 2015

Check up 36 weeks +++


Hari ni dah genap 37 minggu sebenarnya tapi hari ni check up untuk 36 minggu bape hari entah. Aku kan delay kan date LMP tuh 4 hari... heh. Member memboyot kat ofis dah beranak genap 38 minggu. Daku kecuakan sorang2 kat ofis haha. Borang cuti bersalin dah isi. 2 minggu awal aku dah mintak cuti. Cik bos pun ok. Semoga dia faham la sebab aku kan yang travel jauh2 tu.. risau pulak kang sakit2 dalam komuter macam mana. Hoi seram fikir. 


Sebelum weekly check up ni... kena scan baby 35 minggu dulu.. aku tak sempat kot... patut kena scan kat kkia.. tapi aku request nak buat sendiri kat private.  Disebabkan pm care cover... marilah kita fully utilised kan kemudahan yang ado. Heh. So malam tadi je yang sempat p scan. Kat klinik yang aku gemar pergi. Sebab doc very friendly... hihi. Doc perempuan tudung labuh.. suka melayan Faiq bercakap hihi. Penerangan pun details sangat. Poliklinik Ikhwan Aft. Macam klinik orang arqam.. eh? ke aqram? Bahaha confused mak. 

Doc tunjuk ni peha... gender dia.... kaki.. tangan... jari... sekali Faiq menyampuk "MUKA???"

HEHEHEHE

Progress adik baby semua ok. Adik besar sikit la kot... dah 2.819kg. Faiq dulu overdue pun keluarnya 2.54kg je... adik ni entahla.. ko jangan besar sangat dik... payah ibu nak teran kang haha. 


So tadi p check up lama sikit sebab kena amik darah kat lengan (sebab hb low... ala 10.2 je) and jumpa doktor. Doktor cina perempuan alahai comel sangat. Suka tengok muka dia haha. Suka senyum tapi ai iz kena marah jugak sebab tak berapa konsisten amik iron tablet tu... choi heheh. Tak suka la bau dia. Act.. pepagi buta p check up... aku belum sempat sarapan... tak makan vita lea lagi... memang hb low la... takde tenaga kan... tapi so far so good je.. heh. Doc check perut... "cantik perut u takde stretchmark pun... u pakai apa?" 

AHAKS! 

doc tak tengok kat tempat lain lagi... muahahaha. 

Kat perut memang takde merekah. Tak tahu ler kenapa. Tapi tepi peha memang merekah sikit... pusat terjojol keluar. Euww. Doc pun cakap "baby besar sikit ni... u makan banyak eh?"

 Erkk. I makan macam biasa je doc. Serius baby 2.819kg tu besar ke untuk 37 minggu? Risau pulak aku haha. Maybe sebab doc chinese kot... anak orang cina kan comel2 je keluarnya.. hihi




Disebabkan HB low.. mendapat la iberet ni hewhew.




Besar jugak tablet nya... tapi vita lea shaklee lagi besar... buat masa ni aku memang tak makan ubat klinik. Aku memang totally amik shaklee je full set. Nak tengok gak adik nanti camne haha ujikaji kat anak sendiri. Tah pape. 

Sekian tamat sudah :D


2 comments:

.hasina. said...

Baru semalam dpt iron gedabak ni. Sbb hb low jgk.
Tp tak mkn pun. Full shaklee punya kita telan hehe

anez zamri said...

mmg tak lalu kan makan iron tablet tu..haha

try pati delima gulsan tu yang kot nai balik hb tu..

take care tau..nak dekat sangat dah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...