BLOGGERIANS

Tuesday, September 15, 2015

Hari2 yang ku lalui jelah

Puas fikir tajuk. Mende la aku nak tulis ni. Hari ni aku MC. Hoih sakit2 badan aku. Maklum ler dah hujung2 ni memang begitu. Semalam kena cover big boss.. secretary nya cuti. Aku pun tak tahu kenapa la asyik muka aku and secretary lagi sorang tu je kena cover. Tapi okay je since orang dah percaya kat kita... tapi tu laa hakak ni bukan larat sangat.. dah tua ye tak.. ke hulu hilir bawa perut memang mengah jugak. Jaga bos lelaki senang tak banyak songeh tapi tu ah phone tak berhenti berbunyik. Sudahnya aku divert semua line. Line aku. Line cik bos aku. Line secretary yang aku cover. Line big boss. Haa 4 line. Sudahnya hang hanphone aku bahahah. Kejap2 ada je yang call nak check calendar big boss. Kejap2 calendar cik bos. Cubicle aku nun kat belakang. Cubicle secretary big boss nun kat depan. Mengah hakak. Pendek kata memang tak menang tangan. Huh. Baru nak suap lunch..  cik bos wasap tolong belikan lunch i. Huwargh. Penatnya uols. Mengeras2 baby kat dalam. Tapi kita belajar banyak mende. Okaylah ;)

Eh panjang merapu hal opis semalam haha. 

Weekend lepas turn balik rumah in law. Faiq follow atok nenek g kenduri. Ibu baba malas follow. Faiq mintak GHAK kat atok nenek. Sorang pun tak faham ape ghak tu haha. Faiq jawab "alaaa yang kecik2 comel2 tu.... " 

Garu kepala tok nenek melayan cucu hahaha.





Nenek wasap kat group family "mende ghak tu baba..." hahaha

Haa ni la GHAK nye! Hahahaha


Malam tu tak ada buat apa.. kitorang ke sendayan ada perasmian pembukaan rumah kat hijayu yang harga 1.6 juta tu. Perghh memang cantik interior design... tapi ko mampu? Mahal nak mam. Ahaks. Aku mampu tengok je. Macam2 la aktiviti untuk tarik orang ramai datang. Ada superheroes..  belon udara panas..  12D cinema yang aku pernah naik dulu tu.. makan buffet free.. fireworks... eh macam2 lagi lahhh. Sesak gak nafas. Jerebu kan. 



Orang kerumun ironman haha. Amik yang sempat jelah hihi



Fireworks! Excited Faiq tengok nih heee



Kenapa Faiq pandang belakang? Time ni aku sibuk suruh dia pandang depan sebab nak amik gambar. Faiq sibuk pulak nak naik dalam tuuu.. aku cakap nanti roboh macam mana? Faiq jawab TUUU ADA ORANG NAIK TU IBU! 

eh ye tak ye jugak. Apehal pulak orang tu naik atas tu haha







Esoknya kami ke Rantau Eco Park. First time sampai sini. Tak ramai orang pun.. kawasan besar... rasa ramai yang tak tahu lagi tempat ni.. macam2 aktiviti rupanya kat sini. Kolam luas. Aku sewa pelampung size besar 2 ketul nak bagi budak2 2 orang ni berendam. 1 pelampung deposit rm10.. dia caj rm4.. main la berapa lama nak main. Husband cakap klorin kuat sangat kot kolam ni.. tak bahaya ke eh kot anak2 kecik terminum? 












Bayar masuk rm5. Ok la kot.... kawasan masih dalam renovation lagi.. nanti la nak pergi lagi sebab dekat je dengan rumah hehehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...