BLOGGERIANS

Friday, September 11, 2015

New handbag


Hoih. Giler betul. Nasib sempat sambar masa otw pergi kerja pagi tadi. Sap sap soi beli online pakai handphone haha. Dasar betul. 

Eh bukan. Aku memang tengah mencari handbag baru ni. Reward diri katanya. Nak beli mahal2 tak mampu hakak. Sofina 3 tu macam dah muak pulak pakai haha sebab bagi aku terlalu besar. Aku suka bag yang spacious dan praktikal tapi idak la terlalu besar.. dan mampu milik jugak behehe. 



Tak sabar nak tunggu poslaju ni haha. RM129 with GST. Ok kot. Kita tengok bila dah sampai nanti heheh.


Semalam ternampak ada butik sophie paris kat lrt bangsar. 1st time baru perasan. Sebelum ni tak tahu pun. Eh aku pernah pakai handbag sophie paris. Bagi aku kualiti memang ok. Banyak poket. Tapi payah nau nak beli. Semalam ternampak butik tu terus ler masuk. Dok belek2 handbag. Eh macam ada yang kenan jugak. Tapi staf 2 orang tu buat derkkk je macam takde perasaan. Aku tanya tali panjang for sling ada ke? Eh boleh pulak dipanggil member dia lagi sorang kat belakang untuk assist aku. "Ko ada kerja tak ..... (nama member tu apa entah tak ingat pulak) tolong akak ni kejap" dengan muka tak pandang aku pun. Eh busy sangat lettew. Aku sorang je kot dalam butik tu.  Member nya keluar 5 minit kemudian. Pastu buat muka toye gak. Sudahnya aku blah je. Macam mana eh kerja front counter macam tu? Senyum sikit la dik :) ahkak pun pernah jugak kerja kaunter. Memang la fenat tapi jaga la dik oi. Heh. 


Whatever. So hari ni dapat jugak rezeki soho mini handbag ni. Dah lama aku perhati. Haha. Sekian cerita hari2 yang ku lalui je. 


3 comments:

.hasina. said...

Akak nanti review ok ke tak beg ni. Hehe.. sy sofina3 mmg tak beli pun sbb nmpk besar gila2..

Sy kalau dpt jumpa promoter gitu mmg blahh je. Biar pun ada benda nk beli. Tak suka kn kerek2 ni

nur nabihah yunus said...

Sedihnya sis kena layanan camtu. Macam mana orang nak beli kalau layan ala kadar camtu hukhuk

anez zamri said...

lawa2..nanti review tau best tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...