BLOGGERIANS

Wednesday, September 23, 2015

Puding roti resepi suka hati akhirnya menjadi haha


Hai readers. Masih bekerja? Aku mc hari ni. Niat asal memang nak kerja tapi nak balik awal sebab bos cuti. Sekali terjaga tadi 650am. Sekian time kaseyyy! MC jela. Senang. Heh. Alasan sangat. Oleh sebab aku cuti.. mood nak masak tu on lah kan... husband suruh masak asam pedas ikan. Sekali tak dibeli eh halia. Memang tak jadi la masak asam tak letak halia. Ke ok je? Heh. Pukul 1pm tak sampai rumah lagi. Perut dah lapar ni. Aku dok ngitai apa ada kat dapur nak makan ni. Barang basah mana beli sangat ye cuti panjang minggu ni kan...  


Tetiba eh ternampak roti butterscotch tinggal 5 keping... hampir expired. Eh sebenarnya dah expired 19sept..tapi tinjau tak berkulat pun... elok lagi la ni. Jangan bazir2.. no no no. Heh. Bukak fridge eh nampak kismis Faiq 2 bulan lepas kot haha. Telur tinggal sebijik.. susu dutch lady ada setengah lagi.. tepung kastard memang ada... esen vanilla pun ada... buttercup n marjerin ada... haaaa moh laa buat puding roti. Hahahaha. Perut pun lapo ni. Mari google. Lololol. Google2 tak paham. Disebabkan pernah buat sebelum ni yang lembik tak jadi tuhh.... so aku olah je ikut suka hati aku. Agak2 jela wey. Tak jadi kang buang je haha.

Yang ni aku tiru resepi mak gojes ctliyanamib. Tapi dia kukus. Aku takde pengukus. Oven apatah lagi. Yang ada pemanggang ajaib je.. tapi aku nak puding aku tinggi2 sikit.. camne pulak nak susun tinggi2 kalau roti 5 keping je haha. Nanti meleleh2 pulak bancuhan susu tu.. eh paham ke? Oh fenin hakak di situ. 


So kepala otak fikir letak dalam bekas plastik ni jela.. tulisnya tahan panas 100° ...... ok kot ni.. nanti aku letak la air kat dalam pemanggang ajaib aku. Hehehe. 

Aku sapu dengan butter n marjerin. Nanti ada rasa garing2 masin sikit baru best.





Pukul telur.. esen vanila... gula 2 sudu... aku letak susu dutch lady sikit. Pukul gitu2 je tak payah beria sangat. 



Tuang bancuhan tadi atas roti. Kali ni aku letak sikit je .. aku takut puding aku lembik macam 1st time buat dulu tuhhh... Pastu tabur kismis Faiq. Bila punya kismis entah. Haha belasah jela




Letak dalam pemanggang ajaib. Pemanggang aku yang jenis nipis tu.. kira kalau nak bakar kek tu macam tak best la.. sebab nipis je... nanti nak beli pemanggang ajaib yang tinggi sikit macam periuk tu laa haha



Agak2 15 minit aku tinjau. Tak tahu berapa anggaran bakar ni. Rasa 30 - 40 minit kot. Sekali tengok bekas plastik microwave tu mengembang kau. Seram sejuk aku. Hahah caner nak buat ni ahahah. Abis la puding aku tak jadi lagi lol. Berfikir laju2. Haaa mesti dasar dia dah masak sikit kannn... aku pun tukar bekas.... letak terus puding atas pemanggang ajaib tanpa bekas. Tawakal jela kalau dia melepek haha.


Sementara tu dok buat kuah kastard pulak. Eh kena pakai susu cair. Tapi aku takde susu cair. Pakai jela apa ada. Letak tepung kastard sesudu besar.... susu dutch lady tadi secawan... air kosong 2 sudu besar... gula 2 sudu besar.  Kacau sampai tepung kastard tak ketul2





Tenggekkan atas api... kacau2..  baru letak esen vanilla sesudu. Agak2 pekat sikit tu siap laaa.




Dah siap simpan dalam bekas.




Haaa puding aku pun dah masak hahaha. Omg sedap sangat kauuuu! Matikla puji diri sendiri. Kahkah. Tapi memang sedap tak tipu ni. Faiq 2 kali mintak tambah heh. 



Haha


Ni lah hasilnyaaaa hahahaha. Aku puas hati. Boleh buat lagi ahahaha. 



4 comments:

Myra Anne said...

wahh. senang sgt ni.. bole la cuba nanti.. heehe..

jemput singgah blog kite ye.

http://myraanneba.blogspot.my/

Jen Jen Areff said...

look yummy

anez zamri said...

rajin ibu..sedap nampaknye tu

LZ - The Blog Owner said...

AsSalam Liyana,

Comel jer buat puding roti ala-ala cenggitu tak yah beriya tapi menjadi, i like..

Next time boleh cuba.. Thanks for sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...