BLOGGERIANS

Friday, September 18, 2015

Rambut raya haji


Lama dah plan nak gunting rambut anak bujang ni. Asyik bertangguh je... bukan sebab tak nak bawak ... bukan jugak sebab tak sempat... ni sebab payah sangat memujuk si anak bujang. Ada je la alasan dia. 

"Nanti Faiq berdarah macam mana?"
"Jap Faiq tengok cite otomen dulu baru gunting rambut"
"Alaa nak biar panjang macam Akim" 

Akim = akim & the majistret tuh. 

1001 alasan. Sampai mati akal ibu baba nak pujuk. Sudahnya aku terfikir why not mintak tolong pengasuh. Haha. Dia kalau dengan pengasuh dia semua boleh. 


Aku tanya jugak "macam mana akak pujuk Faiq?"

Pengasuh cakap dia ajak je pergi gunting. Faiq siap cakap lagi "okay.. gunting sikit je tau!" 

Amboi pandai sangat propa budak ni. Nyampah ibu.

Ni pengasuh kirim gambar. Berdebar2 kau. Padahal gunting rambut je pun. Over nau mak kau ni Faiq haha.

Muka macam tak rela je haha



Eh elok pulak tak nangis langsung. Cool je. Akak ngasuh tu cakap laaa... Faiq behave je katanya. Ada la sorang budak masuk kedai dengan mak paknya...nak gunting rambut gak.. dalam 2 tahun kot. Melalak kemain kuat. Faiq pandang je budak tu... bajet bagus sangat hahaha. Padahal.... sendiri sambung ekekeke


TADAAAAAAA! gambar malam tadi. Amacam hensem tak? Haha. 

Faiq cakap "hensem sangat ni ibu"

Mak aih perasannya ko nak oi. Hahaha. 


3 comments:

.hasina. said...

Haha comeyy dah. Amboi dgn pengasuh sume boleh ye..

Jen Jen Areff said...

abam faiq ni... kelakar... kan dah ensem gunting rambut

anez zamri said...

hensem lah die rambut baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...