BLOGGERIANS

Monday, September 21, 2015

Review : the soho mini


Kepala aku tingtong je hari ni. Tak tahu la kenapa. Rasa mual je pulak. Mari la kita baring di sofa pantry sambil update blog. Dah la hujan lebat pulak kat luar tu.. boss pun p meeting. Ai iz merdeka kejap. Gituu.... 


Hari tu dah janji kan.. nak review pasal the soho mini by sometime nih. Personally.. memang dah lama tunggu handbag ni sebab berkenan betul design dia.. simple.. elegant.. yet affordable. Heh. Niat hati nak pakai long champ cuir.. tapi pitam tengok harga beg je pun dah ribu riban muahaha. RM100 ni pun dah mahal kat aku behehe. 


2 hari je.. sap sap soi eh dah sampai. Fuh. Berdebar2 pulak bukak plastik hehe.



TADAAAAA!!!!




SERIOUSLY MEMANG CANTIK.  Tapi hakak ni dah terbiasa handbag besar... amik masa nak sesuaikan diri. Sekali je kot aku pakai. Lama fikir. Nak jual balik ke nak hold dulu eh?



Antara reason:
● bag ni tak melekap kat badan bila aku sling. Tali pun tak cukup panjang bila sling. Aku rasa insecure di situ. Maklum la aku kan travel ke ofis hari2 lalu kl sentral sesak2 tu.. ofkos aku risau... kot ada yang panjang tangan.. pheww... tak terjangkau dek akal fikiran

● tak ada poket kecil di bahagian luar handbag. Susah jugak aku nak letak tiket komuter... kad rapid lrt... duit syiling sikit2 tuh.. 

● tak muat nak letak baju anak sepasang! in case la pergi mall kejap2 ke apa kann.. wet tissue lagi...  Wallet husband. Handphone husband. Pampers 2 keping. Omg. Dah terbiasa bawak  beg gedabak camni la haa... hahahah. Kalau sofina 3... kau letak towel pun muat lagi hahaha. Tapi hampir jatuh gak la bahu kau. Behehe. 

Itu jela personal reason aku. Ulang lagi sekali. Aku yer. Tengok orang lain pakai.. jalan2 sambil libas handbag the soho mini ... lawa nya uols. Terus terpengaruh dan BELI. Hakikatnya tak fikir dulu sesuai ke dengan awok tu.. hehehe.


So malam tadi decide.. ermm jual balik la... aku tolak RM100 kat IG sometime... terus dah ada yang booked. Terasa sedih puler ;( 

Dah selamat pos. Semoga berbakti ke tuanmu yang baru heheheeh. 



Bye bye soho mini. Sob sob. 


3 comments:

Aisyah Az said...

lawanya omg beg tu. haiihhh berkenan pulak each dengan design dia

.hasina. said...

Akak hari tu kata tak nk beg besar.. ni kecik sgt plak ye..

Pakai je la.. hehe syg la.. rajin akak jual blk.

anez zamri said...

betul2..jadi mak2 ni handbag pun nak kena besar..senang nak sumbat segala harta karun hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...