BLOGGERIANS

Friday, September 4, 2015

Tauhu bunga


Minggu lepas adik beradik semua balik. Maka buat aktiviti masak2 lah kan. Tangan kaki mulut semua jalan lol. 

Aku plan buat tauhu bunga ni je. Alah senang je buat benda ni. Kalau google melambak keluar. Follow je resepi ikut tekak masing2. 

Cara gunting - amik satu bahagian petak tauhu..... Gunting bentuk X. Pastu terbalikkan. Isi dia kaut2 bawak keluar. 

Bahan2 untuk tauhu bunga:-Isi tauhu kari /tauhu lampung
Tauhu petak 2 biji
Isi ayam/ udang/ daging
Lada sulah
Garam
Bawang potong dadu
Daun bawang
Daun sup
Telur (untuk lekatkan adunan.. so bila goreng takdela terkeluar)


Banyak gak dapat hari tu. Puas makan hehe.


Cara nak goreng pulak kena telangkupkan kelopak bunga tersebut. Takde terkeluar pun isinya sebab telur dah mengikat bahan2 tadi kannn.. 


Ni la hasilnya! Ahaks! Jadilah buat makan sendiri2 hehehe. Nasib ada budak kecik.. kalau ikut tekak aku.. nak je letak cili api hiris2.. phewww! 

Kuah dia boleh buat sendiri macam kuah cucur udang tuh..  cili kering + air asam jawa + gula + garam.. sukatan agak2 je hewhew.

Okbaiii

5 comments:

Aeen said...

sedapnye...lama da x buat tauhu ni...ain panggil tauhu ni tauhu terbalik..hhehe..

anez zamri said...

sedapnyeeee..ok nnt nak try buat

qaseh dalia said...

macam sedap je

Mimy Hamid said...

tunjuk tutorial patut nya hehehe

Aishah Amin said...

uu menarik.. tak pernah nampak tauhu bunga ni
Aishah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...