BLOGGERIANS

Thursday, October 22, 2015

Masih belum bersalin heh


Hai. Saya masih belum bersalin. Semalam patut dah genap 40 minggu. Aku dah start risau. Faiq dulu overdue. Rasa menyesal amik cuti awal2 sebab aku pening dok rumah je tak buat apa2 tapi dalam masa yang sama risau pulak kot terberanak dalam komuter. Iols kan pengguna public transport tegar. Buhuhu. Ya Allah semoga adik baby keluar la cepat. Sekarang pun takpe. Hoh


Seriously aku tak sanggup nak hadap nurse klinik desa kat sini. Kerek giler. Baru JM je pun. Berat aku sepanjang pregnant ni naik 7.8kg. Now dah 62kg. Masa buka buku pink 12 minggu berat aku 54.2kg. Tapi bila scan berat baby ok. So tadi kena refer doc sebab berat tak naik. Sepatutnya doc kata berat sepanjang pregnant kena naik 12kg. Kurang berat tak boleh.. terlebih berat tak boleh jugak. Macam2 ye tak. 


Masa 1st time jumpa nurse yang kerek itu.. aku saja jela nak berbasa basi.. borak kosong je pun..  sebab Faiq dah 3 hari demam malam. Aku just nak tanya pendapat nurse tu je.. memang dah bawa Faiq g klinik. Bila tanya.. boleh pulak nurse tu jawab "bawak la jumpa doktor. Tanya sini buat apa?" Omg terkedu kejap aku. Kita bukan nak tau sangat.. saja nak borak kosong berbasa basi gitu.. yela 1st time jumpa kannn. Ok fine lepas ni sekadar check up jela.. macam aku hadap sangat nak jumpa dia. Hahaha. Klinik kkia bukit bangsar jugak yang terbaik. Nurse sangat friendly.





Petang semalam bawa Faiq ke Tesco yang baru buka. Tak tahu pulak ada mende alah ni haha. Terpaksa spend masa dekat 40 minit kat sini je haha. Mendapat lah kan. Motif utama nak bagi jalan banyak2 nak bagi cepat bersalin. Eh tak jugak bersalin lagi malam tadi. Haha liat betul dak adik ni yer




Faiq naik mende ni. Kemain laju panjat. Dah badannya ringan. Ada budak perempuan debab sikit minta tolong kat Faiq "tolong sayaaa" faiq pun hulur tangan sambil cakap "ish beratnya" muahaha. 



Agak keboringan sebenarnya budak ni kat kampung sebab takde kawan. 




Bangun tido pagi2 pegi mengadap tv. Panggil tak menyahut rupanya dah melopong kat depan tv. Sian anak ibu



Cepatlah keluar adik baby... serius ibu n abang Faiq rindu rumah kecik kita huwaaa. Gambar ni faiq yang tangkap haha. 

Ada tips ke bagi beranak cepat? Ai iz boringgg dok rumah lama2

2 comments:

Aeen said...

adik baby tgh best dok dalam perut ibu...hehehe...masa ain beranak dua2 orang tu..nak bagi cepat bersalin...byk berjalan lah..mmg dah hujung2 waktu nak bersalin gi jalan2 sehari suntuk..esoknye betul2 nak bersalin...heheh

anez zamri said...

try makan cendol..anez pun dua2 anak overdue..semua nak lama-lama duduk dalam perut haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...