BLOGGERIANS

Monday, November 9, 2015

Baby kuning


Hari ni dah masuk hari ke 15 berpantang. Eh dah 2 minggu ke? Rasa macam dah 2 bulan haha. Tak suka pantang. Serba serbi terbatas. Ada yang suka berpantang ke? Hewhew. Yang bestnya dapat spend time dengan anak2 24 hrs lah kan. Anak2 kau... heh. Macam tak percaya dah 2 hero. Behehe. 


Ok la mari kita throwback kisah baby kuning dok bawah lampu ni. 


Aku bersalin hari Isnin. Selasa tengahari... nurse cakap awak dah boleh balik. Hah time tu husband ada datang melawat. Kemain la weols seronok babai kat akak katil sebelah. Akak tu ada kencing manis... 37 minggu kena bersalin. Disebabkan anak 1st caesar... doc kena usaha untuk pastikan 2nd ni normal. Tak boleh induce. Tak sure kenapa. So method terbaik.. guna ransangan semulajadi. Tak tahu ler camne? Huhu seram.


So lepas dah kemas2 barang2.. hati excited nak balik dah tak sabar nak peluk cium anak sulong sob sob.. dah gerak keluar dari hospital.. betul2 depan gate keluar... ada call masuk. 06xxxxxxx.... eh sape pulak ni kan. Husband angkatkan. Serius bunyinya. Kitorang berhenti kat stesen pam minyak depan hospital. Husband belum habis cakap lagi kat handphone tuh. Aku dah cuak je.. eh boleh ke cakap kat handphone ni.. kang meletup pulak pam minyak ni. Heh. 


Rupanya... kena masuk balik hospital. Doc tak kasi balik sebab baby kena admit. Kuning. Ok sekian terima kasih. Doc cakap dia minta maaf sebab tersalah tengok result. Omg. Tak kelakar ok doc. 


Maka pusing balik la kami masuk balik hospital. Muka masing2 dah macam hape je. Lulz. Aku dah cuak je.. kena masuk balik ke wad tadi? Malunya kat akak sebelah katil tu. Yelah tadi beria sangat babai. Haha. 


Tunggu giliran baby untuk daftar masuk wad kanak2 punya la lama... dekat 45 minit menunggu depan hakak misi yang jaga kaunter daftar. Naik petak bontot duduk kat kerusi lama2. Hoh.


Lepas dah daftar terus follow nurse ke wad kanak2. Rawatan rapi.. sangat hygiene. Tak boleh pakai kasut kat dalam tu.. hanya parents baby je boleh masuk. Macam2 penyakit baby.. yang paling kritikal rasanya katil hujung.. paru2 berair kot.. nak nangis dengar doc n nurse ramai2 kerumun katil nak sedut apa entah .. seksa dada dengar baby tu nangis.. parents baby dok jauh2.. tak sanggup tengok kot.. tabahnya kalian..  terus rasa insaf.. anak aku kuning je pun.. tu pun sikit je.. sebagai langkah berjaga2 sebab aku darah O+. Gituu.


Macam2 jenis rupanya lampu untuk kuning tu... anak aku pakai yang 7 lampu tu.. ada yang jenis lampu paling besarrr betul. Seram pulak tengok. 



Sedih tengok anak sendiri macam nih. Anak aku pusat dia ada infection. Doc kata kuman dia jenis yang degil sikit. Aku syak punca dari air kencing dia.. sebab malam tu aku tukar pampers... ya Allah dia punya bird tu naik ke atas? Mana la tak terpancut ke atas. Kena barut... kuyup  . Kena jugak la pusat dia.. bau hancing je.. ish... sape la yang tolong ganti pampers dak aqeef ni .. kesiannya anak aku...




Katil untuk mak baby berdepan je dengan baby. Baby nangis boleh amik je susukan... malam tu ada jugak 3 kali aku amik aqeef.. susukan.. pastu terlelap sekali.... nurse yang datang pantau.. dok amik baby letak bawah lampu balik huhu. 



Aqeef day 3


Aqeef day 15. 


Sehari je bermalam kat wad kanak2... esoknya tu boleh balik dah. Yeayy! Masa dok kemas beg .. eh ternampak akak katil sebelah... hehehe... dah selamat bersalin.. normal.. disebabkan baby 37 minggu.. kena pantau dulu kat wad kanak2. Eh ke wad bayi? Sebab semua baby je. 


Bagi aku ok je wad kanak2 ni.. selesa untuk mak2... cumanya pantry n toilet agak jauh.. sebenarnya dekat.. tapi kan dalam pantang .. berjahit lagi.. payah nak bergerak.. agak menyukarkan pergerakan lah... 


Hari ni hari ke 15.. luka jahitan masih terasa yer.... ada lagi benang yang belum tertanggal. Fuh bertabahlah. 

4 comments:

.hasina. said...

Sy tak suka pantang sbb selalu rindu husband! Bahaha tp anak no dua ni mcm dah kuat sikit kot :P

Mcm Naurah dok bwh lampu camtu. Sobss! Tp semalaman je kan kt hosp..

anez zamri said...

weh tahniah tau!selamat berpantang eh..semoga baby dan mak sihat selalu ok!

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

alhamdulillah..nasib kuning tak berlarutan..
eh..same la jenis darah kite..o+..

Fardilla Fawzi said...

wah dah bersalin 2nd baby..tahniah..dah lama tak bukak blog...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...