BLOGGERIANS

Sunday, November 1, 2015

Mak anak dua


Assalamualaikum. Heh. Masih tak boleh lelapkan mata. Terasa sakit jahitan bawah.. makan ubat tahan sakit so mari lah update blog ringkas2 je. Baru seminggu jadi mak anak dua. Hoih mencabar sungguh. Mencabar nak handle yang sulong.. bukan yang 2nd. Hehe.

Ok la. Aku bersalin 26hb pada 40 minggu 4 hari. Heh. Aku kan lewatkan lmp 4 hari. Giler berani. Sebab takut kena induce. Aku dah nekad if tak bersalin lagi sebelum hari rabu.. aku nak straight je serah diri ke hospital. Sebab rabu genap la aku 41 minggu. Ermm.. apa yang aku buat .. aku jalan itik ok. Jalan itik dalam rumah setiap pagi. 2 hari sebelum bersalin tu  huh. Berkesan taktik itu. Yang kelakar faiq pun join sama hahahaha.


Sehari sebelum bersalin aku berkejar dengan si faiq. Main belon besar ni.


Tapi aku rasa mungkin jugak Allah dengar niat aku - nak bersalin time dah dapat gaji. Haha. Pe kena mengena entah. 

Antara wishlist aku untuk 2nd time bersalin ni:
- aku nak natural delivery 
- nak rasa pecah air ketuban tu macam mana
- tak nak painkiller
- nak baby atas 3kg
- nak wad 1st class walaupun GH je hee

Semua di atas.. semua aku dapat rasa. Alhamdulillah :)




Wad 1st class. Ada air cond. Selesa sebab 1 bilik hanya 2 orang. 



Sementara ibu kat hospital.. faiq ikut nenek p tadika. Sehari je pun. Bosan katanya sibuk ajak nenek balik. Hehe. Kejap cikgu nor kejap nenek.. bahaha


Pengalaman bersalin nanti eh.. tengah dalam draft lagi.. hewhew

Daaa nak tido lah.


2 comments:

Mimy Hamid said...

eh dah bersalin..tahniah dik....anak apa...selamt berpantang

Aziey said...

Congratulation ! .. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...