BLOGGERIANS

Tuesday, November 3, 2015

Pengalaman bersalin anak kedua


Hari ni masuk hari ke 9 berpantang. Sebelum penyakit pelupa datang.. meh update cerita beranakkan dak Aqeef ni heh. Eh lupa. Nama 2nd baby Muhammad Aqeef Irham. Nama macam biasa.. last minit baru decide hewhew. Nama Irham dapat dari cerita i love you mr arrogant. Bahaha. Nama Aqeef inspired by comelnya anak leader shaklee aku. Kahkah. So aku gabungkan. Ok lah kan? Lalala. 2 hero ... ibu yang cari nama. Heh. Baba iz pasrah. Lulz.


Untuk 2nd pregnancy ni aku lewatkan LMP 4 hari disebabkan takut induce. Mujur dak Aqeef keluar 40 minggu 4 hari hoho. Setiap kali bangun tidur aku termenung kejap.. .haih tak jugak beranak lagi. Badan makin berat. Makin tak larat. Boring pun ye gak. Malam tu aku pakai baju kelawar.. rasa lain macam pulak malam tu.. rasa cramp2 kat celah peha. Tapi buat biasa jela. Tersedar pukul 3am.. nak bangun terkencing.. bangun je dari katil ...  macam... eh tiba2 je basah baju kelawar. Eh air ketuban ke? Rasa macam ye. G kencing jap pastu terus kejut husband. Dia macam blur2 tak tahu mana nak capai dulu bahaha. Aku relax jela sebab tak rasa sakit apa2 lagi. Baby mengeras2 biasa jela. 


10 minit kot bersiap.. kejut mak lagi suruh tengokkan Faiq. Eh tiba2 mak nak ikut sekali pulak p hospital. Risau lak deh. Aku ok je ni. Dah aku risau Faiq pulak. Takut adik aku tak boleh handle ragam dia. Faiq menangis waktu kitorang keluar rumah. Dok mencari tangan ibu ;(


Sampai hospital.. terus p kaunter.. n screening room. Macam biasa kena daftar segala.. dah la tak pakai pad masa ni sebab tak tahu pulak kan.. lencun baju kelawar dek air ketuban tu... hmmm..  dah settle daftar.. pakai ctg sambil ditemuramah oleh sorang doc perempuan. Dia nak buat ve tapi disebabkan aku dah keluar banyak air ketuban.. doc decide nak pakai mulut itik. Ya Allah... lagi sakit pakai mulut itik tu dari VE. Aku rasa nak tersepak doc tu. Sakit giler kena rodok2 pakai mulut itik tu. Doc tak buat VE sebab takut ada infection dari jari. 


Pukul 630 kot aku masuk wad dulu sebab doc cakap aku tak ada contraction lagi.. mild contraction jela. Masuk wad kelas 3 sebab PM Care belum fax GL sebab belum masuk office hour lagi -_-'


Sempatlah amik gambar ni sebab dok melayan mild contraction je..



Masa ni aku sorang kat wad.. husband cakap nak balik jap.. mandi kot.. aku pun ok jela.. aku harapkan dia datang secepat mungkin sebab perut aku lapar menggiler. Nurse panggil untuk ceramah susu ibu pun aku tak dapat turun katil. 

Pukul 730am rasanya husband datang bawak mihun goreng. Aku makan sesudu bila tak ada contraction. Bila contraction datang.. aku stop kejap makan. Menggigil2 tahan sakit. Ya Allah sakit sangat. Sempat makan 3 sudu mihun n seteguk air kosong. Tak lalu walaupun mihun tu sedap. Heh. Pukul 830am macam tu aku dok menggigil2 tahan sakit.. husband tanya nak panggil doc ke? Tengok aku macam hape je kot . Aku cakap belum lagi kot.. sebab dulu sakit camni baru 2cm.. huhu.. tiba2 je lepas cakap macam tu.. aku rasa macam nak terberak sangat! Seramai2 eh nurse  n doc datang berlonggok kerumun katil. Aku dah mengiring je...sebab orang kata kalau nak kurangkan sakit contraction baring mengiring. Huih berpeluh2 mak nak. Sambil2 tu doc n nurse tanya sakit macam mana? Aku cuma jawab nak terberak je. Muahaha. Terdengar nurse jawab nak berak tu nak beranak dah la tu.. terus singkap kain aku hoi dah nak keluar kepala baby. Ya Allah..terus aku jadi kes emergency.. beramai2 nurse tolak aku ke LR sambil cakap jangan push dulu dik! Bahaya! Haih aku ni tak keruan dah.. dengan baby nak keluar sangat dah... pukul 850am masuk LR... 903am baby Aqeef keluar huhu. 



2 kali push. No painkiller. Takde gunting tapi koyak jugak. Sister jahit kat kulit je... tapi aku tak tahu la letak bius ke tak... terasa sangat2 masa dia jahit... sampai hari ke 9 pantang ni.. masih terasa sakit jahitan tu ... orang kata jahit kulit memang lambat sikit elok kalau nak banding dengan jahit dalam. Nak mencangkung pun tak berani. Kencing berdiri ok. Hadoi seksa betul. Yang best bersalin kali ni contraction kejap je.. kejap sangat.. n aku rasa aku terberak sekali kat LR hahaha nasiblah.


 Sejam lebih gak dalam LR lepas bersalin... baru tolak ke wad. 


Dengan baby diletak atas dada.. aku ditolak ke wad. Okay kali ni baru betul 1st class.. tapi 1st class nya buruk la hai... toilet kotor.. sofa uzur sangat.. lebih kat aircond je hihi. Jadilah.. ku terima seadanya :)


Gemuk sekejap jari sebelah kiri sebab masuk air hoh. 


Hah ni la budak yang tak sabar nak keluar tu.. 3.21kg. Tapi tang mana yang berat pun tak tahu.. hihi.. takde montel pun.. kurus je macam abam Faiq hewhew

Setakat tu jela... nanti iols update cerita kuning lak haha.


11 comments:

Shakina Farhan said...

Tahniah dear! bgus gak idea lewatkn lmp tu ye..hewhewhew..

CikNaa said...

alalala dah bersalin yana? alhamdulillah..comelnya adik baby..

Prince of Noob said...

comelnya anak. btw done follow u, follow mine too :) - Noob

Fa Az said...

Tahniah atas kelahiran anak kedua..semoga sihat selalu

.hasina. said...

Sedap nama anak2 akak. Pandai betul ibu carikan nama :)

Btw, tahniah k...

.:MamaDhiaAdwa a.k.a Yana:. said...

tahniah..
kire cepat gak baby kluar walau dah overdue..
Alhamdulillah, semua selamat..
Selamat berpantang lah yer..

Wawa Yusoff said...

Alhamdulillah.. tahniah.. selamat bersalin dah ye.

turn wa pulak ni. tgh counting days. heeee :)

cik hani said...

Alhamdulillah..dipermudahkan kelahiran kali ni.
Selamat berpantang

Hana Soffelia said...

Tahniah yana. Br masuk opis ni, br tau yana dah bersalin. 2nd baby cpt jgak progress beranaknya. Sama mcm hana. Irfan pun ada bintik2 atas hidung tu hah. Mak gatal tgn nk kopek. haha

Welcome to the world baby.

anez zamri said...

alhamdulillah..comelnyee babyyyyy!

anez zamri said...

alhamdulillah..comelnyee babyyyyy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...