BLOGGERIANS

Friday, January 30, 2015

Seminggu yang panjang

Akhirnya hari ni hari Jumaat.

 Rasa panjang nau minggu ni. Kenapa? Yer kena cover bos kepada bos aku. Jaga 2 bos lah kiranya. Secretary bos cuti 2 weeks.. so aku in charge untuk seminggu yang pertama. Tak tahu ler kenapa muka yang sama je kena cover boss. Nak kata pandai buat kerja.. tak pun..masih dalam proses belajar jugak. 

Semua berjalan lancar je.. walaupun iols agak kelam kabut. Bahaha. Aku kan clumsy tapi berlagak cool. Dah ler ada miss perfectionist yang memantau kerja iols. Tehehe. Isokay.. at least aku belajar banyak juga dari dia kan. Herher.


Tapi banyak beza ye bos lelaki dengan perempuan. Bos aku perempuan.. very the details... salah eja nama... g betul kan balik sekarang. Baik boss. Haha. Tapi bos lelaki... cool je ek. Macam terlalu diberi kepercayaan pulak haha.


Buat jela yang terbaik kan... sebab orang dah percaya kat kita. 


Minggu depan kembali ke pangkuan bos yang tercinta bahaha.

Wednesday, January 28, 2015

Nile vs Poplook

Aku peminat setia Poplook. Bukan la setiap koleksi dia aku beli.  Certain design jela.. contoh aku suka Francine, Nadira, Avery, Hattie.. etc2. Blouse dia boleh tahan jugak mahal kan... tapi kena pakai singlet kat dalam sebab jarang. Wuhuhu.



Suatu hari adik ipar whatsapp.. kami sama2 peminat Poplook. Bahaha

Aku macam nada berlagak sikit alaaa mesti tak ada kualiti sebab murah kan. Sebab dulu pernah beli... sampai dalam keadaan yang busuk... bau kasut... konyok2... dan tak ada kualiti.... dah la aku beli banyak jugak time tu. 


Tapi aku bukak jugak la website tu.... terbeliak biji mata tengok omg murah jugak... separuh harga Poplook. Amik kau besar tulisan. Hahaha. Klik klik terus terbeli 2 helai ayoyo. COD je.... beli pagi... tengahari dah sampai. Tehehe. Dasar pembeli online tegar khenn.


cari kat SINI

Ni lah dia... total damage RM60.80 


Review aku... kualiti kain ok sangat.. setanding Poplook. Tak jarang sangat... tapi still la kena pakai singlet. And yes... akan repeat beli lagi.. haha... tapi aku still menunggu Francine blouse Poplook... omg bila nak restock tuuuu... 


Tuesday, January 27, 2015

Renovate rumah

Ini rumah mertua aku. Husband tengah dalam proses renovate rumah ni nak bertukar jadi homestay. Hihihi. Sajalah nak abadikan sikit dalam blog ni ha.. tak sabar nak tengok hasilnya :)


...ni bahagian dapur









...garaj






..pandangan dari depan



... bahagian tengah rumah. Tandas kat ruang tengah dah dipecahkan letak kat bahagian belakang


Baru 60% yang siap. Nanti aku share gambar sebelum dan selepas. 



...kontraktor baru nak bermula... macam ni lah.. myvi pun jadi multipurpose..  wuhuhu.. sian kereta berhabuk2. Sabar jela labu.. nanti ada rezeki boleh rembat triton 1. Behehe.



Banyak jasa Myvi nih. Semoga dipermudahkan rezeki kami sekeluarga amin amin :)


Monday, January 26, 2015

Faiq dan bebek

Ingat minggu lepas tak nak balik sebab minggu ni cuti panjang bersambung2 Hari Wilayah and Thaipusam kan... tapi dak husband ajak balik. Boring lettew. 

Pukul 11am ++ jugak gerak... kemas rumah... basuh baju .. lipat.. baru boleh balik dengan aman . Behehe. 


Wefie dalam kereta. Faiq sampai ke sudah tak mengaku tu tangan dia yang buat PEACE. LOL. Nak jugak cakap tu tangan ibu bukan tangan dik. Hmm haha suka hati ko la nak oi 





Petang2 ikut atok halau kambing... masuk dalam kandang please. Seronok dak Faiq bagi makan kambing.. bagi daun pisang je pun.. heh





"Buu jom amik daun pisang lagi?" 




"Nah mamam". Dicampak eh daun pisang tu ke bawah haha. 







Tak takut langsung kat kambing tu haaa... sikit hari lagi siap ko kambing aku tunggang. - Faiq bercakap dalam hati. 








Petang2 nyalakan unggun api bawah kandang kambing... tak tahu function untuk apa haha. 





Ok lah.. babai bebek. Dik balik dulu. Jumpa minggu depan haha


Thursday, January 22, 2015

Perbualan yang sama je setiap hari

Sekarang ni bila balik kerja.. Faiq jemput sekali kat komuter. Rasa best sangat nampak dia melambai² dari dalam kereta. Selalu husband jemput aku dulu pastu baru jemput Faiq. Sekarang tah apa angin dia g jemput anak dulu. Mesti akan ada kudap² dia sekali. Bawak g 7e la tu…. pekerja 7e tu sampai dah kenal Faiq =.=' Semua benda nak amik. Siap suruh ibu pegang sebab tangan tak muat dah -_-' Macam semalam aku tengok dia mengunyah coklat dengan kerepek. Terus sumbat dalam mulut aku "Buu dap?" aku pun pura² mengunyah dengan muka beria padahal aku bukan penggemar coklat. Penat tau berlakon. Kang cakap tak sedap sentap pulak haha.

So setiap hari dialog dalam kereta akan jadi macam ni.
Ibu: "Adik makan apa hari ni umah cik Ja?"
Faiq: Buat² berfikir macam banyak sangat makan. "dik mam cit mak (nasi lemak)… mam ulat (makan ulat)… mam ee (makan gula²)… mam robot (makan robot)… mam ayam…"
Ibu: Aku pun buat² la terkejut… adik makan ulat?
Faiq : "Iye buu… dik mam ulat" sambil gelak gedik melentok² kepala kat bahu aku.

Apa² jela sayangggg

Ibu : "Adik minum air apa umah cik Ja?"
Faiq : Dengan muka bersinar² menjawab "Dik num air tehhhhh" Sambil gelak gedik.

Ngade sangat tau. Ibu iz layan jela nak oi. Hahaha. Anak baru sorang hahaha. Jangankan tidak kan orang kata. Nanti dah sekolah kena borak aktiviti kat sekolah pulak.. Baru nak 3 tahun pun dah sibuk nak g sekolah. Siap pakai beg salam tangan ibu baba. Haha.

Malam tadi pukul 11pm terlayan majalah 3 sebab dah tak ada cerita nak tengok… cerita pasal banjir hari tu.. ada bomba n pasukan penyelamat semua… Faiq tengok beria.. terus tanya nanti dah besar adik nak jadi apa?



Faiq jawab : "Men"



Terburai gelak kami laki bini hahaha. Jawapan budak 2 tahun 6 bulan hahaha

Wednesday, January 21, 2015

Skin care kegemaran dan penjagaan dalaman

Amboi tajuk kemain macam blog retis² gitu. Bahaha. Saja je nak share kot² ada masalah serupa macam iols khenn…


Aku ni bukan lah jenis suka tukar² skin care. Sebab jenis aku kalau dah serasi memang aku akan setia je. Hoh gitu kau. Aku memang pengguna tegar Safi Balqis - Safi Rania dari sekolah rendah lagi.. dulu kan kaler hijau tu… pastu biru… umur dah meningkat sikit aku bertukar ke kaler gold pulak iaitu safi rania. So far so good. Tapi lama² kan aku rasa macam tak ada effect apa² pulak. Orang kata bila kita dah pakai lama sesuatu produk tu.. dia akan immune dengan badan kita.. means dah tak ada effect lah… hah time ni la segala mak nenek jeragat keluar… siap pigmentasi tuh ha… yang hitam² tuh… Cuak beb.


Aku pun mula la menggatal p cari skin care lain. Ke kedai jamu la kita sebab dah biasa ke situ khenn… hah. Niat di hati nak amik Nourain sebab banyak review cakap Nourain paling bagus. Sampai je kedai… owner kedai cakap dah ada dua customer dia pakai Nour Ain… datang kedai balik dengan muka bengkak². OMG memang menaikkan bulu roma haha. Terus cancel. Ahkak tu cadangkan pakai DNARS. Sebab aku kulit sensitif. Aku pun try. Mula² pakai mengelupas kulit aku… pastu rasa macam licin pinkish…pipi pinkish²… terus gembira rasa hati. Maka tamat sudah pencarianku. Walaupun krim malam dia agak busuk melekit dan menyakitkan kulit muka aku. Hmmm… lepas sebulan aku rasa muka makin pedih.. setiap kali cuci dengan sabun beras tu… DNARS ada 2 sabun tau.. 1 sabun beras.. satu lagi sabun kolagen. Aku beli dua².



krim siang dia best sangat yawww



Lama² aku amik keputusan ermmm stop la.. tukar skin care lain. Macam nak amik Nourain tapi tu la takut² sebab akak tu cerita pasal muka bengkak tu kan… tapi kentalkan hati amik jela. Tak sesuai kang tukar yang lain pula. Dan alhamdulillah kulit muka makin ok. Takdelah licin tapi makin ok la… muka pun nampak pinkish² sikit bahaha. Dah 2 kali repeat beli. First beli dengan Lyana Hisham.. leader shaklee ku. Second beli dengan anak shaklee ku.. Hasina. Mungkin aku serasi dengna Nour Ain ni makanya aku setia jela… sabun muka dia pun tak menyakitkan muka aku.. wangi… makanya aku pakai ke satu badan hahaha. Parut ciken pox pun makin hilang .. rasanya sebab pakai sabun tu la kot. Tehehe. Krim siang or UV Foundation dia sangat ringan.. tak melekit.. tak berbau.. sedap pakai… and muka nampak pinkish. Ini review aku la… mungkin aku tak sesuai pakai Dnars sebab member aku pakai ok je pulak. Siap campur² lagi. Krim siang lain… pencuci muka lain. Ok je pulak kulit dia. Lagi cantik dari kulit aku. Hahha.



Paling tak puas hati kenapa krim malam dia kecik sangat?? 




Serum dia best. tak melekit punnn


Toner asyik terlupa nak pakai lol


Untuk dalaman pulak memang aku consume Shaklee. Dah dekat setahun dah rasanya. Tak ada la amik semua.. tapi yang paling konsisten aku amik adalah ESP dan Omega. Sebab aku malas nak mengunyah lama² kat dapur. Maka penyelesaian nya adalah minum ESP sebelum tidur dan aku akan kenyang lebih lama. Tak de lah pedih perut sebab lapar pastu meraban carik nasik kan.. hehe. Bangun pagi pun tak liat sangat. Tehehe. Yang aku perasan tumit kaki dah kurang merekah.. kulit rasa lagi halus sebab kandungan estrogen dalam ESP membuat kulit lebih halus. Lawas bila nak membuang pagi². Aku memang tak amik ESP pagi² sebab aku kan minum kafein. Kang membazir je. Haha. Omega pulak membakar lemak² tersembunyi kat celah² peha… dagu… perut menggeleber… lengan…  Omega 3 kan diperlukan untuk bakar lemak tepu… kalau mampu makan la ikan salmon hari².. kalau tak mampu telan je Omega ni. Haha.



Ok la itu je nak share. Tehehe. Babai.  

Tuesday, January 20, 2015

Ketiak Achem

Behehe. Dah petang2 ni elok gak cerita pasal ketiak ye tak? Tehehe. Iols kan pengguna tegar pengangkutan awam. Bau2 an ni biasa sudah. Kalau lalu sebelah bangla tu kang siap tahan nafas. Pheww . Kuikui. 


Dah dekat seminggu kot aku tukar deodoran baru. Jenis yang tak basah tu.. nak panggil apa ek? Haha.


Haa yang ni lah. 




Sebelum ni aku pakai yang biasa tu je.. jenis basah and roll on tu... haa this one.. memang serasi lah. hari tu saja dok test nak pakai yang ala2 elegan sikit macam gambar atas ni ha. 



Aku perasan sejak tukar deodoran jenis baru ni.. kemain gatal ketiak aku bahaha. Asyik la tergaru2. Ko dah kenapa ketiak? Aku saspek mesti sebab tukar deodoran. Sebab apa lagi kan? Hehe



So penyelesaian nya malam tadi suruh laki p cari deodoran baru.. Sekali dibelinya Nivea pulok. Sebab wangi katanya. 



Jangan merenyam ketiak aku dah la. Hahaha. 





Anyway nak share je.. aku selalu amalkan tenyeh ketiak dengan 2 benda ni. Takdela hitam ketiak tu kan... and boleh jadi deodoran jugak... 

soda bikarbonat


.....................dan limau. Lemon pun boleh. Lemon mahal kita pakai limau nipis jela behehe



Pakai la seminggu sekali.. dan tengok hasilnya. Murah dan selamat hehe. 

Monday, January 19, 2015

Casing baru lagi heh

Aku dah lama mencari casing macam ni haha. Dulu pernah pakai yang macam ni kaler merah dalam dia blue black pastu dah buruk tukar la casing baru .. design lain. Sebab tak jumpa color yang berkenan di hati. Bila tanya harga kat kedai telefon RM60. Paling murah RM50. Macam mahal jek.


Nak p cari satu2 kat kedai memang tak la. Kose pulak mak kan.


So hari tu saja dok belek website Nile. Eh tertengok pulak kat casing ni ha. Tapi color pink + baby blue tu dah habis. Tinggal color white + yellow je. Eh jadilah. Lagipun harga RM17.70 termasuk pos.


Klik2 terus beli kau. Jumaat last week order.. hari ni dah sampai. Heh. Nile pun ada 24 Hours COD tau. Nanti datangla abam Nile tu ke rumah korang naik motor. Macam ala2 delivery Pizza Hut je. Hee. Aku pernah sekali la COD. Memang pantas dorang ni buat kerja. 






So ini la baju baru handphone ku. Macam dapat semangat baru pulak haha. Terlebih ceria color ni hihi.


budak peramah

Budak bertuah ni memang excited terlebih. Terlebih peramah. Kalau bercerita tu kang sampai tersedak2 sebab nak cepat habis cerita ni. Nanti kang ibu tak pay attention bila Faiq cerita. Lol.

Kegemaran terbaru sekarang  main game Pou. Eh ibu pun join sama. Tetiba banyak pulak game dalam Pou tu. 

Baru2 ni weols sempat  la pergi kenduri tunang sepupu aku. Sementara dua2 pihak tengah berbincang.. weols duduk kat luar. Ada sorang makcik duduk sebelah aku. Faiq toleh makcik tu sambil tegur "wan tengok  adik yim (main) Pou ni. Best. Wan nak yim (main) tak? Sambil tangan sebelah dok peluk bahu makcik tu. 

-_-

Ibu : senyum sumbing behehe

Makcik : wan ada ramai cucu 15 orang

Faiq : shushu???

Maybe faiq ingat susu botol haha.





Selamba je g amik gula2 dalam hantaran. Nak kek lah... ish ish.. bawak kuar.. baba melayan. Konon2 lepas kenduri kita g beli spiderman.. Ni tengah sibuk cerita pasal spiderman lawan2... nak beli spiderman banyak2.. nak beli robot..




Tercengang cengang dengar baba cerita mengarut ngarut haha. Adeh baba nye pun -__-






Faiq : Buu tolong bukak ee (gula2) adik. 

Gula2 curik kat hantaran -___-'




Ok baru dapat bergambar dengan aman. Blouse beli dari HiDY hari tu bahaha.


Thursday, January 15, 2015

Serbu cepattt!

Dah lama aku usha website ni tapi mampu tengok je sebab mahai. Hahaha. Tapi masuk opis tadi dok baca blog kak Pilla.. omakau ada sale. RM30 - RM80 sehelai ikut design. Tanjat gegurl... terus scroll down and terbeli selai. Bahahaha dasar! 



Aku beli online kat sini

maklum la semua di hujung jari je sekarang hehehe

Kalau tak silap sale sampai 16 Januari je. G serbu cepat behehe.


Antara yang menarik perhatian aku...... Ai iz minat yang simple2 jek :) pakai dengan seluar jeans cantik oi... pakai ke rumah mertua pun cantik ni sebab ala2 sopan gitu khenn mihmih :)










Maka, terbeli la sehelai hahha sekian.

Wednesday, January 14, 2015

2015 - Please Be Awesome

Dah pertengahan Jan 2015 rupanya. Behehe.


2015 umur aku dah 29 tahun. What? Kenapa rasa macam baru habis sekolah ni? Hahah. Adoyai cepat betul masa berlalu kan. Kewangan alhamdulillah makin stabil. Sebab husband banyak dapat projek renovate rumah sekarang ni. Kalau ada rezeki nak g umrah.. teringinnya ya Allah. Moga Allah murahkan rejeki kami. Hihi.


Eh sebut pasal rezeki ni aku rasa ada kaitan dengan seekor kucing oren yang menumpang makan kat rumah kami. Eh aku tak bela kucing pun. Kucing tu datang sendiri. Pergi kerja dia ada. Balik pun ada. Sudahnya laki aku kesian.. dia pergi beli friskies and whiskas. Siap bekas makanan sekali hihi. Dah gomok kucing tu. Kembung pipi dia. Hari tu kurus kering jek. Kucing tu baik tak masuk rumah pun. Dia jadi guard je. Orang kata bela kucing ni rezeki murah. Amin....


Aku rasa tahun 2015 ni aku nak mantapkan saving. Tak mahu shopping Poplook lagi dah. Eh yeke? Semalam baru order sehelai blouse lagi haha. Arghh pitam. Payahla hai nak saving tolak gaji ni. Aku dah buat dulu lagi.. lama2 korek balik bila tengah sengkek. Mihmih.


Eh tapi aku dah bermula simpan not hijau (RM5) dan not biru (RM1). Tadi aku kira 5 ringgit dah ada RM50 and seringgit dah ada RM16. Not bad... baru 12hb januari nih hahaha. End of Dec 2015 nanti baru kira ya. Hehe. Duit syiling pun aku simpan. Setengah botol dah. Hujung tahun kita kira ya.


Aku rasa sampai ke tua la aku berulang seremban - KL ni ek. Sabar jela. Tapi kalau jadi surirumah aku pening pulak memerap. Hmm kerja jela haha. Orang tanya kenapa badan aku maintain je tapi pelahap. Amboi mulut ko. Eh aku rasa ada kaitan dengan aku pergi balik kerja ni kot. Aku rasa kalau dok seremban mau gemuk aku ni takde exercise  hmmm haha.


Eh hari ni bonus Shaklee dah masuk. Tak ada banyak sebab aku pun dah tak aktif sangat. Aku just consume produk nya je. Gitu. Aku cadang nak beli 1 juicer. Mata berbulu je tengok hurom slow juicer go shop tu... tapi bila tengok poket... ermm.. budget bawah 200 jela haha. Penat la guna blender. Malam tadi buat jus tomato. Kemain lama kat dapur sebab nak tapis serdak dia kang tercekik pule. Hihi.


Ok la babai. Mende tah aku mengarut hari ni hahaha


ni la kucing oren tu :)



Tuesday, January 13, 2015

Tak Nak Kawan

Seronok berborak dengan budak ni sekarang. Takdelah fasih tapi boleh laa... hihi. Kadang2 ibu pun tak paham nak oi. Mihmih.


Dah pandai borak memang suka carik gaduh dengan ibu. Hari tu apa entah dia mintak kat aku.. aku tak bagi. Dia merajuk sambil cakap.. "tak nak kawan ibu"


Taktik lettew. Mesti dia expect ibu ni mesti kalah .. mesti pujuk ni.. baik aku mengamuk.


Sekali ibu cakap "ada ibu kisah?" Sambil teruskan membasuh pinggan. Hehe kejam sikit je.


Dengar je ibu cakap gitu... terus merayu2 balik peluk kaki ibu "ala ibu kawan la adik haaa"


Huwaaaa. Melalak.

Hahahah padan muka. Yeay ibu menang. Lol. Tak boleh bagi muka ni. Nanti kang nak apa2 dia buat taktik melalak dia. Haha.


Tapi bila Faiq tido ibu rindu hihi. Senyap je pulak tak de geng bergaduh haha



Rambut Pendek

Aku dengan secara tak sengaja telah menggonjengkan rambut Faiq. Wuhuhu. Tak bercakap sehari baba dengan ibu. Huhu.


Kisahnya aku rimas betul dengan rambut depan Faiq tuh ha. Asyik masuk mata. Nak hantar kedai memang meraung 1 kedai. Nak gunting sendiri asyik senget benget sana sini. Usik sikit rambut dia kang "jangan cik but dik" -_-'

Read - jangan usik rambut adik. Sambil selak ke tepi rambut dia -_-'


Kebetulan pengasuh Faiq cakap nak gunting rambut anak dia. Nak masuk sekolah dah kan. Dia tanya aku nak gunting tak rambut Faiq. Dah 16 kali rasanya dia tanya. Akhirnya aku jawab ok la gunting depan je. Belakang jangan usik. Ai iz sayang rambut belakang dia yang konon2 hengsem tu hahaha.


Sekali jemput dia petang tu - hoi dah botak anak aku? Hampir tak ada rambut Faiq? Aku tengok laki aku dalam kete dah mendengus2 dah macam hape je. Takutnya mak noks. 


Nak kata apa kan dah gonjeng gitu. Huwaaa.. lambatnya nak tunggu panjang :(









Aku dok google cara2 nak kasi rambut tumbuh lebat dan panjang dengan cepat. Dorang cadang letak zam zam hair oil ni. Kesan terbaik. Tapi bau dia memang aku tak boleh terima betul haha. Busuk oi. Bau bunga cempaka ke ape tah. Mak aih. Tak boleh blah. Ada sapa2 nak tak? Aku bagi free je hahahha. Tak pela aku rela lumur kepala anak aku dengan santan lagi mihmih.




Bila la nak panjang balik macam ni huwaa 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...