BLOGGERIANS

Tuesday, February 24, 2015

Ikhtiar untuk mengandung lagi

Ini bukan entri 18sx ke... entri nak menunjuk ke apa ke ek.. saja je nak share kalau ada yang masih berusaha. Aku memang plan nak mengandung anak kedua tahun 2015. Anak 1st dengan 2nd biar gap jauh. Senang nak handle bagi aku. Aku pening sikit anak kecik ramai2 ni. Nanti aku pitam haha.


Sama2 plan dengan geng ofis. Dulu anak sulong pun termengandung sama2. Now plan anak kedua.. marilah kita sebayakan anak2 kita. Bahaha. Gitu kau. Tapi nampaknya rezeki puan Nisa dulu.. alhamdulillah now dah hampir 7 bulan kot... ke 6 bulan? Tak ingat. So makcik tu beraya dengan baby baru lah.. manakala aku beraya dengan perut memboyot nanti insyaAllah. Hihi. 


3 bulan pertama jugak aku mencuba tapi hasil negatif. Maybe sebab Faiq masih menyusu. Aku rasa itu penyebab utama. Ada usaha nak putuskan susu tapi asik laaaa tak jadi. Ibu iz tak sampai hati sob sob.



Sangat membantu tau apps nih



Sebagai alternatif, aku install apps My Calendar dari Play Store. Aku isikan bila period. Cycle aku tak tetap memang dari dulu. So purata cycle dalam 32 hari. Apps tu akan bagitau bila time subur kita. Ada 3 hari je yang betul2 kau kena berusaha untuk pregnant sebab time tu kebarangkalian untuk hamil tu tinggi. Time tu adalah Fertile Window dan Ovulation Day. Aku tak faham sangat pun apa benda tuh kan.. so follow jela hahha. Tapi kan.. ada 1 masalah, bukannya boleh nak paksa bila masa nak projek BAHAHA. Pandai2 ler kan. 


Aku amalkan ESP Shaklee setiap malam (kadang2 skip jugak bila dah kenyang). Aku amik Pati Delima setiap pagi (tapi ni time weekdays je sebab kat opis kan). And lagi satu yang aku rasa agak membantu is Bidadari DCL. Maybe sebab aku serasi dengan supplement tu.. memang dah lama amalkan time anak dara lagi.



Tapi awas yer consume bidadari ni.. tahap merenyam tu lain macam! haha. Nampak tagline tu 'setiap malam adalah malam pertama" GITUUU hahaha





Now dah botol kedua :)


Tu jela aku amalkan. Mana tau boleh membantu yang masih berusaha :)


Monday, February 23, 2015

Abang ape?

Faiq dah 2 hari berjaya totally wean off. Alhamdulillah.. sebak hati ni. Huwaa. 

Aku letak asam jawa kat both nipples. Malam pertama... melalak sampai pukul 3 pagi.. suruh aku basuh nenen "buuu bacuh nenen arrr"

Huwaaa ibu pun nak nangis sama. Tapi kentalkan hati... kena kuat. Akhirnya tertido sendiri. Sian anak ibu. Tapi awak dah bujang haa... lagi 3 bulan je nak 3 tahun dah.. nanti malu la nenen lagi hehe. 

Malam kedua... mintak jugak.. suruh basuh nenen tapi tak nangis... macam dah faham nen ibu dah bucuk masham hehehe. Dia nak tengok je... then aku buat muka geli2.. terus tak nak. Heh.  

2 -3 bulan sebelum ni memang ada acah2 letak asam jawa kat both nipples. .tapi hati tak kental.. sian kat anak sob.. sob... macam tak ready lagi... now memang KENA WEAN OFF jugak! Sebab Faiq dah nak jadi abang! Hehehe

Yer.. aku bakal jadi mak anak dua bulan 10 ni insyaAllah... tak sangka ada rezeki nak mengandung lagi. Kuasa Allah kan.. Dia tahu bila kita dah betul2 ready :)

Alhamdulillah :) 




Abang Faiq tetap baby ibu sampai bila2 tau :)


Sekarang fasa tengah biasakan panggil Faiq "abang"

Ibu : Dalam perut ibu ada adik baby tau.. Faiq dah nak jadi abang. Ibu kena panggil Faiq abang tau.
Faiq : Abang ape?
Ibu : Abang Faiq la sayang...
Faiq : Ooooooo (macam faham sangat). Ni abang iq. Ni abang ibu (tunjuk ke ibu). Ni abang baba (tunjuk ke Baba)

Hahahaha. 


Tuesday, February 17, 2015

Macam

Faiq sekarang dah 2 tahun 7 bulan. Leternya la hai. Tak terlayan ibu nak oi haha. Dia kan main sebut je... pastu tersengih sorang2 bila kita gelakkan dia salah sebutan. Heh. 


Kat opis ni ada dealer Avon. Dia buat kutu avon. Aku join la haha. Aku amik yang magic box ke apa namanya tu. Dapat freegift keychain eco tupperware comel ni. Macam2 dalam kotak tu.. termasuk eco tupperware. Aku ada 3 eco tupperware. Tak guna pun. Simpan je dalam almari tu. Faiq suka buat main. Berlakon konon2 minum air -_-'


Terus lekatkan ke kunci rumah. Faiq yang leter pun datang bertanya. "Buu pe ni bu? Cam air cong cik je..."

Kahkahkah. Gelak guling2 aku dengar. 

Macam air kosong kecik??

Mesti dia dok bezakan botol eco tupperware yang bersusun dalam almari tu . Hehehe




Pantang aku hilang kejap dari pandangan.. mesti gelabah semacam. Heh. Sabtu ke rumah makcik sebab nak tengok rumah mak yang renovate tuh. Aku tinggalkan faiq kat rumah makcik jap.. ala kejap je... sebelah rumah je... Nak tinjau husband buat apa kat rumah yang renovate tu. Pastu dengar faiq jerit panggil "Ibu! Ibu!"


 Aku pun berlari ke rumah makcik. Faiq pun membebel "ala ibu g mana.... dik ingat ibu yak. Macam ibu yak je.."

Ibu iz tahan gelak bahaha.

Suka nau guna perkataan MACAM tu. 


Monday, February 16, 2015

Movie best

Malam tadi puas tekan2 remote dok cari movie best. Hampa. Sudahnya tv bukak tapi dok layan  Faiq main angry birds. Eh dipanggilnya babi tu - BABABI. ??

 Cramp perut Baba gelak. Hahaha. Lepas mak balik semalam weols kuar jalan kejap. Pusing2 je. Pening dok terperap dalam rumah. Lampu merah berhenti kat traffic light. Sekali Faiq tanya "ibu, burung tu nak pergi mana ha?" 

Ibu : burung mana?
Faiq:  tuu.... (sambil tunjuk kat burung gagak tengah lepak sorang2 kat bahu jalan)

Mak aih. Tak tahu ibu burung tu nak pergi mana der. Bahahahaha.

--------------------


Hampir pukul 10pm tertekan channel HBO. Ada movie baru lah Elysium. Pergh best giler cite ni. Hubs kata cite baru ni. Aku google tadi cite tahun 2013. Takde la baru sangat pun. 


ini lah Elysium

Bestla layan sampai pukul 1 pagi baru tido. Bangun pagi pale tingtong. 




Tahun 2159 ada 2 kelas manusia. Vip class duduk kat Elysium. Golongan marhaen duduk kat Bumi yang semakin tak selamat. Elysium sebuah habitat yang bukan calang2 orang boleh jadi warganegara. Ada cip ditanda kat lengan membuktikan dia warganegara Elysium. Semua penyakit boleh ubat kat pod rawatan tu ha. Mesin tu boleh re-atomizing balik badan kau. Haa sijil doktor tak berguna kat sini haha. Yang jadi kuli2 kat sini adalah robot yang kuat giler.


muka dah pecah macam ni pun boleh betulkan balik


Hero dia Max (Matt Damon) pekerja kilang robot Armadyne yang membekalkan robot to Elysium.  One day, pintu kat bahagian untuk pembakaran robot (relau) stuck. Max terpaksa masuk dalam untuk betulkan. Dan2 je pintu tertutup. Max terperangkap dalam relau untuk pembakaran robot. Giler panas kat dalam tu. Kulit tertanggal. Max ada masa 5 hari untuk hidup sebab badan dia dah ada radiasi. Boleh mati within 5 days. Oleh sebab itu dia nak naik ke Elysium. Hanya ada 1 peluang. Jumpa Spider (black market dealer) untuk mendapatkan taraf kerakyatan Elysium. Dengan cara ni Max boleh ubatkan badan dia yang dah terkena radiasi.


Jodie Foster pulak memainkan peranan pertahankan Elysium dari sebarang anasir luar. Siapa menceroboh masuk memang kena tembak dengan peluru berpandu. Jodie ada pasang spy di Bumi. 



Boleh tahan jahat pompuan ni. Ada hati nak jadi President Elysium.


Spider bagi 1 tugas sebelum Max dapat kerakyatan Elysium. Kena cari jutawan Elysium. Dia nak kan semua pin no acc bank untuk access akaun si jutawan. No pin tu semua disimpan dalam otak jutawan.  Maklumat tu penting sebab boleh reboot entire sistem Elysium.  Max target bos kilang robot (CEO Armadyne) sebab waktu Max terbaring kena radiasi tu boss dia suruh buang je Max. Dah tak berguna.


Dipendekkan cerita, Max kena bedah untuk jadi kuat macam robot haha. Giler la doktor tak bertauliah membedahnya. Seram mak noks. 




Lepas kena bedah Max and the geng serang kapal terbang canggih jutawan aka CEO kilang robot dia tadi. Dapat transfer semua maklumat tapi tak dapat access sebab ada pin code ape entah. So sekarang dalam otak Max ada maklumat pasal Elysium. Max  boleh kawal sistem Elysium. Dia boleh tukar illegal to LEGAL means semua orang boleh naik ke Elysium. 


Letih aku menaip jah oi. Yang tak best ending dia so sad. Max mati sebab radiasi tak termasuk dalam pod rawatan kat Elysium. Jasa dia banyak la sebab dia dah tolong semua orang kat bumi yang perlukan rawatan dan tak ada had kerakyatan lagi di Elysium. 



robot yang jadi askar kat Elysium



Seriously 10/10 untuk movie nih haha.

Tapi tak mustahil kan wujud dunia macam ni akan datang. hui menakutkan.



2nd Team Building


Sejak join Group Strategy.. ini adalah second time weols buat team building. 1st time buat kat bukit Cerakah dulu.. time tu aku pregnantkan Faiq 3 bulan behehe. Last year tak ada. Tak tahu kenapa tak ada haha. Bajet burn ke kalau tak buat team building ek? Hoh.

 Dengar cerita nak buat mid of April nanti... yang pastinya sebelum puasa lah.... so kena lah attend meeting nak dengar proposal dari Event Management. 


Weols geng2 secretary terawal pulak pepagi tu.. padahal pukul 1010am dah kot.. orang tak ada pun... maka marilah selfie sebelum meeting start haha





Ada 2 company je yang present.... 1 sesi pagi.. 1 lagi sesi petang. Sesi pagi bertempat di Ilham Resort, PD. Aku dah terbayang2 dah sebab tempatnya yang dekat dengan rumah maka memudahkan aku. Presenter pun nampak meyakinkan. Objektif hanya untuk fun.. takde nak stress2 pasal kerja whatsoever.. so dorang cadangkan CORPORATE GAMES. Memang menarik walaupun nampak pack. Tak ada rehat. Haha. Setiap games ambil masa setengah jam. Walaupun nampak macam budak tadika punya games... tapi bila lagi nak main kan? Group Strategy pun bukan orang muda je semua... sebab tu corporate games lagi sesuai. Kalau ikut tekak aku.. aku nak jungle trekking.. hiking ke... yang ganas2 sikit la... hahahamboi sangat. Behehe. 

Tapi macam tak boleh nak ambil Event Management yang nih.. sebab over budget. Bajet weols ciput je... nanti kang tak lepas nak ke Secretaries Week camne? Hahahaha itu lagi penting ok. PENTING! Haa amik highlight sudah. 




Tema yang dicadangkan. Menarik bangat haha. I loike! 




menarik kan? ke aku sorang je nampak menarik? haha




previous clients.. semua big companies.. 



morning session





Evening session dari Golden Tusks Sdn Bhd tak sempat amik gambar pun. Presenter tak meyakinkan... ngantuk tahap gaban.. pastu games dia alahai dah pernah main dulu ni. Tapi total cost semua within our budget... nampak gaya macam amik yang 2nd session ni jek. Nak tau tempatnya besar kemungkinan kat Janda Baik. Huwaaa tak pernah lagi tido tak peluk anak bujang den tu.. cane nih? huwarghhhh


Belum ada final decision lagi. Kita tunggu jela apa jadi nanti haha. kbai.



Thursday, February 12, 2015

Tudung bawal yang best bagi aku hewhew

Ini bukan paid review haha. Ini review suka hati aku lah. Sebab aku puas hati dengan servis dan kualiti... maka aku review lah kan. Review la sangat haha.

Bebajet macam ada orang baca kan kahkah. Nasib ler korang melayan orang perasan macam aku bahaha.


 Sebenarnya aku tak beli kat IG ni. Dorang kebetulan ada datang ofis buat sale. Ate.. tiap minggu gaji pun ada sale. Hui pitam mak noks. So aku sempat la rembat 2 helai. Saja nak buat koleksi bawal... nampak lawa pula ada ruffle2 kat hujung dia tu kann...


Followers pun ramai ..



Selalu pakai bawal 5 hinggit brand kanggaroo tu je.. ok je selesa. Benang hijau ni aku rasa material sama macam kanggaroo.



Cantiknya design ni! 



Tutorial pun ada ok hehehe



Nampak sweet je style gini :)



Ok meh tengok tuan rumah pakai. Hahaha. Aku wasap gambar ni kat laki dengan caption "secretary berkaliber.."  terus muntah hijau laki aku kahkahkah


gambar dah edit 


no filter. gasakla suam2 kuku je nampaknya haha



Boleh beli kat website dorang benanghijau.com 

Tapi tak banyak pilihan sangat kot. Bila la dorang nak bukak booth lagi kat TM nih. 


Tuesday, February 10, 2015

90%

Apa yang 90%? Kecoh betul aku ni ye tak? Haha


Saja la dok update perkembangan renovate rumah mertua tu.. lagi 2 minggu boleh siap ni. Aku pulak yang tak sabar haha.





Bagi aku cantik sebab aku suka rumah simple begini macam hensem je haha 






Lawa pulak kipas letak camtuh. 


Hat yang ni ayah cakap nak buat sinki macam kfc tu haha. Nantikan hasilnya ok. Hihi

Kbai :)


Monday, February 9, 2015

Weekend updates

Rasa macam dah lama tak update blog. Ada orang kisah pulak kan haha. 

Lantak la. Writing is my passion. Sebab tu blog suam2 kuku ni masih hidup kahkah. 

Tak ada apa pun nak update. Saja nak meriahkan dunia blogging jek. Weekend pun tak kemana... eh no.. sabtu yang tak ke mana sebab husband kerja. Ahad sempat ke iOiCity Mall. Ni pun sebab mertua ajak memandangkan tak ada apa2 aktiviti. 

Besar hoi tempat ni. Ada tempat main kasut roda lagi. Tak sure ice skating ke tak? Macam lantai biasa je ku tengok haha. Tempat skating tu berdekatan je dengan gerai jual karipap. Behehe.


Faiq kat nenek. Jom la amik gambar berdua. Dah lama tak amik gambar sama2. Haha. Eh itu henbeg sofina iols yang baru tau. Berbaloi sangat beli. Mula2 nak kaler Taupe tapi sold out. Yang grey ni pun berapa kali refresh baru dapat beli wuhuhu. Terbaik vivy yusoff. Praktikal sangat henbeg nih. Berapa bintang yaa? (Nada farah queen) lololol




Dah senang handle dalam mall. Dah besar kan. Kalau tak ... dulu... menyalar2 kalau tak dapat benda yang dia nak... ish ish faiq... faiq...




Nasib dapat atok rajin melayan hehe. Ni dok tunjuk kedai jajan. Jom g sana tok? Haha dasar perabih duit atok kau ler faiq.




Hari Sabtu dok rumah je. Petang sikit keluar rumah. Pening dok dalam. Setakat bagi kucing makan je.  Eh kucing ni dari seekor.. dah jadi bertiga ekor pulak.. dah tu yang betina si dak oren tu bunting pulak.. macam sarat je. 




Senyap je dak hitam ni kena buli dengan faiq hahaha.



Ok dah babai. Hari ni cover 2 bos lagi agagaga


Wednesday, February 4, 2015

70% sudah

Semalam gerak dari kampung terus follow husband melawat rumah yang bolom siap tuh. First time okay lady boss datang melawat tapak. Bahaha.  Lady boss sangat kau dah kenapa behehe.


Sampai2 je dak Faiq ajak g ghumah makcik beli aiskrim. Ala aiskrim malaysia tu... dekat 4 batang dia perabih. Jangan kau sakit perut dah ler nak oi.


Aku tertarik tengok ruang hall ni. Yela orang buta design macam aku tau apa pulak kan haha. Kat mata aku menarik la heh. Memang sebiji dalam lukisan tu. 

Husband cakap renyah sikit kerjanya.. sebab ini rumah lama... nak kena pecah bagai... kira2 pun kena buat betul2.  





Yang pakai ketayap tinggi macam orang tabligh tu la tukang monitor semua pekerja. 

Sebenarnya aku mula2 takdelah percaya nau kerja laki sendiri. Tapi ni dah tengok depan mata... ok la nanti rumah kita design sendiri jela ye bang? Biar putih mata orang yang mengata itu. Haha. Kbai. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...