BLOGGERIANS

Monday, March 23, 2015

Macam tak ada kena mengena jer.. haha

Dulu masa zaman sekolah aku teringin sangat nak masuk MRSM. Bagi aku itu sekolah paling terbaik yang aku tahu sebab adik aku kan sekolah MRSM. Aku follow tiap kali hantar dia balik asrama... ada pool... semua pelajar pakai kot... dorang tak ada kerja sekolah... tapi dipanggil assignment... kena pakai laptop nak buat kerja.. sampai abah dulu bawa balik laptop ofis sebab nak bagi adik buat assignment. Aku yang tak tahu apa2 pasal laptop dulu menganga sebelah dia. Asyik la kena perli aku yang serba dungu nih. Pahit sungguh kenangan zaman kecik2 dulu huhu. Dari darjah 3 sampai habis form 5 baru aku free dari dibanding2 kan. Yeayy! :)



aku curik keratan akhbar ni kat library sekolah huhu



So sejak dari itu aku dah berazam nak masuk MRSM macam adik. Ingat aku tak boleh buat? Memang aku belajar macam orang giler. Ada je masa terluang aku belajar. Memang tak peduli orang sekeliling. Aku fokus kat jalan aku je. Tapi still aku tak boleh nak dapat best student. Tapi markah exam semua 90 ke atas. Asyik la highest mark haha. Bangga sorang2 kembang hidung tepi tangga asrama. Haha. Nak kecoh kat mak buat apa.. aku sekolah biasa saja. Memang tahap keyakinan diri tu merudum sangat2. Mungkin cara didikan mak abah aku dulu tak betul... kami adik beradik dibeza2 kan... yang pandai dapat perhatian... yang kurang pandai diketepikan.... tapi still tak boleh nak salahkan mak abah.. mungkin dorang dulu diasuh macam tu... aku pun masih menimba ilmu keibu bapaan lagi,.. melalui pembacaan... pengalaman.. dan pemerhatian... 



Oi panjangnya intro aku hahaha. Sebenarnya aku nak cerita malam bila entah.. aku mimpi aku diterima masuk MRSM. Ya Allah macam orang giler.. happynya la aku ni... akhirnya impian aku dikabulkan.... tapi yang peliknya aku siap melompat2 lagi nak pergi ke asrama. Hilang keayuan.. eh aku rasa ada pengaruh cite Divergent yang aku tengok sebelum ni hahahha. Kiranya aku ni kategori Dauntless lah... tapi aku Divergent hah gitu. Kemain aku watak heroin lagi. Eh siapa tak pernah tengok cerita Divergent mesti tak paham... hahaha. 



Dalam mimpi tu.. aku baru nak berkenalan dengan room mate... tiba2 badan aku bergoyang2.. rupanya laki aku kejut suruh bangun pergi kerja. Alah spoil betul. Aku bangun tersenyum sorang2... indahnya mimpi aku.. hahah dapat jugak masuk MRSM macam aku idamkan... hahaha. 


Bila otw nak ke tempat kerja.. aku cerita kat laki pasal mimpi tu.. dia punya la membahan aku.. apa la yang best sangat MRSM tu sampai termimpi2? Hanya aku sahaja yang tahu...  hihi



Kisahnya aku tak pernah dapat pun jadi pelajar MRSM. Bila fikir2 balik... ada rezeki lain untuk aku. Hihi. Kbai. 


Monday, March 16, 2015

Weekend biasa yang membahagiakan.

Weekend kali ni bertiga je.


"Ibu ngan baba.... ooo ibu dan baba ....." - lagu fav Faiq. Harhar. Budak ni suka menyanyi. Menurun dari siapa la tu kan... haha.


Mainan besar2 semua atok nenek belikan... huntung ler ko nak oi. Selamat duit ibu dan baba. Ahaks. 



Ini tengah buat rumah kerbau. Dah kenapa kerbau? Haha. Macam2 la Faiq ni. 






Basikal baru lagi. Terima kasih atok. Yeahhh.. point lebih kat atok hehehe. Semua benda nak sumbat dalam bakul basikal pastu mengamuk sebab tak muat. "Ibuu... tolong caye (saya) ibu..." hahaha






Layan anak main lego sambil lipat baju. Omg letih mulut bercakap. Asyik bertanya.... selagi tak puas hati jawapan kita... selagi tu dia tanya. Hewhew


Faiq : ni baju siapa ibu?
Ibu : baju abang la...
Faiq : beli kat mana ibu?
Ibu : beli kat kedai la sayang...
Faiq : kedai apa ibu?
Ibu : kedai baju la sayang... tak kan kedai mainan..
Faiq :  oooo (sambil tersengih2)


----------

Faiq : ibu kawan abang tak?
Ibu : kawan la sayang. ..
Faiq : oooo... ingat tak kawan...
Ibu : -_-'



Petang Sabtu kesian tengok Faiq boring. Bawa pergi City Park.. 5 minit dah sampai. Dekat je kan. Hee.  Amboi ramai nau orang. Best la tempat ni. Makin banyak aktiviti.. dengan senamrobik nye.... belon besau2.... bagi ikan makan.... melambak tepi jalan jual aiskrim pasu.. hehe.... pisang goreng cheese pun banyak...



Faiq suka pistol yang kuar buih ni. Pakai bateri RM15. Mengamuk nak beli -_-' abih duit baba kena pow ahaks




Lepak sat :)



Dah alang2  keluar tu... terus jela dinner. Balik tak payah fikir nak masak ape... senang kerja ibu. Husband dah lama mengidam nak makan sini... The Steak House... berhampiran dengan Mydin Seremban 2. tapi asal lalu je penuh orang... lokasi tepi jalan... tak tahu macam mana nak handle Faiq kalau makan kat sini. Tetiba petang tu eh tak ramai pulak orang... terus la check in... hihi. Dengar cerita kedai ni famous... steak sedap menjilat jari.... tapi kan... bagi aku n husband.... dalam 1/10... boleh bagi 4 jela.... tak ada lah sedap mana.... daging liat sikit... tak juicy.... daging macam dah sejuk.. kuah black pepper ok cuma masin sikit... orange juice dia pelik sikit... macam tak banyak guna orange. ... banyak air gula... pergh review aku menjatuhkan sangat ni. .. ini review ikhlas ni haha. Bagi aku kalau nak makan steak best... g makan kat restoren Wind Mill area city park tu... lagi berbaloi. Hihi. Lamb chop dia sedap giler. Tomyam pun sedappp. 







Tapi ok la.. bukan nya tak boleh makan langsung steak dia.. cuma tak yang macam weols bayangkan... hehehe

------------------------------------


Petang Ahad pulak.. Faiq mula buat perangai dah bosan duduk dalam rumah.. hee.. lepas Asar terus ke Eagle Ranch Resort PD. 40 minit jugak kot dari rumah. 1st time sampai sini masa awal2 kerja TM dulu... tahun 2009...  beriya la bercerita kat husband.... kat Eagle Ranch ni macam2 ado.... boleh naik kuda... bagi rabbit makan... go kart.... memanah... paintball... naik basikal yang kayuh 2 orang tu... naik kuda kecik tu... panggil apa ek? Poney ke apa? heh. 



Sekali kan.. bila sampai. Eh, macam tak ada orang je? Pastu dengar bunyi bising kat pool. Ada 2 family kot mandi manda situ. Pastu tak ada orang dah.. kat tempat naik kuda pun ada seekor je kudanya... hahahaha. Betul ke tempat ni? Ahaks. 




Terus rasa kemalu maluan kat husband. Kahkah. Tadi beriya nau cerita kan. Ops. Mana ceq tau hahaha. Aku rasa tempat ni havoc bila ada team building je kot. Eh tapi dulu time aku datang dengan member opis... ramai je orang luar...  confused pulak mak.





Faiq pun macam blur2. Kita kat mana ni ibu? kita nak pergi mana ni ibu? Ibu iz tak dapat nak jawab haha


Sebagai bukti tempat ni dulu best. Meh tepek gambar sedas dua. Harhar. Zaman anak dara.. zaman chubby... masa anak dara dulu ai iz chubby. Tak tahu la kenapa hahahaha.



Nasib baik muat duduk dalam seat yang kecik tu hahaha. Best wey naik bendalah ni haha





Hahaha bulatnya. Betul ke aku ni? Hahahaha




Hahahaha mampu gelak je tengok gambar ni semua. Lol




Bukti kuda kecik ni wujud tau hahaha



Nasib baik husband tak membahan aku. Hahha. Bagi mengubati kekecewaan dia ajak singgah Dataran Teluk Kemang jap. Sini ramai orang. Banyak orang luar kot. Akhirnya dapat jugak Faiq naik kuda. Siap berjoget2 atas kuda -____-'






Nampak pantai terus mengelintin nak mandi. Omg sampai ke rumah berzikir nak mandi laut.. nak mandi laut... huwaa nanti yeh sayang... ibu tak bawak baju hahaha. 



Hai.

Macam dah lama tak update blog. Ada orang kisah pulak kan. Bahaha. 


Bukan setakat update.. nak login pun rasa macam mual haha. Dah kenapa 2nd pregnancy ni pelik bebenau. Time Faiq dulu kalau boleh hari2 nak update blog -___-'


Minggu ni dah masuk 9 minggu baby dalam perut. Belum buat buku pink lagi. Still belum decide nak bersalin kat mana. Niat dari dulu 2nd baby nak bersalin kat private. Nak jugak merasa kan. Tapi ongkosnya... ermmm.... hewhewhew. 1st baby dah merasa kat hospital kerajaan. Kalau boleh 2nd baby ni nak berpantang sendiri.. hewhew. Mungkin seminggu dua kat rumah mak... pastu pantang sendiri la.. tak nak susahkan mak.. mintak2 boleh normal yang 2nd nih... sebab masa Faiq dulu pun...2 hari pertama lepas bersalin je rasa sakit.. mild2 je.. pastu ok.. tak rasa apa dah... mintak2 yang 2nd ni pun sama... hihihi.


Baru 9 minggu dah cerita pasal pantang haha. Anyway baby bump dah nampak. Kecik je pun tapi still rasa macam besar sebab time Faiq dulu 3 bulan pun tak nampak perut lagi behehe. 


Orang kata kalau lain2 pembawakan tu.. lain la jantina nya... aku agak mual2 sikit 2nd pregnancy nih.. setakat mual kepala pusing2.. tapi tak muntah.. macam sebu perut je... pastu rasa mual tengok makanan.. hee... time Faiq dulu memang happy pregnancy.. takde mabuk apa pun.. heh. 


Monday, March 2, 2015

Keep calm and be positive


Entri ini patutnya minggu lepas nak tulis tapi kena hold dulu untuk 2nd opinion. Kisahnya Rabu lepas tetiba malas nak pergi kerja. Husband pulak sakit kepala. Erm amik MC lah. Herher.

Dah alang2 mintak MC, aku try2 tanya doc kot2 boleh nak scan adik baby. Walaupun ni no 2.... still excited weh. Sebab aku kan planning hehe. 


Hampir 20 minit doc scan still tak nampak apa2. Yang dia nampak hanya cyst. Ok entah bila masa aku ada cyst tapi bukan tahap membimbangkan so tak perlu risau. 5cm ke atas baru patut risau. Faiq pun dah mengamuk. Ok la doc cakap datang lagi 2 minggu untuk follow up. Doc takut aku mengandung luar rahim. Ya Allah malam tu aku tak boleh tidur.



Kosong tak nampak kantung baby. Waktu ni 5 minggu 4 hari



Doc detect cyst je


Doc cakap dalam masa 2 minggu ni kena monitor kalau ada bleeding or tetiba sakit perut... terus ke hospital. 


Seminggu dah berlalu.....

....being me yang tak reti sabar ni kan...  terus call klinik lain untuk 2nd opinion. 

Hampir 1 jam setengah tunggu akhirnya nama dipanggil. First time aku datang klinik ni. Doc scan nampak dot kecik tapi tak berapa sure... so doc suruh rehat kejap minum air banyak2 sebab nak scan yang nampak jelas kena pastikan pundi kencing penuh. Or else akan menggangu proses scan. Gituu. 


Kena tunggu lagi 10 minit gitu. 3 cawan air aku telan. Hoi kembung perut mak. Nak cepat balik sebenarnya. Lama sangat tungguu nih hmmm



Dan akhirnya.... ni la dia si kecik ibu... :) doc cakap walaupun kandungan awak 6 minggu. .tak semestinya baby awak pun 6 minggu. So jangan risau kalau scan 4-5 minggu tu tak nampak... sebab kecik sangat lagi. Selalunya doc suruh balik dulu jangan scan sebab tak nampak pun... nanti u all yang kecewa.


Doc klinik  ni positif sangat. Aku suka. Tapi aku dah buat keputusan nak check up kat klinik biasa time Faiq dulu je. Malas nak ke Annexe jauh sangat hahha.



See... kecik sangat lagi :)



Maka bermula episod telan vitamin banyak2. Heh.



Kali ni aku pilih shaklee untuk supplement masa mengandung. Dah kebetulan jadi dealer kan. Gunakan apa yang ada je. Heh. 



Faiq sekarang dah abang2 sangat. Seminggu lepas dia tido dengan baba. Maksud aku.. baba yang dodoikan dia hehe. Ibu dah terlena dulu. Tido tak cari nenen dah. Tengah malam time mamai2 tu je dia cari nenen.  Aku dah refer doc cakap takde masalah breastfeed anak. Cuma minggu ke 28 nanti kena berhenti lah. Nanti effect apa tah. Aku tak sure pulak. 


Sian orang bujang ibu :)


Pregnant kali ni lain sikit rasanya. Petang2 aku rasa mual.. tapi bukan nak muntah. Penyelesaiannya aku kena makan buah pastu cicah asam masin. Ok lulus. Time Faiq dulu aku asyik la pening kepala sampai ke tengahari. 

Orang kata kalau lain2 pembawakan tu.... lain la jantinanya. Hihi entahla. Dapat sepasang pun ok. Tapi aku prefer baby boy lagi. Geng bertumbuk Faiq hehehehe. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...