BLOGGERIANS

Friday, April 24, 2015

Secretaries Week 2015 - Afgan

Berbunga - bunga pulak hati lepas tengok Afgan semalam. Haha. Tak sedar diri makyong nih #lupadirikejap haha. Hoi terngiang - ngiang je kat telinga ni lagu BUKAN CINTA BIASA itu. Ahaks. 


"Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki...."


Terbuai - buai bila dengar live. Choi. Minggu ni demam dengar lagu ni. Husband geleng kepala. Mende la bini aku ni. Hahaha

#lupadirikejap

Rasanya kalau tak kerja sini tak merasa aku nak jumpa retis haha. Tiap - tiap tahun pun secretaries week kat Menara KL. Subsidiaries kan. Support lor sikit :) Tahun ni weols berpeluang tengok Afgan. Excited. Walaupun takde la minat sangat. Lagu dia ok la. Aku tau lagu sujud tu je haha. 


Pukul 1120am dah terpacak kat lobi. Coaster datang jemput 1130am. Siapa lambat tinggal. Nasib bos half day. Haha. Aku pun turun awal. Gitu. 

Ada pulak orang snap pic candid. Eh letak jela dalam blog. Weh gemuknya lengan haku omg. Baju dari Poplook. Hahaha.



Cukup je orang jom kita gerak. Ada lagi 4 orang naik kereta. 


Mari selfie haha. Bukan semua secretary yang follow ni. Ada yang ganti sebab tak dapat pergi atas alasan tersendiri. 



Jalan jammed pulak. Kalau tak dah jadi kumpulan first yang sampai. Haha. Sampai je menara kl terus p daftar. Kami meja Platinum. Bawah sikit la dari VVIP. Dah daftar dapat door gift. Eh tapi tahun ni tak ada roses sob sob. Tak cukup bajet kot. Macam sebelum - sebelum ni dengan karpet - karpet sekali tabur kelopak bunga ros hewhew. Macam tak menepati tema. Sebab tema TERIMA KASIH CINTA. 








Dengan JenJen. Member merempit dulu :)




Table Platinum. Bawah sikit je dari VVIP. Hewhew. Dah lebar pinggan muka aku hoh

Gambar cantik sikit dari official photographer menara kl






Agak kecewa dengan menu sebab tak berapa sedap. Overall 5/10. Hewhew. Agaknya bayar Afgan mahal kot? Bahaha.






Ini dessert. Tak sedap. Sedap lagi kek batik aku. kahkah



Ini pun kureng la. 5/10




Mushroom Soup pun tak berapa sedap.





Caesar Salad ni patutnya my fav ahaks. Tapi yang ni ehem2 kureng. Biskut kecik2 tu sedap la hahaha

Event start 1230pm. 




Mula - mula sekali kitorang dihiburkan dengan penari Menara KL. Lepas tu ada penyanyi jugak bawa lagu Mewangi dengan apa lagu tah lagi 1 tu... tak kenal pulak siapa yang nyanyi tu ahaks. 


Didie Alias sebagai MC. Lawak betul makcik ni. 





Bos kena naik atas pentas joget lagu "Sakit tu di sini" haha. Baju merah tu bukan bos yer. Weols buli dia hahaha. 


Ada cabutan bertuah jugak. Aku tak pernah la bertuah nya tu. And tak nak pun sebab segan kau naik pentas haha. 



Pukul 130pm rasanya baru Afgan keluar. Terbeliak mata masing- masing. Dengan aku sekali la terbeliak mata. Hahaha. Asyik lalu lalang belakang aku. Hoi kenapa la aku tak tarik beliau ajak bergambar. Hahahaha. Ai iz segan kahkah. 

Enggak paham ya mende tah Afgan cakap. Ibuk ibuk.. tanter tanter. Lol.


Siapa yang table VVIP dapatlah sisi bergambar dengan Afgan ni ha. Ni Secretary Exec kitorang. Hewhew. Jeless!


Sweet nau nau Afgan ni. Comel cute lesung pipit tu ha. Heh. 



Ini jela gambar dengan Afgan. Bahahhaha. Jadilah hahahaha. Gambar lain tak senonoh. Lol.


Balik ofis je boss perli "amboi uols bergambar"

Bahahaha.


Tuesday, April 21, 2015

Lipstick untuk bibir yang sensitif melampau hewhew

Aku ada masalah dengan bibir yang sensitif. Sensitif melampau sampai mengelupas bibir. Nak cari lipstick punya la payah :( try jugak lipbalm. Asyik tak menepati citarasa. Cepat patah... cepat cair... warna melekat kat cawan. Sangat tak best haha. 


Satu hari entah macam mana terjumpa kat IG blogger Nurul Ain Abd Salam. Dia share dia guna lipstick ni je... nampak cantik pulak dia pakai. Terus order hahaha. Order hari Rabu.. hari Selasa minggu depannya baru dapat. Lambat kan.... sebab dia pos hari Isnin. So kalau nak cepat usha la IG lain kot :) benda yang sama je..


Bagi aku lipstick ni sangat best. Tak mudah patah. Kaler kekal lama gak.. aku pakai selapis je.. so kekal sampai ke tengahari la.. pastu solat...  topup la balik haha.




Aku beli RM29. Postage RM6. Mahal jugak. Lepas ni aku order 2 terus sebab boleh dapat RM25 each. Heh. 







Ni konon - konon try pakai. Haha. Gambar tak edit sebab nak tunjuk kaler sebenar lipstick tu khennn.. ai iz pakai selapis je. Tak reti tebal - tebal u.. kang orang pandang haku pelik pulak. Walaupun teringinn kahkah. 



kalau berminat g la beli  melambak kat IG. Guna je kuasa hashtag tu #vslipglow. Lipstick ni bau vanilla.. and bila pakai rasa macam berangin - angin gitu... 

Hewhew


Monday, April 20, 2015

Tembak ibu

Minggu lepas balik kampung. Balik Sendayan awal sikit semalam. Saja je nak lepak rumah tido bawah aircond lagi syok katanya. Husband pulak nak jumpa client nak ambik advance projek ID beliau. 

Nanti la one fine day nak pasang air cond kat kampung. Tak boleh nak bayang berpantang kat kampung nanti macam mana. Panas hoi. 

Selera makan aku agak kelaut. Mual tak habis - habis. Sampai kompius nak makan apa nih. Blerghh. 

So semalam sampai depan gate rumah... husband dok tercari - cari kunci rumah. Beria mencari. Aku dah cuak. Jangan cakap kunci tertinggal pulak. Ayoyo. 

Husband : Alamak kunci rumah tertinggal! Macam mana nih?

Aku dah buat muka dah. Aku ni dah la pening mual. Kang kena pusing balik kampung g amik kunci semata- mata. Mengomel jela aku sorang - sorang. Membebel. Faiq leka main game Shark kat handphone aku. 

Husband : Tadaaaaa! Gurau je. 

sdsdfd*&^$%#$#%gdgfhf


Sementara husband bukak gate... Faiq pandang je baba dia. Pastu dia cakap

"Sian baba. Ibu jangan la marah baba. Nanti Faiq tembak ibu nanti. "


Aku terkedu. Hahahaha. 




Friday, April 17, 2015

Check up 3 bulan

Macam dah lama je tak update blog haha.. Aku baru je bukak buku pink hari selasa lepas... terus cik misi bagi date jumpa doc untuk minum air gula (mgtt). Katanya ni prosedur baru. follow jela kan. Cik misi bagi pilihan nak hari khamis ke jumaat. Aku pilih jumaat je sebab tau jela kan minum air gula kena 2 jam tunggu amik darah. Hoi cuti jela terus. Membazir masa aku nak kejar train pergi ofis segala :) amik masa dekat 2 jam jugak nak sampai ofis kang. Karang pukul 2 sampai ofis. . 530 dah balik. Baik cuti je hewhew.



Hai 2 tabung la kena amik darah nanti nih ;(


1 buku abang Faiq... 1 lagi buku adik baby. Besar sikit ek buku yang baru nih.



Amik darah sebelum minum air gula. Sakit hoi. Aku rasa misi kat kk sendayan ni ganas sikit la. Masa kat bukit bangsar dulu tak rasa sakit sangat pulak. Hewhew 


Dan.... yeah... ingat ada perisa dah. Sekali... ermm plain jugak. Mug besar pulak tu. Masa Faiq dulu dalam foam cup kecik je. Makin lama makin banyak pulak air gula kena minum ek? Aku ingat dapat 3rd baby nanti satu jug air gula kena minum kot? Haha




Setengah jam baru dapat habiskan. Phew. Naik kembang tekak aku.




2 jam lepas tu kena amik darah lagi.. dalam 1040 aku g tadah lengan amik darah lagi setabung. Mak aih sakit pulak yang nih. Hadoi. Sampai sekarang terasa-rasa bengkak je urat kat both lengans. 



Masa amik darah 2nd time ni aku sempat tanya misi.. aku tak kena jumpa doc ke? Eh cik misi tanya aku balik. "Awak kena jumpa doc ke? (Sambil dok selak-selak buku pink aku) Eh aah laa... kena jumpa doc ni.. patutnya masa 2 jam tadi awak dah jumpa doc dah.."

 -_________-


Aku dah la 1st time datang klinik ni. Cuba bagi arahan dengan jelas sikit. Sakit pulak hati aku. Klinik pun dah clear. Aku last sekali kot. Padahal aku sampai 815am.  -_- 


so pergi la letak dua - dua buku pink kat depan bilik doc (medical officer yang bertugas). Nasib kejap je. 5 minit pastu nama kena panggil. Doc interview serba sikit... pastu scan... oh ok kandungan ikut date edd. Sebenarnya aku lewatkan lmp 4 days. Aku takut kena induce nanti. Sebab period cycle aku panjang... 33 days. Peluang nak kena induce tu tinggi. Seram bila fikir pasal contraction lepas induce. 

Nampak la jugak baby dah gerak :) tapi nampak lembut je gerakannya. Time abam Faiq dulu scan 3 bulan mak aih macam hamster berpusing- pusing dalam perut ibu hehe. Adik baby ni macam sopan sikit lak haha. Doc tengok scan yang awal - awal tu aku ada cyst kan... scan kali ni dah hilang.. doc kata rasanya itu bukan cyst.. maybe telur yang tak jadi.. so bila baby membesar... telur tu kecut dan hilang. Gituu...


Mana- mana kkia yang aku pergi pun kebanyakan hiasan macam budak tadika. Eh tadika lagi cantik hiasannya. Hehe. Seriously tak lawa la tampal - tampal macam ni :)


Dengan kaler caca marba... pening aku tengok. Cuba modenkan sikit interior design kkia 1 malaysia ni.. baru la cantik setanding private haha. Mampusla aku kalau misi baca aku tulis ni. Sila jangan kecam saya. Hewhew. Sekadar pandangan peribadi :)


Eh tapi kan, aku tak puasa pun masa minum air gula ni. Siap p makan roti canai. Takut la pulak. Adeh. Siapa pernah tak puasa tapi buat jugak mgtt? Risau pulak haha.



Thursday, April 9, 2015

Bukannya makan petai pun...hok aloh

Aku balik awal hari ni. Alaa awal setengah jam je dari selalu. Kebetulan bos tak ada. Cuti pulak hari ni.


Naik komuter wah ngam - ngam dapat duduk. Sebelum tu dok tapau roti dengan buah - buahan. Rutin dah tuh. Asyik lapar je katanya.


Selalu aku makan siap - siap sebelum train sampai. Dah nak hujung - hujung tak ada orang baru aku sambung makan.. kalau tak habis lagi laa.


Ni tadi aku tak sempat nak pre makan tetiba train dah sampai. Eh alhamdulillah dapat duduk. Tetiba rasa macam nak makan la sebijik jambu batu nih. Tadi tak sempat nak rasa. Cadang memang nak makan seketul je pun. Segan pulak nak makan depan orang ramai - ramai nih.




Sekali ada sorang pompuan sebelah aku ni sound "lain kali jangan makan dalam train tau " dengan muka sinis je pandang aku.
Hok aloh. Kereknya minah ni. Bukannya aku makan petai pun sampai berbau satu train. Ye aku tau tak boleh makan dalam train. Tapiii aku bukan makan pelahap nau pun. Eh kau terliur tengok jambu aku kan? Bahaha.


Memang aku salah pun. Tapi jambu je kot haha. Tak payah la bajet good - good sangat ok. Aku cam muka kau tau... jangan sesekali biar aku nampak kau pulak makan dalam train. Satu train aku jerit nanti bahahhaa. Ingat aku tak berani.


P/s - eh ada lelaki sesat dalam koc wanita nih. Tak nak tegur ke? Kahkah. 

Monday, April 6, 2015

11 minggu 3 hari

Hari ni check up klinik private. Check up klinik private mana nak detail ye tak? Hewhew. 

Minggu depan baru nak buat buku pink. Malas sikit lor 2nd pregnancy nih. Heh.

So tadi check up.. doc revise balik EDD aku akan jadi 30 Oct. Yeay.. bulan 2 lah baru naik kerja. Cuti bersalin 3 bulan sila manfaatkan.



Doc cakap baby dalam position cantik bangat. Senang nak capture. Nampak heartbeat dia tadi berdegup - degup. Hehe. Dan - dan terus rasa tak sabar nak jumpa buah hati ibu no 2 nih hehe. 


Dalam kepala otak dah list down macam - macam barang nak kena beli ni. Bersedia la baba. Muahaha. 1st pregnancy blur - blur nak beli apa kan.. 2nd ni macam dah ada ilmu sikit.. belajar dari pengalaman katanya.. mana tak perlu kita boleh cut cost.. gituuuu :)



Cara nak baca website dengan tenang tanpa gangguan pop up iklan haha

Hamboi tajuk haha.

Saja jela nak share untuk yang belum tahu. Kadang - kadang kat FB tu banyak orang share website.. nampak macam best.. bila nak baca .. klik pastu melambak iklan pop - up. Hangin betul nak padam satu - satu. 

Jalan mudah tak payah baca bahaha.

Ada satu solution. G kat chrome setting - site setting - untick kat bahagian java script tuh. Yeay dah berjaya view website tersebut tanpa gangguan tah hape - hape haha



Yeay dah berjaya. Haha. Kbai.


Friday, April 3, 2015

Semalam


Semalam.... amik anak dari rumah pengasuh macam biasa mulut tak berhenti bercerita "pergi kedai JJ beli gula - gula.. coklat.. pastu abang jumpa kerbau.. pastu eksiden... mati kerbau tu.. sian dia... "lol

Mengarut je cerita budak nih haha. Mintak handphone ibu nak main Pou. "Eh jap eh abang nak amik gambar ibu. Peace ibu peace" Tu la gambar ni terhasil. Jangan seram lak hahhaa.


Peace ibu peace! - kata Faiq



Sementara baba tapau makan... faiq cerita dia kena marah dengan cikja (pengasuh). 

Faiq : ibu... cikja marah abang
ibu : kenapa? Abang buat apa sampai cikja marah?
Faiq : abang yak dalam kete... seluar kotor. 

Huhu. Pengasuh memang ada bagitau Faiq berak sampai tembus seluar masa otw ke Melaka. Agaknya tengah dalam meeting ke kan.. marah la orang tu kot... huhu

Ibu : sian abang kan. 
Faiq : (sambil angguk) abang sakit perut.

Sian anak ibu. 

Malam tadi sebelum tidur... faiq amik tangan aku.

Faiq : ibu tolong picit kepala faiq. Abang sakit kepala.
Nak tergelak kami laki bini. Haha. Hamboi sangat menyuruh ibu tau. Baba pun menyakat nak picit kepala faiq sekali. Marah dia haha. Siap suruh baba picit kaki dia. Kahkah. 

Ibu picit kepala. Baba picit kaki. 

Faiq cakap : ermm sedapnya..erm sedapnya

hahahahaha

 Over tau pakcik sorang ni haha.


Pagi tadi hantar rumah pengasuh... melalak kemain kuat. Aku rasa dia teringat yang dia kena marah dengan pengasuh. Huhu.

Lagi sekali - sian anak ibu. Ibu kena kerja.. sob sob...


Wednesday, April 1, 2015

Excuse me!

Aku tengah membelek FB Page Najib. Berbulu je dengan topik GST ni. Dengarnya Najib turun padang nak tinjau kenaikan harga barang masih terkawal.. gitu... siap beli Colgate dan Milo. Amik gambar tunjuk resit. Aku baca sekali komen - komen yang selambak tuh. Geli hati aku. Hahaha. Memang rakyat marah sangat. Siap suruh delete jela page tu tak ada orang hormat kau sebagai PM pun. Kahkah. 

Dalam situasi ni aku nak tak nak cool jela ye tak. Nak tak nak kena hadap jugak... pru nanti tunggu la nasib kau. Itu pun kalau tak diimport bangla.. indon 4 -5 bas.. muahahahaa. Alamak. Boleh ke tulis macam ni dalam blog? Errr. 

Tengah syok - syok baca komen kat fb najib tu.. tetiba ada orang tegur aku. Malay gurl. "Are you pregnant?"

Err... err... nak jawab ke tak ni? Aku segan pulak jadi perhatian sebab budak tu cakap kuat jugak huhu. Aku just angguk je then cakap "takpe dah biasa" hoh gitu kau. Memang dah biasa pun.. sebab selalunya dah sampai kajang serdang baru aku dapat duduk. Ada jugak yang jeling- jeling perut pastu sambung tido or tengok handphone.. errmm... suka hati korang la... 

Pastu budak tu sambung lagi. "Eh tak boleh sis. U kena duduk.. nanti orang tolak- tolak u jatuh.. masalah nanti. Excuse me! Can anyone give seat to this pregnant lady?" 

Omg. Terus kecuakan muka aku. Rasa bersalah. Semua pandang. Auww. 

Lalu sorang budak perempuan melayu depan aku bangun bagi seat. Aku yang serba salah terus duduk sambil cakap thank you kat 2 orang budak perempuan melayu tadi. 

Pheww.. thank you girls. Mak ok je berdiri ha. Kadang sampai ke Nilai baru dapat duduk. Balik rumah laki jadi mangsa kena urut. Hewhew.




Terus belek perut. Dah besar anak ibu dalam ni. Orang pun dah nampak baby bump hewhew.


Budak leter


Kalau pergi asyik teringat ingat je cakap dia. Hehe. Yer dah makin leter kan... ada je akal dia nak buat ibu hangin. Haha. Ibu cuba la jadi cool. Hee. 


Sekarang aku memang tak masak dah balik kerja. Dulu rajin jugak aku masak.. sekarang ni manjang tak lalu nak masak.. sebab aku nak muntah tengok dapur kecah - kecah tu. Pheww. Penyudahnya memang beli kat kedai mamak. Aku memang tak lalu nak beli kat kedai melayu. Tak tahu la kenapa.. rasa kembang je tekak mak ni noks. Macam malam tadi teringin nak makan mihun goreng mamak tu... pastu husband cakap alaa bukan sedap pun... kedai akak tu lagi sedap.. ok la aku mengalah je sebab malas nak susahkan dia. Beli jugak la.. sudahnya aku kembang tekak tak boleh nak makan pun.. huuu tak lalu tengok mihun dia.. rasa apatah lagi.. tekak tak sedap kot.. laki aku makan habis je. Huhu. 


Eh kan dah meleret - leret cerita bahaha. Rutin aku selalunya lepas makan aku akan teman anak bujang ni main mainan dia.. basikal dia.. sampai dia boring.. sambil - sambil tu aku gosok baju nak pakai esoknya... sembang - sembang... pastu Faiq cakap. 


Tengah naik basikal ni... beriya ajak aku tumpang.

Faiq : ibu, abang nak pergi kerja ni. Ibu nak ikut tak? Ibu duduk kat belakang ok.
Ibu :  takpela.. ibu tengah gosok baju ni. Abang kerja kat mana?
Faiq : abang kerja kat ofis. 
Ibu : dalam hati amboi tau pulak kau kerja kat ofis. Ofis apa abang kerja ni? 
Faiq : ofis Faiq laa.. best ofis faiq ibu... ada mainan.. ada gula - gula.. ada coklat...

-_-'


Dah siap gosok baju.. aku akan siapkan baju Faiq untuk esoknya pulak...  lepas tu baru aku mandi. Heh.


Eh lupa. Malam tadi masa tunggu akak kedai tu goreng mihun... aku tinggal dalam kereta dengan Faiq. Faiq main game pou kat handphone aku. Baba pergi kedai kat belakang tu je.. nak beli apa tak sure sebab tak sempat tanya. 

Punya la lama baba ke kedai. Aku tengah tahan kencing kot. Tau jela preggy kan tahan kencing mana best. Aku saja - saja jela bagitau Faiq "hish mana la baba ni abang... ibu sakit perut nak kencing nih.. "

Faiq jawab spontan "jap ibu eh... belum sampai rumah lagi... baba pergi beli air kosong jap.. air kosong dah habis "

Erkk ok. 

Baba sampai tak lama lepas tu memang beli air kosong. Hahaha. Adoi la. 



Rindu anak ibu ni :)


So far so good :)


Hi. Macam dah lama tak update blog. Ada yang tertanya tanya ke mana puan blog menghilang? Haha. Terima kasih la pembaca tegar blog ikan bilis ni ahaks. Puan blog ada je ha... kehidupan diteruskan macam biasa. Mood nak update tu ada pastu hilang. Blur. Blame the hormone please haha. 


Belum besar pun perut tapi entah kenapa la letih je makyong ni. Kerja kat ofis biasa je.. tak letih pun.. perjalanan nak ke ofis tu yang buat aku penat kot. Perut dah besar nanti tak tahu laaa ermm.. semoga dipermudahkan. 


Nasib la laki ku paham. Tiap2 malam pun dia yang layan anak. Ibu dah lama kroh kroh dibuai mimpi. Malam tadi mimpi Faiq berak berdarah darah? Penat tak habih2.


Anyway, minggu lepas balik kampung. Hampir sebulan jugak tak balik kot. Dak muiz balik. Jom la lepak ramai2 kat kampung.. tengok tu kemain lagi macam kamceng sangat.. padahal Faiq habit dia menyakat muiz haha. 


Alolo anak2 ibu ni.... hihi. Muiz tak balik sibuk tanya muiz mana ibu. Muiz dah balik asyik la dibuli budak tu hehe. Dah besar jangan gaduh ok...



Orang solat sibuk nak solat sama. Siap tanya telekung Faiq mana? Erm.. awak tu lelaki bukan fomfuan. Faiq sebut perempuan.. fomfuan. Hahaha





Minggu ni dah nak masuk 11 weeks. Tapi ni gambar masa 9 minggu haha. Member opis sibuk suruh amik gambar sebab semua sedondon dari tudung sampai ke baju... handphone... purse... haha





Ermm. Rumah mertua yang renovate tu da siap. Terus buat kenduri akikah anak buah... ai iz tak ada mood nak amik gambar sebab Faiq mengamuk sakan. Punca ultraman dia kena rampas. Hmm. Awalnya mood dia ok je. Aku tak dapat nak salahkan anak aku.. sebabnya... mak budak tu mana??? Kenapa tak mintak anak u pulangkan ultraman anak aku? Faiq sebenarnya ok je share mainan dia.. tapi kena cakap elok2. Dia tak suka orang main amik je. Memang mood kelaut orang bujang tu. Dengan aku sekali mood kelaut :(






Aku hangkut Faiq yang tengah mengamuk sakan ke rumah mak saudara - sebelah rumah je. Kasi dia tenang. Tapi aku tak pujuk. Aku biar je dia menangis. Aku letih pujuk. Hati dah sebak sebab tak dapat nak kawal anak sendiri. Tiba2 pak mertua masuk nak pujuk Faiq. Memang kamceng dengan atok. Tapi tak nak pulak Faiq. Husband nak pujuk pun tak boleh. Nak ibuuu je. Aku biar je dia sampai tertidur sendiri. Tak kuasa nak pujuk. Dah bangun pun ingat lagi ultraman dia. Hmmm... 




Sian anak ibu :(


Tapi catering ni masak memang sedap. Daging salai campur terung.. fuhhh terbayang2 iols. 

Tu jela boleh update. Kbai. Haha. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...