BLOGGERIANS

Thursday, May 21, 2015

sambal hitam sedap giler


Sebelum contact owner ni.. aku teragak2 jugak nak cuba sebenarnya. Sebab takut tak kena kat tekak aku. Aku ni tekak memilih sikit. Very cerewet. Kalau tak sedap memang aku tak kan usik langsung. Tu yang kadang2 aku rela masak sendiri. Macam la sedap sangat masak sendiri tu. Eh tapi kan Faiq bertambah 2 pinggan nasi kalau aku masak tau hahaha. Bukti apa lagi aku nak tunjuk ahhaha. Siapa lagi nak puji ye tak.. anak sendiri jela haha. 


"Ibu masak nasik goreng best. Rasa buah". Pastu sengih2. Apeda rasa buah? Herher.


Aku try order sebekas je dulu. Sebab takut tak habis. Sebelum ni kan aku pernah order kat Instagram tak ingat nama owner. Aku order bekas paling besar. 2 pulak tu. Sebab banyak sangat testimoni puji - pujian. Sekali bila sampai kat tangan aku... alaaaa.. hmmm :( berkulat dalam fridge.. akhirnya ke tong sampah sobsob. 


Hari Jumaat ciknaa pos.. Isnin sampai kat tangan aku. Aku try sesudu. Eh apesal macam sedap sangat ni? Try lagi. Eh dah suku aku makan ni. Caner pulak nak makan dengan nasik lunch nanti ni? Tak cukup nih haha. 







Terus p beli lunch. Eh dah tinggal setengah ni. Kena simpan untuk makan malam nanti. Nasib baik husband tak makan benda2 macam ni. Heaven la aku makan sorang. Haha. Fuhfuh. 




 Ini makan malam . Licin nasi goreng aku tapau sebab ada pembuka selera ni la haha




Hah licin. Tak cukup la sebekas. Terus order lagi 3 bekas. Dan berjaya meracun adik ipar yang terliur tengok sambal hitam aku. Hahaha.



Kepada yang dah terliur sama tu kan... haa p la whatsapp Ciknaa di  0179521525. Dengar cerita minggu depan baru dia buat. Kbaii. 

Wednesday, May 20, 2015

renew road tax di MYEG


Ini kali kedua aku renew road tax melalui MYEG. 1st kereta sendiri. 2nd kereta pak mertua. Aku tak tahu nak mula dari mana so aku terus call je MYEG +603 7801 0188 atau pun +603 7801 8888. Senang. Sebab tak tahu berapa kena bayar kan. Nanti dorang akan mintak no plat kereta... pastu ada pakej la... nak insurans paling mahal ke.. paling murah ke... nak cover cermin ke tak... 


Disebabkan aku blur, maka aku amik insurans yang paling murah dan tak cover cermin. Haha. Bila tanya husband.. laaa kenapa tak amik yamg cover cermin.. kan senang.. ooo yeke? Ermm boleh je kalau nak tukar balik. Orang MYEG tu rajin je call kita sebab nak update info. 


Disebabkan kereta pak mertua ni kereta baru.. dia mintak banyak sikit info... 
chassis no... 
engine no... 
owner ic... occupation.. marital status...
second driver name... ic no... occupation.. relation dengan owner...
insurance company..
insurance policy correspondence address...
road tax delivery address.. attention... phone no...

haa banyak gak kan...


Pasal chassis and engine no tu aku call je bank mintak info kereta. Dorang bagi je. Pukul 11 kot aku email info yang dorang mintak ni... pukul 3 petang orang MYEG call dah sampai kat lobi.. suruh bawa ic untuk verification. 

Aku macam omg cepatnya! Haha. Kagum mak.


Turun bawah. Staf MYEG scan ic and thumbprint... dah boleh amik road tax. Wah secepat itu? Tak sampai 5 minit pun. Hewhew.




Renew kat MYEG ada diskaun. Tak lah banyak... dalam 50 ringgit ++ .. tapi ok la dari nak menunggu lama beratur kat jpj ke.. pejapat pos ke... heheheh


Memang memudahkan :)


Sehari sebelum road tax mati, bank ada call nak remind road tax dah mati.. aku just cakap dah renew dekat MYEG. Pastu orang bank terdiam sekejap. Dia cakap.. "tapi kena jaga2 dik... nanti jadi apa2.. awak kena amik doc kat MYEG service centre sana... payah tau".

Aku pun iyakan jelah. Aku terlupa sangat doc yang dia sebut tu apa? Aku pun bukan faham sangat pasal road tax nih. Nanti2 la fikir kalau jadi apa2? Boleh gitu? Ermm. Heh.


biar serik sikit


Hari ni aku terlambat bangun. Pukul 630 baru tersedar. Macam lipas kudung bangun pergi mandi solat hihi. Nasib baju tudung dah gosok siap2 malam tadi. 


Lepas siap semua baru tengok Faiq. Nak kena tukar pampers dulu sebelum hantar rumah pengasuh. Tak kan bau hancing je hantar rumah pengasuh kan. Boleh pulak pagi ni Faiq buat perangai. Tak nak tukar pampers. Selalu mood dia ok je. Aku dah la lambat ni. Nak kejar komuter pukul 725 memang tak sempat lah. Lambat la aku sampai opis nih. Hai la anak kenapa buat perangai pepagi gini. Sabar ok. 


Menangis2 berguling atas sofa pulak. Husband dah kat luar tengah hidupkan enjin kete etc2... aku dah fed up memujuk terus keluar rumah tinggal Faiq sorang. Acah2 kunci pintu. Berharap husband akan pujuk. Tak jalan rupanya. Kitorang terus keluar pusing jalan belakang. Acah2 tinggalkan dia sorang. Sampai rumah husband terus masuk dalam. 5 minit. Man talk agaknya. Faiq keluar pun ok. 

Tapi dengan syarat kena bawak dia pergi 7e. "Nak beli keropok, gula2... vitagen... semua abang nak" 

Yelah nak oi. So pagi ni Faiq ikut hantar aku ke stesen komuter. Kemain riuh mulut dia bercerita pasal kisah2 malam tadi and throwback kisah bulan2 lepas -_- pasal dia melompat2 atas katil pastu kena marah pun nak cerita jugak hihi.


Pukul 9 lebih jugak laa baru hantar ke pengasuh. Dah siap berak and mandi. Tq husband :) Akak pengasuh pun dah risau mana la Faiq ni tak sampai2 huhu. 



Sampai rumah pengasuh.. Faiq bagitau akak pengasuh.. dia ngantuk nak tido je..




Borak2 terus lelap. 


Rajin akak pengasuh hantar report.  Kesian pulak tengok anak bujang ni. .. nanti ibu balik kita main sama2 ok

Sob sob :(


Monday, May 18, 2015

Faiq demam & Pengalaman Tengok 6D Motion

Jumaat lepas aku mc sebab dok handle faiq demam. Malam jumaat tu lagi aku dah rasa dia dedar2 je... berjangkit kat baba la tu.. nasib ibu tak kena pheww. 


Aku tak bagi ubat demam.. kalau boleh memang nak kurangkan drugs kat anak2 ni kan... faiq pun jarang sangat2 demam. Aku pun dah lupa bila dia last demam. Ubat dalam fridge pun aku dah masuk dalam tong sampah. Takut jugak simpan lama2. Aku tak pernah guna ubat yang sama setiap kali anak demam. Mesti bawak p klinik jumpa doc dulu. Kalau kita yang tua2 ni takpela kan.. belasah je ubat apa pun.. untuk anak ni tak berani uols. 


So malam jumaat tu aku tak boleh tido sangat sebab dok monitor suhu faiq. 2 jam sekali dia jaga meracau lawan raksasa -_- asyik tengok cerita ultraman.. kan masuk dalam mimpi sudah hihi




Suhu paling tinggi pun aku detect 38.2. Kalau 39 baru bawak p klinik. Ikut info yang aku baca lah... selagi bawah 39 tu kita sendiri boleh monitor pakai termometer kan.. Pukul 3 pagi faiq terjaga lagi dan muntah. Habis baju seluar. Aku mandikan terus sebab habis rambut kena muntah. Menggigil2 dia tahan sejuk. Saja aku tinggikan sikit suhu air cond. Budak demam kan tak boleh selimut2.




Faiq kalau demam memang akan melekap kat baba dia. Tak tahu la kenapa. Sob sob ibu iz sedih :(



Aku paksa minum air kosong banyak2. Penuh pampers dia malam tu hancing hiho. 





Esok pagi jumaat tu aku terlewat bangun pukul 7. Pergh amik mc jelah. Dengan anak demam ni. Faiq bangun lambat pukul 10. Pukul 2 dia tertido balik sampai pukul 4. Bangun tido terus sihat. Alhamdulillah. Makan memang tak nak sangat. Tak selera kot. 



Tu yang malam tu kitorang upah bawak g jalan lah. Sebab faiq jadi good boy hari ni. Demam duduk umah nanti lagi menjadi2 lak hehe. Husband cakap kita pergi seremban prima jela... boleh beli baju raya faiq sikit2. Kat seremban prima ni baju budak cantik2 and banyak pilihan.. banyak diskaun jugak. Dulu masa gerak gempur kat tm seremban... asal lunch hour je.. menyusup la aku ke sana dok usha2 baju anak... dapat gaji g beli terus haha. 


Faiq macam biasa dapat upah mainan ultraman. -_- 

dah jadi kerja ibu pulak kena hafal ini ultraman taro.. ultraman ultra.. mak ultraman.. bapak ultraman ... hadoi -_-  



Malam tu kitorang makan kat subway. First time aku makan subway nih. Tekak tak lalu sangat la bende2 macam gini. Aku tekak kampung haha. 


Budak lelaki 2 orang kat belakang tu dok usha je ultraman faiq hehehe.



Lepas makan kitorang ingat nak terus balik. Parking kat atas sekali kan... kena naik atas balik la... sekali ternampak ada tempat mainan untuk budak2. Simplaycity. Setengah jam 5 ringgit. Deposit 10 ringgit. Aku bayar 10 ringgit. Besar jugak tempat ni. Faiq jakun sekejap je. Aku pun tak sempat nak snap gambar. Tak sampai setengah jam pun dia dah muak. Terus keluar. Orang kaunter pulangkan balik 5 ringgit. 


Pastu husband cakap jom la g ke sana pulak. Orang dah bayar ni. Aku pun pelik bayar untuk apa? Tu haa sambil tunjuk tempat macam kabin. Aku ingat tempat pameran ke apa haha. Rupanya ini macam naik roller coaster sambil tengok 6d. 6D ok.  Ada macam2 pakej tapi husband amik safari theme. Aku blur sampai lupa snap gambar lagi haha. Tapi lebih kurang macam ni la seat dia.. .ada 9 seat kalau tak silap ..  masa ni kitorang 3 orang je dalam tu. 



Dewasa RM15. Faiq kena RM10. Faiq duduk antara ibu and baba. Kena pakai seat belt. Barang2 kena letak jauh sikit dari seat. Kitorang diberi spek 3D kaler kuning. Faiq pun sama hihi. Rugi betul tak amik gambar haha. Nanti confirm nak pergi lagi. Masa awal2 tu faiq menjerit2 ajak balik "jom balik ibu" sambil menangis. Haha. Lepas tu aku rasa spec dia tertanggal kot. Terus senyap budak tu.. pandang je ibu n baba yang over terjerit2 haha. 




Siap terasa ada benda menjalar2 kat kaki. Dah kitorang amik pakej jumpa raksasa pastu kena menjunam terjun gaung. Hoi berdebar2 jantung aku macam betul2 lalu tempat sempit dah menjunam gaung siap terlanggar2 batu2 tajam haha. Aku angkat kaki sebab aku bayangkan betul2 ular kat kaki aku haha. Macam terasa ada benda menjalar2 kat kaki. Faiq terjerit2 hahaha



Both gambar sumber dari google image 


Kena siram air gak macam ni. Tapi takdelah sampai kuyup hehehe. 

Seriously memang enjoy sangat. Nak repeat lagi! Dah habis show tu.. bila nak berdiri macam berbayang2 pulak haha. 

Otw balik husband cakap "lupa pulak awak ngandung". 

-_-


Takpe kot terhentak2 macam gitu. Sekarang rasa ok je baby hihu




Thursday, May 14, 2015

Uri kat bawah .. HB low

Kalau yang follow blog picisan ni mesti tau aku minum air gula kat kk hari tu.. tapi aku TAK PUASA pun! Siap makan roti canai sekeping and nescafe panas and mi kari sikit. Hui. Dah kenyang baru menyesal. Salahkan laki aku sebab dia kata NONSENSE minum air gula ni. Haha. Namun bertabahlah andai kena ulang lagi MGTT aka minum air gula lagi. 


Orang kata dalam masa 2 minggu dari tarikh kita minum air gula tu... tak ada klinik call... maknanya result ok la kan. Aku yakin gak la result aku ok hihi. Sebab aku tak berapa sangat benda manis2 ni. Ada kena mengena tak? Hewhew.


So Selasa hari tu g check up.. terus tanya result. Nurse kata ok je. Fuh lega. Alhamdulillah. Hehe. 

Untuk pengetahuan, amik darah kat kkia sendayan ni sakit giler. Aku tak tahu la nurse tu ganas ke apa. Seingat aku time Faiq dulu sikit pun tak sakit. 


Aku darah O. 



Sehari sebelum check up kat kkia... aku g check up kat klinik ofis je... check up klinik private kan simple je... timbang berat... urin test ... tekanan darah... and scan. Tiap kali check up pun ada scan. Tu yang suka pergi hehe.


Agak merisaukan sebab gynae cakap uri aku kat bawah... tapi tak payah fikir bukan2. Just enjoy your pregnancy moments. 

So masa check up kat kkia, aku just inform nurse.. uri aku kat bawah.. terus nurse tu ceramah aku... jangan buat kerja berat2... jangan bersama dengan suami buat sementara waktu.. jangan itu. .jangan ini.. perghh. 


See! Beza kan check up dengan gynae private dengan kkia? Kkia terlalu detail... gynae asal boleh je hihi



Ni check up dengan gynae kat klinik ofis. Simple je tapi doc la yang tulis. Gynae dari hospital kl. Aku suka doc ni. Senyum je. 



Sambung balik cerita check up kat kkia.. sori la pening korang nak baca haha. Masa 1st check up hb aku 13.3 which is good la kan... 2nd check up dapat 10.6. Terbeliak mata nurse. Terus dia bebel aku. "Eh tak boleh ni.. awak baru 15 minggu dah drop hb ni... kena jumpa doc ni (medical officer) .. "sambil siapkan 1 tabung darah yang kosong lekat nama aku.. nak refer ke mo. Maknanya aku kena jumpa mo la pulak lepas check up ni kan..



Aku try la pujuk nurse tu "tak boleh ke consider.. ala 10.6 je... sikit lagi nak 11". Tak payah la beria sangat kan? Bukannya drop sampai 8 ke 7 ke...


Nurse pun naik atas tanya member misi dia lagi sorang. Datang balik kat aku. "Tak boleh la puan.. kena jumpa MO jugak ni"


Hmm yelah2. Aku dah tawar hati nak ulang check up kat sini. Tu belum tengok muka laki yang toye je dok tunggu aku lama. Kkia kan panas takde aircond. Berbulu je kawan tu tunggu lama kot. Behehe.


Aku pergi jugak la kkia sendayan. Check up kat kkia jimah.. kena jumpa MO kat kkia sendayan. Aku dah agak mesti ramai orang. Sampai je sana..sambil pegang tangan Faiq.. aku bagi buku pink.. aku cakap ke nurse... "saya ada urgent matters la.. tak sempat nak tunggu... saya datang esok pagi la boleh?"


Nurse pandang dengan muka tak nak senyum. "Eh kejap je amik darah ni. Tak boleh tunggu ke?" 

"Tak boleh tak boleh. Saya ada hal. Tak sempat".

"Haa ok la".

Letak buku pink terus blah. Call laki kat mana. Nasib kat tempat parking je. Ingatkan dah balik. Masuk dalam kereta fuh lega dapat aircond. 

Aku amik keputusan untuk sambung check up kat kkia area ofis jela. Rela naik teksi ke sana. Malas aku nak susahkan laki sendiri :)


Esok pagi kat ofis baru aku call kkia untuk inform dorang.. aku sambung check up kat kkia area ofis je.. dekat sikit dan tak menyusahkan sesiapa. Hihi. Tapi betul la member cakap "layanan tak sama waktu kita pregnant anak 1st and 2nd" 


3rd nanti macam mana la ek? Hehehe


Selagi boleh buat sendiri.. buat sendiri jela kan hihi


IG cecomel - SCISSORANDBUTTON

Satu hari salah seorang dari geng gojes blogger mom (cikpuanmimi) buka booth kat ofis. Harusla support walaupun tak pernah jumpa. Hewhew. Dalam hati entah kenal ke tidak aku ni kan. Dah ler jarang menyampuk dalam group. Bahaha. 



Macam mana entah aku boleh termasuk dalam group tu.. padahal kenal kat dalam blog je... baca cerita dorang dari zaman anak dara... persiapan kahwin.. kahwin.. pengalaman pregnant pertama kali.. pengalaman check up... beranak pinak... kerjaya... etc2. Dorang ni ada jugak la buat gathering tapi kat area kl.. dah acaner pulak aku nak join? Aku ni nama je kerja kl tapi stay seremban. Behehe. Payah la kan nak join. 


2nd day mimi bukak booth baru aku p jenguk. Heuheu. Terus tegur makcik tu "mimi?" 

Muka mimi macam confused ke apa entah haha. Dah tetiba aku rasa bersalah pergi tegur buat apa. Kesian mimi macam tak kenal aku. Padahal aku kenal dia hahaha. 

Mimi : eh siapa eh? Tak cam la.. sori yang. 

Sob sob. Sampai hati mu. Haha.

Sebelum tu kemain kecoh mulut dia menjual barang2. Kalau aku yang menjual barang mungkin aku duduk diam2 tunggu orang datang baru tegur hahaha. Memang tak sesuai kerja sales and marketing. Ahaks.  

So aku sempat la grab headband, cekak and gajah comel. Semua nak bagi ke anak buah. Tak kan nak suruh Faiq pakai pulak heh.


Comel2 dan murah2 je. Please la beli korang. Semua handmade tau. 100%. Kreatif betul. Kagum mak. Nasib belum ada anak pompuan lagi. Hehe



Ada lah seketul gambar dengan Mimi ni ha. Kecik comel je orangnya :)














Model kecik dah pakai headband comel itu. Auw comel shayang maklong tu hehe


Okbai. Kejap lagi nak up entri p check up hari tu :B


Monday, May 11, 2015

Mungil magika OR Vslipglow?

Hari tu aku dok heboh pasal lipstick vslipglow kan.... baru la 2 hari pakai.. kisahnya lipstick tu tercicir dalam coaster masa pergi secretaries week dengan Afgan. Bahaha. Terpaksa mak beli baru noks. Hadeh. Punya lah sayang kemain lipstick tu. 


Kata dasar cepat terpengaruh... terus order lipstick lain pulak. Haha. Order mungil magika fasha sandha pulak. Sebab tetiba macam tersuka Fasha. Lol. Suka tengok orangnya macam sederhana and anak2 panggil dia ibu. Eh ada kena mengena ke tak nih tehehe. 


Order dengan dealer kl. Poslaju sehari dah sampai. Review aku lah kan setakat 2 minggu pakai nih... lipstick ni sangat best.. tak berminyak.. warna kekal lama sampai ke petang walaupun kau dah makan macam2. Warna tak melekat kat cawan haha. Macam aku pakai selapis je sebab nanti merah makngah sangat pulak. Sampai ke petang pun still merah lagi.. haa nampak tak penjimatan di situ... tapi kan dari segi kadar kelembapan.. aku rasa vslipglow menang lagi. Dari segi kaler.. mungil magika lagi best. Haa try gabungkan. Hewhew.



Ni aku snap gambar dah petang2 nak balik haha. Masih lagi nampak merah2 khen... aku tak edit gambar ni yer. Ori nampak segala jerawat euww.



Tu bibir Fasha kot. Mungil nya uols





Lipstick ni murah sikit dari vslipglow. Aku beli hari tu RM25 termasuk postage. Okay la kan untuk kualiti begini. Tapi memang best lipstick nih. Recommended! Memang akan repeat beli lagi  :B


Hari Ibu semalam

Zaman anak dara dulu aku tak pernah sambut pun. Family aku kan biasa2 je. Serba sederhana. Hihi. Birthday pun tak pernah sambut. Jangan kata sambut birthday... wish pun tak ada okay. Haha. 


Masuk je family husband memang sambut event2 macam ni. Seronok jugak sebenarnya berkumpul ramai2 ni :) yang jauh pun jadi dekat. Borak2 santai... riuh rendah rumah. Alangkah indahnya kalau mak2 saudara aku macam gini. Hehe. Berangan jelah. Hihi. Tapi apa pun aku bersyukur je apa adanya hihi. 


Keutamaan untuk ibu yang paling otai. Uwan la tu heheh. Comel je uwan tak ada gigi :) 


Masak nasi beriyani.. kari daging... ayam masak merah... sayur campur.. semua pun sedap.. tapi disebabkan tekak aku meloya... memang tak lalu.. sumbat je la alas perut. Pregnant kali ni aku selera makan makanan yang ada cili api n panas2 je. Hish.











Semua gambar kena blur kan sebab tak minta izin nak publish kat blog haha. 


Aku kejap2 hilang balik rumah mak mertua. Pening wey. Berbayang2 je rasa. Nasib baik adik2 ipar rajin melayan dak Faiq. Tq korang appreciate sangat2. Aku baru nak terlelap je... faiq datang kejut "ibu ibu watpe tu? Nak pinjam fon ibu nak main game. Ibu ada game motor tak? Ibu dah olet kan?" 

Olet = download. 

2 ke 3 kali jugak la aku ni terkejut2. Haha. Adoi la anak. Ibu tak sempat nak lelap mata pun. Cuaca pun kemain laa panas. Perut sebu bawak ke malam. Kena kat aircond baru ok. Haih pregnant 2nd ni macam2 ragam. 

Selamat hari ibu untuk semua ibu termasuk aku sendiri hihi.

Thursday, May 7, 2015

Hai. Jumpa lagi kita ya?

Kan aku dah kata satu hari aku mesti akan terserempak dengan minah bajet good good sangat tu.  Walaupun pertemuan pertama yang blur blur itu... aku ingat muka dia haha.



Minah ni yang tegur aku makan buah dalam komuter tuh. Sorry sempat capture your pic.  Staff tm rupanya. Mesti exec ni sebab ada beg laptop hihi. Btw, i still makan buah lagi dalam komuter. Nanti bila2 masa kita share la ya. Hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...