BLOGGERIANS

Tuesday, June 30, 2015

Baby yang nak hewhew


Tekak ni dari 2 - 3 minggu lepas teringin nak makan ketam. Haha. Dok wasap mak cakap nak makan ketam. Nak masak tapi tak reti siang ahaks. Maklumla setahun sekali makan ketam sebab malas kopek kulit ketam tu. Lagipun ketam adalah mahal. Iols rakyat marhaen tak mampu noks behehe.


Bila balik kampung takde pulak teringin nak makan dah. Tekak ni kalau teringin.. nak time tu jugak.. kalau lambat... tak payahlah... teringin benda lain pulak heh.



abah yang hensem pun belikan ketam hehehe. Mak yang comel masakkan. Lorr senang je nak siang ketam nih rupanya. 



Tapi disebabkan kat kampung ramai yang balik hari tuh.. tak puas pulak rasanya haha. Semalam aku cuti mintak husband beli ketam. Aku  nak try masak sendiri lah. Heh. 

tak dapat nak buang sepit yang tajam tu.. keras bebenau. Biar jela.. sudahnya bergaduh2 ketam dalam periuk heee

So semalam lauk weols berasaskan seafood. Faiq suka bangat. Berkali2 tambah nasik heh.


aku rasa terlebih kunyit haha. Kuning benau lak hihi


Puas hati aku makan sorang2. Husband tak nak pulak sebab baru je makan ketam kat kampung haha. Beli 2 ketul je pun.. RM21 perghh 





Luka2 jugak la jari makan ketam hehe. Mengadu kat Faiq... Faiq cakap "sian ibu ni.. nanti ibu elok2 la copek (kopek) cetam (ketam) tu... "

:) yela sayang ibu hehe

Thursday, June 25, 2015

4 tahun sudah


Pejam celik dah 4 tahun rupanya kitorang kawen. Dugaan jangan cakap la.. biarlah kita dan mereka2 je yang tahu. Tak kan la selamanya sweet belaka ye tak behehe. 



Dah letak dalam planner nih... nak beli kek seketoi je kot haha. Tengok la nanti. Asal boleh je. Hewhew. 


Wednesday, June 24, 2015

Dialog baba dengan anak


Aku tak tahu la 18sx ke tak entri aku ni. Kalau terrrmacam ke arah itu.. harap bagitahu.. saja ja nak tepek sini so suatu hari nanti Faiq boleh baca. Aku ni pelupa. Blog ni pun dah macam diary bergerak aku behehe. 


Semalam sampai rumah agak lewat.. kul 7pm jugak sebab singgah bazaar pastu jemput Faiq lagi. Faiq orang pertama yang akan masuk rumah.. diikuti ibu.. baba.

Melangkah je kaki Faiq dalam rumah... "ni sape sepah2 ni.. baba la ni.." (kes saja cari gaduh dengan baba haha)

Eh pelik aku. Bukan dia ke yang sepah2 hall malam tadi tu.... tak mengaku haha. 


Aku terus ke dapur nak hidang apa patut. Diikuti oleh pembantu ketot yang banyak mulut tu. Baba mandi. 

Lepas mandi kan baba bertuala jela sementara nak cari baju... Faiq yang sibuk jadi pemerhati tu mengomel... "baba pegi pakai seluar cepat.. kang Faiq gigit tote baba kang.. haa tau pun.." 


Terburai gelak kami laki bini hahahaha. 

Mentang2 aku selalu cakap camtu kat Faiq... kemain payah nak pakai baju lepas mandi. Eh di copy paste eh pulak cakap kita 


5 minit kemudian. 

Baba still tak pakai baju lagi. Faiq yang kepoci "eee baba ni tak malu... pakai baju cepat.. nanti Faiq gigit nenen tu nanti haa tau pun.."

Haha. Adoyai Faiq ni pun. 


Penyeri hidup iols. Walaupun asyik nak bertekak je... tapi kalau dia tido rindu pulak nak bergaduh mulut dengan si kecik ni hehe.



Kejam ke tidakkk muahaha

Anak bujang aku tu ada je alasan dia kalau ajak gosok gigi. 

"Lam di tu (semalam) dah gosok dah ibu..."
"Faiq nak cok (ubat) gigi sepaiman (spiderman)..."
"Esok Faiq gosok gigi eh...."

Itu belum campur dia bukak cerita nak alih topik gosok gigi.. konon2 ibu boleh lupa laaa kan...

"Ibu nak dengar cerita tak? Lam di tu (Semalam) kan.. Faiq bawak kete pastu Faiq jumpa kerbau.. jumpa tomen (ultraman) kat semban (Seremban) ... banyak ada 5 orang tomen.. pastu Faiq eksiden.."


-____________________-


Yolah anak oi. Ibu sakit pinggang dah ni berdiri lama2 nak suruh kau gosok gigi je pun. Lastly aku dapat idea... hehehe.. Faiq ni penggeli.. pembersih.. hehehe.. aku amik handphone.. google GIGI HITAM. 


Hah amekaw. Menggigil Faiq terus peluk kaki aku hahahaha. 3 kali gosok gigi sehari terus hahahhaha.




Puas hati aku. Nanti kang orang cakap aku tak pandai ajar anak gosok gigi.. ingat senang ke? Huh.


Tuesday, June 23, 2015

Perkataan baru


Semalam menu berbuka tajaan bazaar. Hoho. Beli kuetiow, kuih lopes, murtabak, nasi kukus ayam berempah, nasi lemak. Semua pun tak habis. Dasar membazir heh. Potong mood aku je sebab ternampak sehelai rambut (ke bulu?) dalam kuih lopes. Adeh :(

Rasa macam kena buat sesuatu ni. Nak masak la... and kena ada meal planner for 1 week. Gitu. Entah jadi ke tidak hewhew. Niat tu ada tapi asyik la tak cukup masa sobsob. Time management tak betul kot. 

Menu kuetiow tu memang special untuk Faiq lah kononnya. Tapi ibu yang makan lebih sebab sedap jugak heh. 


Tengah2 malam Faiq tanya : "ibu nak FIKAU?"

Blur kami laki bini. Haha. Mende fikau nih? Faiq dah sengih2 sebab kitorang gelakkan dia haha. Tarik tangah ibu ajak ke dapur nak fikau. Lorh... kuetiow rupanya. Haha. 

Sebelum tido.. main nyorok2 dalam toto dulu. Kena buli kat baba. Faiq mengamuk "janganla kacau Faiq.. terpendek2 faiq ni!" 

Amboih yakinnya vocab tu. Heh. Kisahnya terpendek2 tu TERPENYET - PENYET. 

muahahaha.



Monday, June 22, 2015

Check up tadi


Aku ada check up hari ni. Pagi... sebab kena jumpa doktor gigi. Aku prefer petang sebab boleh terus balik rumah. Time slip ada kan :)


Minggu ni dah masuk 23 minggu. Eh kejap je pulak rasa. Excited tu ada la jugak... tapi tak se 'excited' anak first hihi. Scan minggu lepas doc cakap macam boy sebab nampak telur dia. Haha. Pitam la Adrienna sorang je lagi buat masa ni cucu perempuan nenek :) Kebetulan aku nak p amik MC. Tanya doc boleh scan tak. Scan pmcare tak cover.. tapi doc kata nanti dia caj ke bil lain. Ok lah.. scan dengan abang Faiq sekali. Selesa sikit dengan doc tu sebab doc perempuan Melayu.. and penerangan pun detail... 


Ok uri dah naik atas.. alhamdulillah.. cuma kandungan songsang pulak. Tapi doc kata tak payah risau sebab belum 38 minggu pun lagi.... nanti baby pusing2 lagi. Abang Faiq tengok je adik baby masa scan. Tapi mulut dia ya rabbi bising nya haha. Sibuk minta gula2 kat doktor.. eh rumah doktor ni cantiklah.. g basuh tangan pulak kat sinki doktor.. siap nak baring atas katil.. tak nak balik.. haha 


Since dah 2 orang doktor cakap baby boy.. dah nak start beli lah barang baby. Barang abang Faiq dulu totally 80% tak boleh pakai dah. Kena beli baru.. hewhew. 


Oh dah melalut cerita pasal scan pulak... nak cerita pasal check up tadi je... haha. Nurse puji perut aku cantik tak merekah harhar. Bangga kembang kempis hidong mak noks haha.

Eh time Faiq dulu pun perut aku tak merekah langsung... kat tepi2 peha jela merekah2 sikit...  yang 2nd ni... ermm setakat ni belum lagi... harap2 sampai bersalin nanti perut cantik je hewhew. Berkat minum esp n sapu bio oil kot? Yeke? Tapi aku memang hantu segala lotion. Lepas mandi memang pakai lotion. Tu pun membantu kot? Ke camne? Haha entahlah. 


tunggu teksi kat depan butik ni tadi.. teksi tak naik atas pulak..
kemain jauh aku menapak turun bawah... -___-


Tak tahu pulak kena inject hari ni... mak aih lenguh tangan sebelah. Inject tangan kanan sebab aku kidal. Dah laa lenguh je pulak lengan ni... nak pegang mouse pun tak selesa. 


Tu jela ceritanya pun. Rindu abang Faiq. Cepatlah 430pm... rasa nak makan kuih lopes la. Kena cari kat bazar ni hewhew.


Friday, June 19, 2015

Kalau suami masuk dapur

Laki aku dengar je bunyi aku snap gambar ni "nak masuk dalam blog lettew"

-____-'

Laki aku memang rajin masak. Sedap pulak tu. Tapi kan masalahnya hadoi lepas masak tu nak pitam aku tengok dapur. Macam mana la goreng sardin je pun.. minyaknya sampai ke depan haha. Tak paham aku. Aku ni dah la tak boleh kalau lantai berminyak2 ni.. geli2 aku nak pijak.. bukanlah pembersih sangat... tapi aku selagi larat memang aku nak kemas sentiasa hihi. 



ikan sardin ni aku kureng sikit.. tapi kalau sambal dia tu aku suka.. aku just tak suka rasa ikan sardin tu.. rasa pelik hehe.. dah habis sambal eh baru teringat nak snap gambar hahaha


Serta merta amik mop nak mop lantai. Haih sibuk je budak ketot ni nak tolong haha. 

Sejibik dia ikut cara ibu mop lantai hahahaha.



"Ibu jangan lari eh.. lantai licin nih"


HAHAHA


Monday, June 15, 2015

Weekend dengan ibu


Anak lelaki memang camni kot ek.. banyak je trick dia nak buat ibu bertukar jadi naga. Mainan jangan cakap lah... dari depan sampai ke dapur bersepah2. Habis tenaga je nak kemas kang sepah balik. Tunggu malam sikit baru kemas. Tak pun tunggu baba je kemas. Haha. Baba kerja luar. Weekend ni memang petang2 ke malam baru nampak muka baba. 


Perut makin besar ni memang cepat penat lah. Macam mana la dah kuar lagi sorang ni. Tengok gaya macam hero lagi. Pengsan ibu melayan korang. Haha. 

Nak gosok gigi pun setengah jam baru settle. Aku syak Faiq tak suka perisa anggur kodomo lion tuh. Okay balik kang beli perisa epal hijau lak. Punya panjang ibu bercerita pasal gigi kawan ibu rosak jadi hitam sebab tak gosok gigi... pergi klinik doc cucuk gigi dia. Langsung tak boleh makan apa2. *cerita rekaan semata2* tapi Faiq faham lain pulak ... kawan ibu yang cucuk gigi doktor. Bahaha. Sian doktor tu takde gigi kan ibu. 

Lololol.


Nih hari Sabtu.. bangun je pukul 7 pagi terus kejut ibu. "Ibu bangun2 dah siang ni". Aisehman memang mengikut gen baba.. very the morning person. Tak kasi can ibu tido lama2. Heh. 


Faiq : "ibu amik gambar abang cepat" 

Hehehe.




Petang2 sikit buat cekodok labu. Tak sangka pulak Faiq suka. Yeay boleh geng ibu :)


Ibu tengah masak ... dia melayan diri sorang2. Tengok tv.. main game.. termasuk la snap gambar sendiri. Ni kaki sape ni? Baik mengaku cepat. Haha.



Baba balik lambat hari sabtu tu. Mengamuk je kerja anak bujang ni. Agaknya sebab terperap dalam rumah je kan. 

Ahad pun baba kerja. Tapi petang balik dah. Sempat la bawak keluar amik angin g city park seremban 2 je. Tak dan nak jejauh. Ibu iz tak larat jalan heh.  




Hari Ahad... pukul 150pm dah pengsan haha. Tengah masak kat dapur... tinjau depan jap aik dah lena orang bujang ni.. hehe. Awal betul... selalu pukul 4 lebih baru pengsan hihi.


Siap2 nak keluar. Tunggu baba solat jap. Amik gambar jom faiq. Ni respon dia. Haha. Apesal tah  nak buat muka camtu 



Ni posing style apa entah. Siap suruh ibu amikkan gambar dia haha.



Otw balik.. singgah makan choco top mcd. Eh kenapa hijau eh color kon aiskrim tu? Ke aku yang jakun sebab dah lama tak beli aiskrim hihi.



Sebelum tido malam tadi... selalu chit chat dulu dengan Faiq. Disebabkan aku asyik nak marah je weekend ni.. maka aku pun mintak maaf kat Faiq. 

Ibu : abang.. ibu minta maaf yer marah2 abang tadi
Faiq : marah apa ibu?
Ibu : ibu marah abang tak gosok gigi.. tak kemas mainan... terlompat2 nak pakai baju.. bla bla bla
Faiq : Ooooooo... BAIKNYA IBU NIIII! (sambil peluk ibu)


Terkedu jap iols. Omg kenapa sweet sangat anak ibu ni.. hahhaa



Friday, June 12, 2015

Settle sudah


Aku tak tahu pulak boleh buat check in flight pakai apps je... download apps mhmobile. Screenshot n whatsapp boss. Pergh senang nya macam ni. Haha. Sebelum ni kena buat web check in kan.... print out... dah tu MAS kena 48 hours before departure. Air Asia seminggu sebelum departure dah boleh check in. 


Aku ni mana la tau sangat.. naik kapal terbang pun tak pernah. Muahahhaa. 





Makanya.. minggu depan merdeka sikit la aku sebab bos takde.. ahaks.


Thursday, June 11, 2015

Last holiday best sangat!

Ini entri peram ni. Tak perasan pulak. Publish jela memandangkan tak ada cerita hari ni haha.


Malam Ahad hari tuh aku tak dapat tido. Husband bukak movie yang dia dah rekod entah bila. Tajuk - LAST HOLIDAY. Dia kata best cerita ni kelakar giler. Aku yang kaki movie pun ermm ok lah lagipun mata ni tak maun lak tido. Tengok punya tengok.. laki aku dah selamat berlayar.. aku terkebil2 tengok sorang2. Haha. Pukul 451am baru habis cerita. Tiba2 rasa seram sejuk sebab dua beranak tu dah elok berdengkur *insert cuak face here* weeehoo.





Meh aku buat sinopsis pasal cerita ni. Haha. Watak utama Queen Latifah. Pegang watak Georgia Bryd. Georgia seorang kerani jualan kat supermarket kepunyaan big boss yang sangat perasan bagus. Semua urusan bisnes..... bagi dia... boleh dibeli dengan DUIT.


Suatu hari Georgia terhantuk lalu pening kepala. Dia dibawa ke klinik. Doc menawarkan buat ct scan... katanya mesin tu baru.. dan tak perlukan banyak belanja. Georgia pun OK. 2 kali scan doc sahkan Georgia ada penyakit lymphoma (sejenis penyakit yang melibatkan otak yang jarang2 berlaku) dan dia ada masa 3 bulan je untuk hidup.
Memang blur la sekejap kawan tu. Hihi.


Dia pun bukak buku BOOK OF POSSIBILITIES. Kira macam diary lah. Angan2 semua dia letak kat situ. Oleh sebab Georgia hanya ada masa 3 bulan untuk hidup... dia pun buat keputusan untuk habiskan semua duit simpanan dia... jual semua bon. Bon tu apa wey?  Ai iz buta kewangan sikit haha.

Georgia pun pergi ke Alaska menginap di hotel paling mahal. Naik heli datang hotel. Terkejut semua orang.. ingatkan diplomat mana lah kan.. hewhew. Nak dijadikan cerita... boss tempat Georgia bekerja pun holiday kat hotel yang sama. Tak bawak bini.. tapi bawak gundik baru. Lawa perempuan ni. 

Georgia try ubah penampilan dia. Dari orang yang biasa2. . dia mula berubah jadi hot. yela nak perabih duit kan. Heh. 

Banyak la insiden lucu dalam filem ni.. santai je.. tapi memang layan. Dia macam membuka mata semua orang yang dia jumpa kat sana. 

Kisahnya.... doctor yang buat ct scan kat kepala otak dia tu tersalah scan... mesin tu kan baru... ada technical problems kot.... Georgia tak ada sakit apa pun. HAHAHA. End up memang happy ending la hehehe... aku dok ulang banyak kali pun takpe cerita ni.. tapi kena layan cerita kampung boy... ultraman... frozen.. Faiq punya pasal "lepas ni baru cerita ibu eh" 

HEHEHE


Weekend ni tak balik kampung kot malas bersesak2.... macam nak layan lagi cerita ni.. haha dasar #mudahterhibur aku ni lol.

Wednesday, June 10, 2015

Bertabah lah ibu


Aku perasan seminggu dua Faiq suka buat perangai pelik2. Kadang rasa nak marah je.. tapi bila fikir balik.. dah la kita ni pagi dah keluar.. malam baru balik.. ok lah tak jadi marah. Nak jadi ibu yang cool je. Amin. 


Macam malam tadi kena marah dengan baba sebab menangis nak tengok ultraman padahal dah pukul 12. Baba terkejut dari tidur kot.. terus kena marah.. tersedu2 budak tu menangis. Aku dah serba salah nak pujuk ke biar je ni? Biar je nangis dulu. Lepaskan perasaan. Mana la tak kena marah... dah  dibaling eh baba dengan pedang. Ayoyo. 


Dia dah tenang sikit baru aku bawak masuk bilik. Act aku tak bawak pun.. aku pergi bilik sorang2.. niat nak amik stokin sebab Faiq tak suka selimut. Mengekor pulak dia. Tersedu2 nangis membelakangkan dinding. Nak pujuk tak bagi. Malu tapi mahu. Eleh anak ibu tu. Selsema meleleh2. Aku melawak ler cakap selsema terkena mata siput kat baju dia. Faiq blur kejap pastu terburai gelak haha. Baru nak peluk ibu. Alolo.


Faiq : ibuu... jahat baba tu.. rotan baba tu ibu

-_-


Dah tenang la tu yer.. terus explain apa yang dia buat tu salah. Haih. Baru anak sorang macam nak terbalik rumah. Volume dia nangis tu boleh pekak telinga ibu haha. Dah keluar adik baby nanti macam mana pulak ni. 



Seminggu ni memang nak tidur atas lengan ibu. Cramp tangan den. Sebelum ni ok je tido atas bantal. Pagi tadi orang bangun siap nak pergi kerja.. dia pun bangun sama. Adoi. Ajak tido balik. 

"Tak payah la pergi kerja ibu... "

Semoga 1 hari nanti awak faham kenapa ibu kerja ok sayang :)


Friday, June 5, 2015

Tetiba obses dengan kasut budak yang stylo (bagi aku lah)

Pergh... tajuk tu tak boleh nak panjang lagi ke? Hehehe.

First time aku try beli kat website ni.. minibydhea.com



Memang puas hati :)


Mula2 aku search kat IG je.. banyak kasut budak tapi semua kena pre order... bangsa aku kalau nak sesuatu tu.. time tu jugak aku nak haha.

Tak tahan tengok model budak2 dalam tu bergaya betul. Terus terbayang anak sendiri bergaya dengan kasut itew harhar.



Comel je sampai kat tangan aku. Nak design lain tapi tak ada size.. so amik jela yang ni.




Satu size 23cm.. satu lagi size 24cm.


Nampaknya Faiq lagi suka yang kaler kelabu tu hihi. Selesa kot. Asyik pakai kasut je pulak dalam rumah. Rimas ibu tengok hehe.


Dah beli 2 pasang.. aku beli lagi 2 pasang. Ayoyo. Tiba tiba je terobses dengan kasut budak. Kau dah kenapa? Eheh.



Comel kan??? Mana la tak tergoda nak membeli haha.



Ok janji. Pasni tak beli lagi.

Tapi rasa macam nak beli sandal Faiq pulak 1 ke 2 pasang. Untuk raya kan. Hehehe.


Thursday, June 4, 2015

Serba salah pulak aku

Dah sampai Serdang baru aku dapat duduk. Tiap2 hari pun macam tu. Buat tak nampak je semua orang dengan ibu mengandung nih .. baik lelaki mahupun perempuan. Sama je.


Tapi yelah siapa pulak suruh mengandung ye tak. Lol.


Tahan jela labu. Kadang tu tak tahan sangat kaki ni.. aku duduk je kat lantai komuter.


Aku bukan nak cerita pasal seat komuter... nak cerita tadi aku dapat seat yang tersorok yang boleh aku bukak bekalan dan makan. Hihu.




Aku perasan ada budak perempuan ni asyik terpandang2 aku. Kejap2 dia pandang. Kejap kang pandang lagi. Eh serba salah pulak aku nak makan haha.


Aku entah kenapa perut ni teringin nak makan honey mustard chicken wrap san francisco tuh. Beli la tadi. RM13 wey. Pitam. Tapi memang sedap. Menendang2 baby kat dalam. Suka gamaknya haha. Sebab dari semalam aku teragak nak makan bendalah tu hihi.


Makan lah aku dengan bahagianya sambil diperhati oleh budak baju kuning haha. Pandanglah dik. tak luak pun haha


Bila balik kampung

Budak 2 orang ni kalau balik kampung memang tunggang langgang rumah mak. Haha. Dapat time mood baik.. nampak macam kamceng je.. bila mood tak baik "ibu rotan muiz ni ibu" haha

Suka hati je nak suruh ibu rotan anak orang :)



Sorang gelap.. sorang cerah.. sorang rambut lurus.. sorang kerinting. Dua2 pun sayang hihi.











Kolam ni dah lama beli.. masa tu Faiq baru 5-6 bulan kot. Beli pakai duit bonus. Hehe.

Anak dah besar baru boleh pakai :)





Busy betul pakcik kecik ni. Entah hape yang disodok eh tah. Faiq malas nak layan hewhew.


Hujung tahun ni tambah lagi sorang eh.... ke ada lagi sorang? Haha



Secara rasmi dah berhenti nenen


Aku asyik lupa je nak update pasal ni ha... alhamdulillah Allah bagi rezeki aku dapat susukan budak bujang ni sampai 2 tahun 5 bulan. Tapi dengan pengasuh dah start susu fm masa setahun 6 bulan lagi.. itu pun sebab pengasuh yang mintak.. susu aku cukup lagi untuk Faiq... tapi takpelah kita nak memudahkan kerja pengasuh je.. lama aku susukan anak teruna ni.. haha...kena perli2 pun ai iz tak kisah hewhew... sebenarnya aku yang tak sanggup nak pisah nenen sebab aku suka moment peluk2 dengan anak tu.. pastu dia menyalar2 atas badan kita tu.. hehe.. balik kerja je laju2 si anak dah standby kan bantal untuk ibu baring.. hanphone ibu dia tolong amikkan kat bag.. amikkan remote tv sekali.. heheh. Ibu hanya perlu baring je.. hee.. Rindunya time tu ;)


2-3 kali jugak cubaan berhenti. Tak berjaya. Sebab maybe both of us tak bersedia lagi. Suatu hari dapat tau aku pregnant lagi untuk kali kedua. Dan2 jugak malam tu nipples sakit. Memang sakit berdenyut2. Terpaksa wean off Faiq serta merta. Masa tu kat kampung. Faiq tak boleh tidur malam tu... ya Allah kesiannya... sedih sangat hati.. Allah je yang tahu.. ikutkan nak bagi je.. tapi husband suruh kuatkan hati.. 


Esok hari nya memang kaw2 Faiq bantai tido. Yela malam tadi tu tak tido kan.. 





Ajaib nya.. malam selepas2 kejadian wean off tu.. nipples tak sakit dah. Ingat nak bagi je Faiq.. tapi husband tak bagi.. bila siang hari tak bekerja... aku letak je asam jawa kat nipples.. memang tak nak la budak tu.. malam2 kan pukul 3-4 pagi dia akan bangun menyusu... aku sumbat je nipples.. sebab dia bukan sedar pun. Lagipun susu tak ada dah. Nak bagi susu fm memang dia tolak mentah2. 


Ada lah dalam 2 minggu rasanya .. pukul 3-4 pagi tu Faiq bangun nak mengempeng je.. lepas pada tu memang tido lena sampai ke pagi. Fuh leganya rasa... sakit pinggang pun dah makin kurang sebab tak tido mengereng kan. Hihi.


So kesimpulannya.. apa yang aku buat.. aku akan pastikan perut anak kenyang sebelum tido... Faiq jenis pemakan.. so tak ada masalah bagi aku.. sumbat apa pun.. dia makan je... tak cerewet alhamdulillah sangat. Tapi kalau ibu masak memang 2 pinggan dia makan. Maybe sebab air tangan ibu hehehe.


Pastikan anak selesa sebelum tido... ganti pampers dia... gosok gigi sebelum tido.. gosok gigi ni memang bercinta la nak buat -_-'

Kalau agak2 melekit sangat budak tu.. mandikan je... sekali lalu air kat badan.. haa selesa sikit badan dia kan.. 


Tu jela yang aku buat. Jawapan untuk soalan yang someone pernah email dulu. Sorry lambat jawab haha. 

Tuesday, June 2, 2015

Sambung check up di kkia bukit bangsar

Setelah 2 tahun... aku kembali menghantui klinik ini hahaha. Terus terimbau kenangan check up mengandung Faiq dulu kat sini. Dah banyak berubah haa klinik ni. Semakin cantik. Nurse kat klinik ni memang ramai. Style klinik ni.. kalau 1st time kau datang dengan nurse A... nurse A jela yang take over check up kau sampai bersalin nanti... unless nurse tu cuti or mc ke apa kan... nurse lain la take over. So rezeki aku dapat nurse yang OK. Harapnya ok la sampai bersalin nanti :)


Aku sampai pukul 150pm naik teksi eksekutif kan. Hahaha. Klinik belum bukak lagi.. nurse tengah lunch hihi. Tapi aku masuk je duduk kat kerusi tu. Giliran pertama la ni. Orang pun tak ada lagi. 




Pintu pun dah upgrade sikit. Dulu pintu kayu je hihi.








Masuk je disuruh timbang berat dan pergi kencing. Hoho. Berat aku 55.8kg. Fuh... dari 50 - 55.8 sepanjang 5 bulan pregnant nih.. Ermm.. Hihi.






Kencing.. then letak dalam bekas putih tu. Aku blur nak test sendiri ke biar je ni? Sekali ada sorang nurse masuk toilet terus tanya dah test ke? Aku cakap la belum.. nurse tu pun buatkan dan result OK. Nurse ni yang jaga aku masa check up Faiq dulu huhu. 



Disebabkan aku transfer check up dari KKIA Sendayan ke KKIA Bukit Bangsar... nurse kena buka buku baru.. ambil masa lama jugak la... semua settle dalam pukul 4pm. Tapi aku mintak time slip sampai pukul 5pm. Terus balik habis cerita. Agaga. 





Klinik kat bawah flat tu je.... 









Cek perut. Dengar heartbeat baby. Nenen pun nak kena check jugak adoyai 










Naik teksi eksekutif ahaks!






Bahagian kaunter





Lebar nau rasa perut den 






Dapat time slip sampai pukul 5pm. Amik teksi biasa terus ke LRT Bangsar and terus balik hahaha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...