BLOGGERIANS

Thursday, July 30, 2015

Kakak Faiq

Selalu kitorang amik Faiq lepas husband jemput aku dari stesen komuter. Tapi semalam pengasuh whatsapp nak pinjam Faiq nak p beli barang dapur kejap lepas maghrib.. so malam la baru hantar Faiq. Huwargh mak tak sanggup. Cecepat tanya husband kat mana... kalau dekat p jemput Faiq dulu.. nanti lambat pulak jumpa anak :(

630pm husband jemput Faiq. Bawak p 7e dulu baru jemput aku.. beli apa yang dia nak. Dah janji katanya. 7e tu memang selalu pergi la.. staff tu pun dah kenal Faiq haha.

Ni based on apa yang husband cerita lah.

Masuk je 7e.. ada staff perempuan tegur Faiq.. eh berdua je... ibu mana? Kakak nak dapat adik eh....

Husband jawab lah... abang... bukan kakak.

Ingat perempuan... rambut panjang ni...

Faiq pun nyampuk ini Faiq laaa.. Faiq ni lelaki.. ibu tu pompuan... haa baru botol (betul)

Krik krik. Orang ramai dalam 7e tu haha.

Staff tu tanya lagi tak nak gunting rambut ke? Dah panjang ni

Faiq - tak payah la gunting.. botak tak hensem.. nak panjang macam Akim! Sambil tangan tu letak kat mulut macam nak jerit. -_-'

Orang ramai dok pandang2 Faiq. Haha. Anak sape nih ayoyo.

Panjang dah rambutnya.. tapi sayang nak gunting haha. Ibu nye pun -_-'


Tuesday, July 28, 2015

Open house rumah paklong


Ingatkan biasa2 je macam tahun lepas.. tahun ni luar biasa.. sekali sambut birthday anak tu yang ada belon2 ;) sweet sangat open house kali ni sebab tak ada karaoke.. tapi ada orang tiup seruling. Rasa santai and nyaman je suasana sebab takde hiruk pikuk karaoke tuh hee. Tak tahu charge berapa.. tapi kalau dia charge 200 pun aku rasa berbaloi :)

Dok lama2 sini pun boleh.. ahaks. Tapi disebabkan ada 2 open house malam tu... pukul 10pm dah kena gerak ke open house rumah kedua ;)

Food sangat sedap.. lagi2 mihun and laksa.. lain tak sempat rasa. Perut dah penuh walaupun cuit sikit2 je

Jemputan ramai jugak.. lepas makan terus lepak kat sini borak2 and wefie :)


Dah duduk macam ni punyala payah nak bangun ahaha nasib la makyong memang begitu behehe. 


Check up 28 weeks


Hohoi aku dalam komuter dah ni otw balik yeay! Hari ni ada check up kk. Aku suka sebab boleh balik awal. Lagi awal lagi banyak masa dengan anak. Muahaha. Kkia bukit bangsar ni servis memang cepat. Tak perlu tunggu lama. Walaupun aku payah sikit kena menapak panas2 tunggu teksi kat depan nabila corner tu.. ermm tak pela iols dah biasa menapak jauh2. Bila cuti raya seminggu hari tu memang cramp kaki sebab lama tak jalan jauh haha ;)


Hari ni malang sikit sebab teksi nak ke kkia lambat dapat... penuh dengan budak UM je kat area tunggu teksi tuh.. dah mana pulak tempat aku nak tahan teksi nih? Mujur lepas tu bas dorang sampai. Lega aku. 130pm dah sampai kkia. Boleh terus masuk. Amik no giliran. No 1 behehe. 140pm nurse dah start suruh timbang n kencing. Naik 2kg dalam sebulan. Normal. Berat terkini 57.4kg. Pergh patut rasa macam penguin je bila jalan. Serius terasa berat badan nih. 


Sakit pinggang dah selalu sangat. Aku tak boleh skip langsung Ostematrix shaklee tuh. Kalau skip memang azab la menahan sakit pinggang. Sebab travel hari2 kot.. bertabahlah lagi 2 bulan je nak tempuh nih ;)


So minggu depan kena repeat scan 28weeks.. minum air gula lagi... and FBC (full blood count) ... sempat tanya nurse.. air gula plain lagi ke? Nurse tanya awat tak boleh minum ke?


Bukan tak boleh.. saja nak tau.. sebab kat kk sendayan hari tu plain lagi .. 1 mug tegak. Pening iols minum. 

Nurse sengih je.. dah ada perisa oren dah.... no worries hehehe.

Mintak time slip terus balik la kite. Menapak lagi di panas terik mentari cewahhh dalam 10 minit berjalan tunggu teksi kat main road. Kereta motor lalu lalang sepanjang aku menapak tu dok terpusing2 pandang aku. Terus ku tutup perut.. kang ada jugak orang mengata kesian makcik tu laki tak hantar g check up.. padahal aku ok je.. selagi boleh buat sendiri aku buat sendiri. Tak rasa terbeban pun just penat sikit lah ke hulu hilir sorang2 naik teksi main redah je :)


Reward diri dengan aiskrim yang nampak macam sedap ni kat lrt bangsar. Memang sedap pun.. 2 scoops RM7.90. Pitam! Haha

Pregnant kali ni suka makan manis2 lah tak tahu kenapa. Padahal aku ni bukan suka manis :')

Baru sempat kira


Alhamdulillah rezeki anak hihi. Belum raya lagi hari tu pun..  member ofis dah pass2 duit raya... sorang RM10 bagi.. team aku ada gak dalam 10 orang... rezeki Faiq.. ibu tumpang je :)


Ikhlaskan hati bagi kat anak2 orang pun buat rezeki kita bertambah jugak ye tak? Behehe

Pilih sampul yang paling cantik hehe



Sampul kitar semula. Kalau p kenduri boleh guna lagi nih sedekah ke tuan rumah :)



Korang simpan duit anak kat mana? Aku semua sumbat asb. Ke tabung haji better? Tak sempat nak kaji lagi. :')


Monday, July 27, 2015

Raya ke 4 - Pahang dan biawak


Aku dah penat2 taip tadi pakai pc kemain panjang aku mengarang ... dah nak habis dah pun.. sekali refresh hilang! adoyai. Stress mak nak kena type balik haha.

Ni raya ke -3 .. otw balik ke rumah mak aku. Raya ke 3 selalunya tak ramai tetamu datang. Ada lah 2 - 3 kerat je family datang. Sebelah aku jenis tak berjalan sangat. Lebih pada terima orang datang je huhu. 


Posing gaya ultraman zero -_-'







Tengah leka2 siapkan makan minum tetamu.. tiba2 terdengar bunyi helikopter. Rendah sangat tu... bising bunyinya. Apa sudah jadi?? Haha. Kami yang gayat pun keluar rumah tinjau atas langit omg dato balik kampung naik heli ahaks! Berlegar2 kat atas nun nak mendarat kat padang sekolah rendah dulu. 


Dah hampir seminggu baru nampak ada orang up kat page anak2 n9.. oh ni dato nya... ala ada orang kampung kawin dengan dato mana entah tak kenal... hihi. Balik dengan heli nak elak jam ;)


Dah aku p save n simpan dalam blog ni kenapa? Haha. Saja buat kenangan raya 2015 hehehe.



Raya ke 4 baru berjalan. Itu pun ke Muadzam je. Kena la pinjam kereta baru PIL. Tq mak ayah bagi pinjam kereta :) Kang tak sampai pulak kereta buruk serbaguna weols tu ahaks! Takpela sabar deh lagi 2 tahun ++ habis bayar insyaAllah :)


Janji pukul 9 gerak. Kalau ikut pemahaman aku... pukul 9 tu dah gerak. Aku pun dah ready sebab aku jenis berpegang pada janji haha. Tapi pukul 10 baru gerak. Hahahazama! 


Faiq pun dah keluar masuk rumah tanya "bila nak jalan ni ibu... nak jom cepatlah!" Suka nau cakap terbalik2 macam baba haha. 


Boleh pulak tak bawak tudung yang matching. Rembat jela tudung adik yang macam ala2 pelancong malaysia tu agaga. 




Dah halfway perjalanan.. tiba2 kereta abah n adik berhenti tepi jalan. Rupanya terlanggar biawak. Kemain besar. Lebih 10kg kot adik cakap. Nasib tak ada apa2 yang serius. Just part bawah kereta tertanggal sikit. Nothing serious lah. Kesian biawak dah kau melintas tak pandang kiri kanan watpe? Hihi


Faiq : pakngah langgar apa ibu?
Ibu : biawak. Sian biawak tu mati. 

Faiq : aah sian biawak.. pengsan camni eh ibu?
 Lololol. 

Faiq : biawak tu apa ibu?

Ibu : biawak tu binatang lah macam harimau.. kambing. Omg faham ke tak ni? Kompius mak haha.

Faiq : binatang tu apa ibu? 

Maka, ibu yang dah letih melayan pun terus google image BIAWAK.  Haha. 


Ootd anaknda sponsored by atok n nenek. Tq tq ;)



Seminggu gak la dok cerita biawak je. Hohoi. 



Sunday, July 26, 2015

Raya 2015


Dulu masa zaman anak dara pernah berangan nak pregnant masa raya haha tah pape. Tahun 2015 baru merasa.

Meriah tahun ni sebab turn husband. Hewhew. Seronok walaupun bersempit2 haha. Setahun sekali je pun berkumpul macam ni. Kalau tak.. memang tak bertunggu la rumah wan ni :)


Adik beradik MIL kumpul duit RM20 sebulan rasanya. Apa2 event family pun pakai duit itu. Semua documented supaya tak ada isu kemudian hari :)

Meriah :)


Family makin besar. Tahun depan tambah lagi sorang. Ke 2? Hehehe. Dapat family mertua yang bahagia pun rezeki jugak alhamdulillah :)


Perangai masing2 haha. Faiq tengok gambar ni "ibu, baba duduk atas apa tu?" Ahaks.



Nasib baik semenggah wide shawl tu aku pakai. Ko tak tahu berejam aku dok dalam bilik lilit wide shawl jadi bawal. Menyesal tak hafal tutorial youtube kahkah. Kampung tak ada line telefon.. tak dan google tutorial wide shawl muahaha.


Eh aku baru sebulan 2 tukar new skincare. Macam serasi dengan kulit. Nak beli pm meh haha. Nourain dah tak serasi sejak preggy. Naik menggerutu pulak :(



Dah besar anak dara comel nih. Kira anak dara aku jugak la ni ye tak. Sempat susukan lebih 5 kali rasanya. Tak ingat dah.




Faiq cakap ni muka Ultraman Zero -_-'



Ni raya 2nd kot. Pagi raya. Nak g berjalan raya pastu terus balik rumah mak. Faiq mana entah? Hewhew. 



Thursday, July 23, 2015

Sehari sebelum raya


Sempat lagi buat donat ball haha. Tak tahu la kenapa pregnant 2nd ni suka nau buat kuih tapi tak makan pun.. saja suka2 nak buat.. tapi donat ball ni aku makan laa.... sebab suka hee. 



Aku pakai sudu nak bentukkan bulat2 tu sebab adunan nya memang lembik ;)



Sambil mendonut.... Faiq pun sibuk sama nak menolong... biasalah hehe. 




Ni la hasilnya.... aku malas nak buat blend gula. Makan gitu pun sedap dah. Matikla puji diri sendiri haha.




Dah bau yis dah budak nih. Sibuk dengan ketayap dia. Tak mau tanggal haha.




Mempacking barang2 nak balik kampung. Aku beli kau beg ni... dasar cepat terpengaruh betul ler.... baca blog dr halina tu la. Tapi berguna gak beg ni ;)



Tengahari kot kitorang cabut balik kampung. Balik rumah mak aku jap.. dok tinjau2 je... sebab tahun ni turn sebelah suami gitu. Tak kisah pun mana2 asalkan beraya bersama :)


Sebelah husband meriah sikit sebab ramai. Family iols kecik je :)


Mak abah buat ketupat. Memang tiap2 tahun buat. Tiap tahun jugak aku belajar mengayam ketupat... tak jugak jadi. Haha. Dasar tangan tak bedung ke. Lol.



Santan pun kena perah pakai tangan. Kedai santan tak nak terima dah sebab terlalu ramai orang nak hantar santan perah haha



Lemang paling banyak kot tahun ni. Buluh lemang kecik nau. 




Santan banyak giler omg berlemak2 menu raya



Daging baru nak terjerang. 

Walaupun aku ni orang noghori... aku bukan gemar sangat lemang rendang ketupat bagai ni.. haha. Tekak aku kurang suka benda2 yang banyak sangat ingredients nih. Tah hape2 kan.. aku suka menu raya macam laksa ke.. lontong ke.. .sup2 ke.   Behehe. 


Ok lah bai.

Wednesday, July 22, 2015

Projek ID Senawang


Aku tak reti nak elaborate sebab ni projek husband. Aku tepek gambar jela heh. Snap gambar pun dari camera handphone cap ayam je harhar. Masa awal2 datang memang agak tunggang langgang rumah ni maybe sebab susunan tak betul. 


Anggaran kos dalam 30k+-  Tambah ID bilik sikit. Masih perabot lama sebab perabot baru tak sampai lagi hihu.


Sebelum



Selepas




Sebelum




Selepas



Alhamdulillah.... side income. Harga kawan2 je hewhew. Rumah sendiri belum ada lagi.. dok ID rumah orang jela ;)


Baju melayu jakel je


Kitorang ni tiap2 tahun pun baju raya last minit cari haha. Nasib la baju jalan Faiq dah cari awal2. Jarang sedondon tapi pagi raya nak la sedondon baru la seia sekata. Gitu... hihi. 

Tema color tahun ni awalnya nak dark purple. Tapi plan je.. tah ada ke tidak size heh. Baju aku tak kisah senang nak cari. Yang penting the 2 heroes ;)

Ke Jakel Seremban 2 la kami. Masuk je Jakel pergh penuh budak2 kecik... ada staff yang attend setiap customer yang masuk. Memang terbaik. Baru 10 minit Faiq dah mengamuk. Adoyai. Aku dah la tak berapa sihat time ni. Belum elok lagi dari pedih perut ceri beri. 5 minit pertama husband tak dapat buat keputusan sebab aku suruh dia cari baju.. aku duduk layan anak sebab aku tak berapa sihat. Sudahnya husband pening. Aku amik alih la nampaknya. 5 minit terus dapat baju n songkok. Rasa supermak sangat haha. 







Color pilihan tak berapa nak ada sebab tak ada size. Ada size bapak.. size anak pulak takde... ada size anak.. size bapak pulak takde. Haih. 

Last2 amik jela kaler peach ni. Terus bayar sebab Faiq dah mula nak mengamuk ajak balik. Total burn dalam 270++ lupa dah.. sekali dengan sampin dapat free. Ok la kot.. kualiti kain pun ok. 


Sampai rumah lega satu benda dah siap. Cepat2 suruh Faiq pakai. Amboi sampai tertido anak bujang tu.. tak nak bukak baju raya dia hihi.

Suruh husband pakai jugak... sekali tengok size. Eh kenapa size S? Omg. Memang tak muat lah hahaha. Orang tu XL kot kahkah.  Memang salah staff Jakel yang attend kitorang tu. Petang tu jugak g tukar balik.  Aku dah cakap bawak baju Faiq tu sekali.. kang kot lain colornya.. heh. Konfiden tak nak bawak. 




Sekali husband balik. Hah amekaw tak sama color korang hahahah padan muka tadi konfiden sangat kahkah. 

Tak kisah lah ye tak.. janji tone color lebih kurang je haha.





Maka, terhasillah combination color macam ni haha.. jadilah..  baju & tudung aku pun mana sempat je rembat sebab Faiq dah mengamuk jugak. Tudung 10 ringgit sudah ahaks! 


Kena langgar macam ni eh ibu?


Hari ni 1st day masuk ofis lepas cuti raya. Ofis pun lengang lagi. Bos baru update dia sambung cuti lagi ahaks. Yay! 

Mari upload cerita raya. Dok belek gallery handphone... ternampak lak gambar ni haha. Ada yang layan cerita HidayahMu Ramadhan tak? Aku memang follow cerita tu dari 1st episod sampai last episod - masa malam raya. Sekali la laki bini melayan cerita tu...eh Faiq pun sama... dia paling kecoh.. "semalam kan ibu dah tengok cite ni... ape tengok lagi! "

Eh suka hati la haha.

Ada scene yang Nazir & Hidayah nak balik kampung masa malam raya tu... boleh pulak si Nazir bukak pintu kereta terus bam kena langgar. Menyusup bawah van ke kereta? Tak perasan. Mak aih sadis giler. Bergenang gak mata aku haha. Tergamam kejap. Sebab Hidayah macam terpaku lama kat dalam kereta. Dengan background lagu yang sedih ahaha. 

Tengah elok layan feel.. tak perasan pun Faiq yang kepoh berlari masuk bilik mainan... dia berlari depan tv.... buat demo "ibu macam ni eh dia kena langgar?" Siap letak Olaf bawah kereta kena lenyek. 

Bahahah. Terhenti feeling mak pak kau nak oi. Haha. 

 Nampak nau anak tak kena layan.. mak pak sibuk layan fav movie hahaha. 

Aku geli hati sebab muka Olaf tu kan tengah menyengih hahaha. 

Monday, July 20, 2015

Selamat hari raya


Baru sempat nak membelek handphone beria haha. Tahun ni turn raya sebelah husband. Saya suka sebab meriah ramai2. Family iols kecik serba sederhana ;)  


Tema tahun ni peach kaler. Main belasah je sebab pergi Jakel pun last minit ahaks. Nasib lah dapat kaler apa kan... baju semua ready made. Tak kuasa mak nak tempah. Niat di hati nak pakai jubah ala2 cutting princess tu.. apakan daya tak ada size... kaler pun tak matching. Baju beli 2 hari sebelum raya.. kurung moden.. nasib tak sangkut kat perut tehehe :B

Tepek gambar ni sebab ni la satu2 nya gambar kami bertiga.. soon berempat pula. Heh. Thanks to adik ipar sebab snap pic ni. Faiq tak pandang kamera pulak. Faiq tak suka pakai songkok. Asyik pakai ketayap jer heh.

Dalam gambar nampak macam ok.. hakikatnya..... Faiq mengamuk lepas salam raya. Boleh pulak tak nak duit raya banyak2.. nak 1 je "Faiq ada dah duit ni" bahaha

Berpeluh2 kepanasan hewhew. Ok lah selamat hari raya buat pembaca setia blog suam2 kuku nih haha. Daaaa... till next entry :)


Monday, July 13, 2015

Anak bujang saya ;)


Teringat2 pulak anak bujang ni ha... haih tak sabar nak balik kerja ni. 

Malam tadi mandi basuh rambut. 3 kali seminggu je basuh rambut nanti rambut kering pulak. Dah kering nanti kejung pulak bahaha. 

So selalu time rambut basah aku keringkan pakai tuala kecik... gulung2 simpul. Macam gambar ni. Hihi. Sambil tu dok mengemas baju dalam almari. Faiq nyibuk nak kemas sama. 






Faiq cakap "Ala comel comel ibu nih....."

Sambil peluk2 ibu. Haha. Ko rasa? Aku nak peluk je anak bujang kecik ni. Apehal sweet sangat haha. 



Sayanggg anak ibu tau. Borak sebelum tido malam tadi

Faiq : "ibu, nanti ibu berak kan.. abang jaga adik.. abang tukar pampers adik.. bagi susu.. adik jangan nangis tau.. "

Ibu : terkedu jap. Dah kenapa time ibu berak? Haha mentang2 semalam ibu kena ceri beri hampir 7 kali terberak. "Siapa ajar cakap macam tu?"

Faiq : "dikna"

Aik? Lagi bertambah pening ibu hahahaha. 

Friday, July 10, 2015

Berbuka dalam kereta


Tadi agak lambat keluar ofis. Sampai pun lambat. Memang tak dan nak masak. Beli bazar aje. Ngam2 pulak dah sudah membeli kat bazar tu... nak masuk kereta.. start enjin... enjin tak boleh hidup. Ahaks. Ayokk. Ni ada jugak berbuka dalam kereta kang nih kannn... 

Bateri kong katanya. Memang dah patut kena servis tapi ongkosnya enggak cukup lagi hihi. Sepupu datang tolong pakai jumper (betul ke eja nih? Haha) pun tak boleh hidup enjin hoho. Memang kena tukar baru bateri ni. Call pomen.. and yeah... RM185 terbang. Sekian terima kasih haha. 


;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...