BLOGGERIANS

Friday, August 28, 2015

Flaming Grill Seremban 2


Ini pun cerita minggu lepas. Buhuhu. Malas benau nak bukak blog. Baru balik jusco time ni.. singgah kedai makan ni first time. Rasa macam baru bukak kot kat area seremban 2 tuh. Haruslah dicuba heh. Orang pun tak berapa ramai sangat. 2- 3 meja je.. tu pun tengah makan. 

Bawak play dough Faiq yang baru beli kat jusco tu sebab heboh nau nak main. Tak sempat2 dah nak main kat rumah. Anak aku giler play dough ko.. hari2 tengok tutorial play dough kat youtube. Tak paham aku.

Dia syok la main. Budak2 sebelah meja kiri kanan dok pandang usha2. Serba salah mak ko ni Faiq oi! Nak jemput budak2 tu main sama2 ke ape ni? Adeh haha.


Sebelum tu dah order dulu siap2. Amik 2 set flaming grill rice. Kang lapo anak bujang iols tu tak makan nasik. Walaupun kurus kering.. tapi dia kuat makan ok. Kalau kena selera dia mau 3 pinggan tambah nasik! 


Interior design ok. Nice.. simple and modern. Ada cermin besar kat belakang tuh untuk efek kedai nampak lagi luas kot? Ke camne entah. Behehe. 


Senarai menu. 



Setengah jam++ weols tunggu.. lebih kot setengah jam.. layanan ok. Cuma lambat. Tak tahu la kenapa? 

Bila dah sampai food... aku dok potong ayam tu... Faiq tiba2 cakap "eee apa tu ibu kat nasik tu? Macam rambut ibu je?" Eh budak ni dah kenapa rambut ibu hahaha. Mentang2 rambut ibu banyak gugur kat lantai rumah haha. 




Sorry Flaming Grill :) tajam mata anak bujang den. Ayam pun bagi aku kurang sedap... 3/10 . Windmill (area city park seremban 2) memang the best choice so far. Steak house dekat2 dengan mydin s2 pun kalah dengan windmill hehehe. 


Sekian review saya. Ampunnn! Larikk.


Wednesday, August 26, 2015

Untuk yang selalu sakit2 badan

Aku share bukan sebab aku dealer Shaklee. Yer masih lagi dealer.. cuma malas sikit. Harap maklum. Ahaha. Aku perasan sejak pregnant 2nd ni... start 5 bulan ke atas.. kerap sangat aku sakit belakang.. sakit badan.. maklum la travel jauh hari2.. balik kang nak kemas rumah lagi... nak melayan anak lagi.. tak kan tiap2 malam nak suruh laki urut. Fed up pulak orang tu nanti kan.. heh. 


Dulu serius aku tak pandang langsung Ostematrix ni. Dah la pil nya besar gedabak. Aku tumbuk hancur2 ok sebab aku tak pandai telan pil. Faiq pun dah pandai menganjing aku telan pil hancur sambil tutup hidung  -___- 


Selama ni dok perhati je orang cakap Ostematrix ni memang power. Bila dah kena sakit2 badan.. ermmm aku terus bersahabat baik dengan pil putih ni haha. Sehari aku telan 4 biji.. maksimum 4 biji kan.. memang POWER! Demi Allah. Aku tak tipu hehe. Tak pernah2 pil shaklee aku habis.. 2 hari lepas habis ko! Macam cacing kepanasan aku tunggu Ostematrix baru sampai. 2 hari  jugak aku skip makan Oste... kesannya mendapat ke Faiq sebab aku penat nak melayan dia :( sian Faiq. 


So semalam aku amik 6 biji sebelum tidur. Ostematrix ni pil kalsium.. seeloknya ambil dengan minuman bersusu. Fuhh terus lega sakit2 badan... pagi membuang dengan lawasnya! Ahaha. Suka suka. 


Dulu murah je Oste nih.. sekarang dah ada GST.. kemain melambung harga naik. Ermm












Antara testimoni yang berjaya gitu. Aku antara pengguna yang berpuas hati huhu. Kena try sendiri baru tau betapa powernya Ostematrix ni hehe. 


Tuesday, August 25, 2015

Rasa ralat pulak


Voucher ni dapat masa shopping barang adik baby hari tu.. hampir rm700 berbelanja dapat la voucher rm40? Sikit nau. 

Faiq dah mengamuk penat kot. Terus la keluar. Kalau aku tahu terus p redeem voucher nih. Apakan daya jadi tukun je haa.. tak sempat nak guna. Adoyai. Rugi betul. 



Ke boleh guna lagi? Sayang pulak rm40 tu... boleh la dapat 2 pasang baju budak. Behehe.

Monday, August 24, 2015

Bukan shiapa shiapa ewah

Aku segan sebenarnya tulis blog ni. Tapi aku teringat pulak vivy yusuf (betul ke eja?) ada sebut "a blog really can take you farrrrr away" hoh grammar macam harem. Lol di situ. Family mertua tau kot aku ada blog bahaha. Tapi rasa macam parkinson pulak kalau tak merapu kat sini kahkah. Dok merapu pun.. dapat jugak la duit. Sape nak bagi ye tak? #kibastudungsikit HEH.


Minggu ni masuk 8 bulan dah.. omg kejap je rasa. Nak kata busy sangat tu idakla.. tah hape yang busy pun tak tahu.. sedar2 dah 8 bulan. Cuak pulak nak masuk labour room lagi.. tapi rasa macam tak sabar dah nak jumpa adik nih... abang Faiq lagi la tak sabar.. hari2 tanya bila adik nak keluar ni.. nak main dengan adik.. tengok la nanti macam mana haghuk ghumah dengan 2 hero ni agaga. 


Abang Faiq kesayangan ibu.. tiap2 hari tanya... "ibu sayang abang tak? Sayang? Tak sayang?"

Sobsob. Sedih pulak aku. Ibu sayang dua2 tau. Ibu janji tak pilih kasih. Ibu janji tak compare anak2 ibu :(

Rasa macam tak ready je lagi nak jadi mak anak 2. Eh? 

Berbalik pada perenggan pertama.. ada benda sebenarnya aku nak share kat sini.. tapi aku dok menunggu bahannya.. baru la rasa kompiden sikit. Heh. Kbai.


Thursday, August 20, 2015

My Rail Coffee - Sendayan


Malam tadi entah apa angin kuskus terasa nak makan telur separuh masak? Tapi nak makan yang kat kedai ni je lol. Suka makan kat sini sebab selesa and kedainya ada konsep ler. Mahal sikit kot.. tapi kedai bersih n service pun ok.

Kitorang selalu makan yang kat bahagian dalam...privacy.. ada aircond... ada 3 seats macam ala2 seat dalam keretapi lama hewhew. Selesa la untuk bawak anak yang hyperaktif tuh :)





Tu ha kepala gerabak keretapi nya huhu... Faiq kata bunyi keretapi camni "tut tut aji aji.. tut tut cadeq cadeq" haha



Me at 31weeks of pregnancy. Berat sungguh rasa badan ni. Jalan pun macam penguin dah hoho.




2 biji telur separuh masak aku habiskan. Berguling2 adik baby.. suka lettew 




Kuetiow kat kedai ni super sedap! Portion agak banyak.. aku memang tak habis makan sorang ni. 




Fish n chips pun sedapp! 


Balik terbungkang kekenyangan masing2. Heh.


Wednesday, August 19, 2015

Cek Nuffnang


Hampir sebulan jugak baru aku dapat cek ni huhu.. yela siapa suruh cash kan tengah bulan wakaka. 




Ini 2nd cheque aku cash kan... first time dulu aku cashhkan rm50. Saja nak try je heh. 2nd cheque ni tunggu lama sikit...  Ala rm300 je pun... kau tak tahu berapa tahun aku kumpul hahaha.

Jadi la kan... dari tak dapat apa2. Blogger sendu katanya lololol.

Anyway tq Nuffnang muah muah gitew 

Dialog baba n anak bujang

Bapak dengan anak bergusti malam tadi. Bapak dengan anak sama2 sengal ubi gitu lah haha. 

Dialog Faiq malam tadi. 

Faiq : kepala Baba ni besar la....
Baba : habis tu kepala Faiq apa?
Faiq : kepala Faiq bulat bulat

???

Nak tersedak ibu. Baru nak terlayang hahha




Tuesday, August 18, 2015

Sofina 3


Hari ni je dah 5 orang aku jumpa pakai handbag Sofina 3 in grey... omg sejibik sejibon macam aku punya hahahazama!



Rasa dah sampai masa nak kena tukar handbag ni... sebab bagi aku Sofina3 ni terlalu besar untuk aku. Aku nak in medium size je. Maklumler beli on9 mana dapat agak size dia. 

Alasan sangat nak cari handbag baru agaga. 


Monday, August 17, 2015

Mengacau dodol


Mak abah aku ni tah hape angin nak mengacau dodol pulak. Agaknya sebab semua anak balik. Sila la kaum lelaki.. iols tukang amik gambar je bahaha. 


Mak cakap "saja ja buat.. sok mak abah takde.. korang dah tau cara nak buat.. sukatan.."

Sob sob..

Tekak aku bukan suka sangat dodol/ penganan ni hee.. amik jela dah mak suruh tapau bawak balik. Hihu.


Sepupu yang konon2 datang.. terjebak kena mengacau dodol. Kahkah. Padan muka uols. Nak amik MC katanya hari ni hahaha. 



Kena pakai pelepah pisang nak tarik dodol tu.. elakkan melekat kotss.... hee


Berejam mengacau dodol.... ni kalau bulan puasa boleh pengsan masing2 hihi. 

Wednesday, August 12, 2015

30 weeks


Hari ni ada appointment dengan kkia aka minum air gula n amik darah. Aku tak cuak bab amik darah... yang tak boleh blah kena minum air gula. Blerghh... kenapa la kena wajib ada prosedur minum air gula ni? Erm. 

Misi kata dah perisa oren... hmm tapi tekak aku rasa nak muntah pulak perisa oren ni.. tengik sangat bau kordial oren tu... better the plain one kot. Hoh. 





Minggu ni dah masuk 30 minggu. Pejam celik lagi 2 bulan je nak jumpa adik baby. Tak sabar pulak rasa. Persiapan pun dah 95%. Kali ni lebih teliti sebab dah ada pengalaman kan :) kali ini lebih teratur la maksudnya. Baju2 baby pun dah siap basuh.. letak dalam kotak besar nak bawa balik rumah mak berpantang nanti. Tak payah letak gambar la nanti orang kata riak pulak behehe. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...