BLOGGERIANS

Wednesday, September 30, 2015

Resepi asam pedas ikan


Entri hari ni sekadar memenuhkan entri hehehe. Tepek sini la sebab iols ni pun pelupa jugak. 

Laki aku ada la darah2 orang melaka sikit. Asam pedas memang fav. 

Aku layan jugak asam pedas ni sebab aku rasa mak aku buat sedap dah. Haha. Yela masakan mak khen... tapi still kena menuntut ilmu dari mak mentua. Nak tambat perut laki katanya. Wahaha. So setelah beberapa tahun percubaan... gitu... makan tahun ye tak... orang tak pandai masak camtu lah.. keep on learning.... sampai laki kata sedap giler yang! Muahaha. Baru puas hati aku. Heks. 



So aku share sini la yer... nanti boleh rujuk balik if aku terlupa. Heh. 

Bahan2:
• bawang merah
• bawang putih
• halia
• kunyit
• lada hitam
• belacan bakar
• cili kering
• air asam jawa
• bendi
• ikan (dapat ikan merah... lagi rasa nak pengsan makan haha)

Bahan dari 1- 6 tu kalau rajin tumbuk je.. iols blend kasi halus. Tumis guna minyak yang agak banyak... heh. Dah naik bau.. masuk cili kering... biar garing sikit...ikan.... asam jawa... garam sikit.... last sekali baru letak bendi... 


Errr mak mentua cakap masak asam pedas melaka tak letak gula... so iols follow tak letak gula... sukatan bahan pandai2 la adjust. Aku belasah je. Heh. Sekian bai. 

Check up 36 weeks +++


Hari ni dah genap 37 minggu sebenarnya tapi hari ni check up untuk 36 minggu bape hari entah. Aku kan delay kan date LMP tuh 4 hari... heh. Member memboyot kat ofis dah beranak genap 38 minggu. Daku kecuakan sorang2 kat ofis haha. Borang cuti bersalin dah isi. 2 minggu awal aku dah mintak cuti. Cik bos pun ok. Semoga dia faham la sebab aku kan yang travel jauh2 tu.. risau pulak kang sakit2 dalam komuter macam mana. Hoi seram fikir. 


Sebelum weekly check up ni... kena scan baby 35 minggu dulu.. aku tak sempat kot... patut kena scan kat kkia.. tapi aku request nak buat sendiri kat private.  Disebabkan pm care cover... marilah kita fully utilised kan kemudahan yang ado. Heh. So malam tadi je yang sempat p scan. Kat klinik yang aku gemar pergi. Sebab doc very friendly... hihi. Doc perempuan tudung labuh.. suka melayan Faiq bercakap hihi. Penerangan pun details sangat. Poliklinik Ikhwan Aft. Macam klinik orang arqam.. eh? ke aqram? Bahaha confused mak. 

Doc tunjuk ni peha... gender dia.... kaki.. tangan... jari... sekali Faiq menyampuk "MUKA???"

HEHEHEHE

Progress adik baby semua ok. Adik besar sikit la kot... dah 2.819kg. Faiq dulu overdue pun keluarnya 2.54kg je... adik ni entahla.. ko jangan besar sangat dik... payah ibu nak teran kang haha. 


So tadi p check up lama sikit sebab kena amik darah kat lengan (sebab hb low... ala 10.2 je) and jumpa doktor. Doktor cina perempuan alahai comel sangat. Suka tengok muka dia haha. Suka senyum tapi ai iz kena marah jugak sebab tak berapa konsisten amik iron tablet tu... choi heheh. Tak suka la bau dia. Act.. pepagi buta p check up... aku belum sempat sarapan... tak makan vita lea lagi... memang hb low la... takde tenaga kan... tapi so far so good je.. heh. Doc check perut... "cantik perut u takde stretchmark pun... u pakai apa?" 

AHAKS! 

doc tak tengok kat tempat lain lagi... muahahaha. 

Kat perut memang takde merekah. Tak tahu ler kenapa. Tapi tepi peha memang merekah sikit... pusat terjojol keluar. Euww. Doc pun cakap "baby besar sikit ni... u makan banyak eh?"

 Erkk. I makan macam biasa je doc. Serius baby 2.819kg tu besar ke untuk 37 minggu? Risau pulak aku haha. Maybe sebab doc chinese kot... anak orang cina kan comel2 je keluarnya.. hihi




Disebabkan HB low.. mendapat la iberet ni hewhew.




Besar jugak tablet nya... tapi vita lea shaklee lagi besar... buat masa ni aku memang tak makan ubat klinik. Aku memang totally amik shaklee je full set. Nak tengok gak adik nanti camne haha ujikaji kat anak sendiri. Tah pape. 

Sekian tamat sudah :D


Raya haji yang lalu


Busy sangat nih tak nyempat nak update.. heh. Update jela nanti gambar hilang di angin lalu behehe.  Tapi iols malas nak taip.... tepek gambar jela :D

Raya haji tahun ni biasa2 saja.... sebab dok fikir nak bersalinnya pasal hihu. Raya haji kat umah mertua dulu sebab mak saudara sebelah husband ada buat open house :) ahkak ok je... Faiq pun enjoy sebab ramai sepupu & pak sedara melayan... ibu nya je sakit2 badan dok lama tak buat apa2... ko paham2 jela dah hujung2 ni... semua benda nak sakit haihhh :(




Semua benda kena blur hahaha... maklumla dunia sekarang bukan boleh percaya.. kang tak pasal2 jadi viral. Opsss



Dari pagi membawa ke senja baru balik rumah PIL. Kematu bontot ahkak dok lama2 kat open house hihi. Malam lepas Isya baru gerak balik rumah mak. Nasib jalan tak jam. Kalau tak.. ermmm... lu pikir la sendiri



Jumaat, 25/9/2015

Faiq tak ada kawan lagi.. Muiz belum balik lagi...  sebab ibu Muiz kerja lagi... orang TM je kena force leave :(

Buat aktiviti sorang2 still nak mengamuk sebab rumah uwan tak banyak mainan... kot? Dok main air je anak bujang ni. Risau aku tergolek je....ish.. tapi paham lak tu terus p amik mop n mop lantai dengan pesanan "ibu jangan lari tau.. Faiq mop ni.. " EH MACAM AYAT AKU JE TU. HAHA.





Sabtu, 26/9/2015

Petang baru Muiz sampai. Yeay makngah balik bawak kolam... haha. Kolam murah kat MRDIY katanya. Kolam aku beli tu malas nak pam. Leceh pula. Beli mahal pun belum tentu guna kan? If you know what i mean.. Heh!





Ahad, 27/9/2015

Ingat nak balik pagi sebab takut jam. Sekali mak plan nak buat kuih bakar. Harusla tunggu.. nanti kecik hati pule orang tuaku :)






Budak berdua ni kuyup dek peluh.. hai la anak2.. baru pukul 3 petang time ni.. dok main kat luar macam kampung boy sangat hihu




dah siap kuih bakar mak. sedap sangat makan panas2











ini daun pandan serani namanya. 1st time tengok.. tak wangi pun... mak kata buat kaler je ni.. nak wangi still kena tambah daun pandan biasa tu :)


Sekian bai heh

Wednesday, September 23, 2015

Puding roti resepi suka hati akhirnya menjadi haha


Hai readers. Masih bekerja? Aku mc hari ni. Niat asal memang nak kerja tapi nak balik awal sebab bos cuti. Sekali terjaga tadi 650am. Sekian time kaseyyy! MC jela. Senang. Heh. Alasan sangat. Oleh sebab aku cuti.. mood nak masak tu on lah kan... husband suruh masak asam pedas ikan. Sekali tak dibeli eh halia. Memang tak jadi la masak asam tak letak halia. Ke ok je? Heh. Pukul 1pm tak sampai rumah lagi. Perut dah lapar ni. Aku dok ngitai apa ada kat dapur nak makan ni. Barang basah mana beli sangat ye cuti panjang minggu ni kan...  


Tetiba eh ternampak roti butterscotch tinggal 5 keping... hampir expired. Eh sebenarnya dah expired 19sept..tapi tinjau tak berkulat pun... elok lagi la ni. Jangan bazir2.. no no no. Heh. Bukak fridge eh nampak kismis Faiq 2 bulan lepas kot haha. Telur tinggal sebijik.. susu dutch lady ada setengah lagi.. tepung kastard memang ada... esen vanilla pun ada... buttercup n marjerin ada... haaaa moh laa buat puding roti. Hahahaha. Perut pun lapo ni. Mari google. Lololol. Google2 tak paham. Disebabkan pernah buat sebelum ni yang lembik tak jadi tuhh.... so aku olah je ikut suka hati aku. Agak2 jela wey. Tak jadi kang buang je haha.

Yang ni aku tiru resepi mak gojes ctliyanamib. Tapi dia kukus. Aku takde pengukus. Oven apatah lagi. Yang ada pemanggang ajaib je.. tapi aku nak puding aku tinggi2 sikit.. camne pulak nak susun tinggi2 kalau roti 5 keping je haha. Nanti meleleh2 pulak bancuhan susu tu.. eh paham ke? Oh fenin hakak di situ. 


So kepala otak fikir letak dalam bekas plastik ni jela.. tulisnya tahan panas 100° ...... ok kot ni.. nanti aku letak la air kat dalam pemanggang ajaib aku. Hehehe. 

Aku sapu dengan butter n marjerin. Nanti ada rasa garing2 masin sikit baru best.





Pukul telur.. esen vanila... gula 2 sudu... aku letak susu dutch lady sikit. Pukul gitu2 je tak payah beria sangat. 



Tuang bancuhan tadi atas roti. Kali ni aku letak sikit je .. aku takut puding aku lembik macam 1st time buat dulu tuhhh... Pastu tabur kismis Faiq. Bila punya kismis entah. Haha belasah jela




Letak dalam pemanggang ajaib. Pemanggang aku yang jenis nipis tu.. kira kalau nak bakar kek tu macam tak best la.. sebab nipis je... nanti nak beli pemanggang ajaib yang tinggi sikit macam periuk tu laa haha



Agak2 15 minit aku tinjau. Tak tahu berapa anggaran bakar ni. Rasa 30 - 40 minit kot. Sekali tengok bekas plastik microwave tu mengembang kau. Seram sejuk aku. Hahah caner nak buat ni ahahah. Abis la puding aku tak jadi lagi lol. Berfikir laju2. Haaa mesti dasar dia dah masak sikit kannn... aku pun tukar bekas.... letak terus puding atas pemanggang ajaib tanpa bekas. Tawakal jela kalau dia melepek haha.


Sementara tu dok buat kuah kastard pulak. Eh kena pakai susu cair. Tapi aku takde susu cair. Pakai jela apa ada. Letak tepung kastard sesudu besar.... susu dutch lady tadi secawan... air kosong 2 sudu besar... gula 2 sudu besar.  Kacau sampai tepung kastard tak ketul2





Tenggekkan atas api... kacau2..  baru letak esen vanilla sesudu. Agak2 pekat sikit tu siap laaa.




Dah siap simpan dalam bekas.




Haaa puding aku pun dah masak hahaha. Omg sedap sangat kauuuu! Matikla puji diri sendiri. Kahkah. Tapi memang sedap tak tipu ni. Faiq 2 kali mintak tambah heh. 



Haha


Ni lah hasilnyaaaa hahahaha. Aku puas hati. Boleh buat lagi ahahaha. 



Monday, September 21, 2015

Review : the soho mini


Kepala aku tingtong je hari ni. Tak tahu la kenapa. Rasa mual je pulak. Mari la kita baring di sofa pantry sambil update blog. Dah la hujan lebat pulak kat luar tu.. boss pun p meeting. Ai iz merdeka kejap. Gituu.... 


Hari tu dah janji kan.. nak review pasal the soho mini by sometime nih. Personally.. memang dah lama tunggu handbag ni sebab berkenan betul design dia.. simple.. elegant.. yet affordable. Heh. Niat hati nak pakai long champ cuir.. tapi pitam tengok harga beg je pun dah ribu riban muahaha. RM100 ni pun dah mahal kat aku behehe. 


2 hari je.. sap sap soi eh dah sampai. Fuh. Berdebar2 pulak bukak plastik hehe.



TADAAAAA!!!!




SERIOUSLY MEMANG CANTIK.  Tapi hakak ni dah terbiasa handbag besar... amik masa nak sesuaikan diri. Sekali je kot aku pakai. Lama fikir. Nak jual balik ke nak hold dulu eh?



Antara reason:
● bag ni tak melekap kat badan bila aku sling. Tali pun tak cukup panjang bila sling. Aku rasa insecure di situ. Maklum la aku kan travel ke ofis hari2 lalu kl sentral sesak2 tu.. ofkos aku risau... kot ada yang panjang tangan.. pheww... tak terjangkau dek akal fikiran

● tak ada poket kecil di bahagian luar handbag. Susah jugak aku nak letak tiket komuter... kad rapid lrt... duit syiling sikit2 tuh.. 

● tak muat nak letak baju anak sepasang! in case la pergi mall kejap2 ke apa kann.. wet tissue lagi...  Wallet husband. Handphone husband. Pampers 2 keping. Omg. Dah terbiasa bawak  beg gedabak camni la haa... hahahah. Kalau sofina 3... kau letak towel pun muat lagi hahaha. Tapi hampir jatuh gak la bahu kau. Behehe. 

Itu jela personal reason aku. Ulang lagi sekali. Aku yer. Tengok orang lain pakai.. jalan2 sambil libas handbag the soho mini ... lawa nya uols. Terus terpengaruh dan BELI. Hakikatnya tak fikir dulu sesuai ke dengan awok tu.. hehehe.


So malam tadi decide.. ermm jual balik la... aku tolak RM100 kat IG sometime... terus dah ada yang booked. Terasa sedih puler ;( 

Dah selamat pos. Semoga berbakti ke tuanmu yang baru heheheeh. 



Bye bye soho mini. Sob sob. 


Friday, September 18, 2015

Rambut raya haji


Lama dah plan nak gunting rambut anak bujang ni. Asyik bertangguh je... bukan sebab tak nak bawak ... bukan jugak sebab tak sempat... ni sebab payah sangat memujuk si anak bujang. Ada je la alasan dia. 

"Nanti Faiq berdarah macam mana?"
"Jap Faiq tengok cite otomen dulu baru gunting rambut"
"Alaa nak biar panjang macam Akim" 

Akim = akim & the majistret tuh. 

1001 alasan. Sampai mati akal ibu baba nak pujuk. Sudahnya aku terfikir why not mintak tolong pengasuh. Haha. Dia kalau dengan pengasuh dia semua boleh. 


Aku tanya jugak "macam mana akak pujuk Faiq?"

Pengasuh cakap dia ajak je pergi gunting. Faiq siap cakap lagi "okay.. gunting sikit je tau!" 

Amboi pandai sangat propa budak ni. Nyampah ibu.

Ni pengasuh kirim gambar. Berdebar2 kau. Padahal gunting rambut je pun. Over nau mak kau ni Faiq haha.

Muka macam tak rela je haha



Eh elok pulak tak nangis langsung. Cool je. Akak ngasuh tu cakap laaa... Faiq behave je katanya. Ada la sorang budak masuk kedai dengan mak paknya...nak gunting rambut gak.. dalam 2 tahun kot. Melalak kemain kuat. Faiq pandang je budak tu... bajet bagus sangat hahaha. Padahal.... sendiri sambung ekekeke


TADAAAAAAA! gambar malam tadi. Amacam hensem tak? Haha. 

Faiq cakap "hensem sangat ni ibu"

Mak aih perasannya ko nak oi. Hahaha. 


Tuesday, September 15, 2015

Hari2 yang ku lalui jelah

Puas fikir tajuk. Mende la aku nak tulis ni. Hari ni aku MC. Hoih sakit2 badan aku. Maklum ler dah hujung2 ni memang begitu. Semalam kena cover big boss.. secretary nya cuti. Aku pun tak tahu kenapa la asyik muka aku and secretary lagi sorang tu je kena cover. Tapi okay je since orang dah percaya kat kita... tapi tu laa hakak ni bukan larat sangat.. dah tua ye tak.. ke hulu hilir bawa perut memang mengah jugak. Jaga bos lelaki senang tak banyak songeh tapi tu ah phone tak berhenti berbunyik. Sudahnya aku divert semua line. Line aku. Line cik bos aku. Line secretary yang aku cover. Line big boss. Haa 4 line. Sudahnya hang hanphone aku bahahah. Kejap2 ada je yang call nak check calendar big boss. Kejap2 calendar cik bos. Cubicle aku nun kat belakang. Cubicle secretary big boss nun kat depan. Mengah hakak. Pendek kata memang tak menang tangan. Huh. Baru nak suap lunch..  cik bos wasap tolong belikan lunch i. Huwargh. Penatnya uols. Mengeras2 baby kat dalam. Tapi kita belajar banyak mende. Okaylah ;)

Eh panjang merapu hal opis semalam haha. 

Weekend lepas turn balik rumah in law. Faiq follow atok nenek g kenduri. Ibu baba malas follow. Faiq mintak GHAK kat atok nenek. Sorang pun tak faham ape ghak tu haha. Faiq jawab "alaaa yang kecik2 comel2 tu.... " 

Garu kepala tok nenek melayan cucu hahaha.





Nenek wasap kat group family "mende ghak tu baba..." hahaha

Haa ni la GHAK nye! Hahahaha


Malam tu tak ada buat apa.. kitorang ke sendayan ada perasmian pembukaan rumah kat hijayu yang harga 1.6 juta tu. Perghh memang cantik interior design... tapi ko mampu? Mahal nak mam. Ahaks. Aku mampu tengok je. Macam2 la aktiviti untuk tarik orang ramai datang. Ada superheroes..  belon udara panas..  12D cinema yang aku pernah naik dulu tu.. makan buffet free.. fireworks... eh macam2 lagi lahhh. Sesak gak nafas. Jerebu kan. 



Orang kerumun ironman haha. Amik yang sempat jelah hihi



Fireworks! Excited Faiq tengok nih heee



Kenapa Faiq pandang belakang? Time ni aku sibuk suruh dia pandang depan sebab nak amik gambar. Faiq sibuk pulak nak naik dalam tuuu.. aku cakap nanti roboh macam mana? Faiq jawab TUUU ADA ORANG NAIK TU IBU! 

eh ye tak ye jugak. Apehal pulak orang tu naik atas tu haha







Esoknya kami ke Rantau Eco Park. First time sampai sini. Tak ramai orang pun.. kawasan besar... rasa ramai yang tak tahu lagi tempat ni.. macam2 aktiviti rupanya kat sini. Kolam luas. Aku sewa pelampung size besar 2 ketul nak bagi budak2 2 orang ni berendam. 1 pelampung deposit rm10.. dia caj rm4.. main la berapa lama nak main. Husband cakap klorin kuat sangat kot kolam ni.. tak bahaya ke eh kot anak2 kecik terminum? 












Bayar masuk rm5. Ok la kot.... kawasan masih dalam renovation lagi.. nanti la nak pergi lagi sebab dekat je dengan rumah hehehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...