BLOGGERIANS

Thursday, October 22, 2015

Masih belum bersalin heh


Hai. Saya masih belum bersalin. Semalam patut dah genap 40 minggu. Aku dah start risau. Faiq dulu overdue. Rasa menyesal amik cuti awal2 sebab aku pening dok rumah je tak buat apa2 tapi dalam masa yang sama risau pulak kot terberanak dalam komuter. Iols kan pengguna public transport tegar. Buhuhu. Ya Allah semoga adik baby keluar la cepat. Sekarang pun takpe. Hoh


Seriously aku tak sanggup nak hadap nurse klinik desa kat sini. Kerek giler. Baru JM je pun. Berat aku sepanjang pregnant ni naik 7.8kg. Now dah 62kg. Masa buka buku pink 12 minggu berat aku 54.2kg. Tapi bila scan berat baby ok. So tadi kena refer doc sebab berat tak naik. Sepatutnya doc kata berat sepanjang pregnant kena naik 12kg. Kurang berat tak boleh.. terlebih berat tak boleh jugak. Macam2 ye tak. 


Masa 1st time jumpa nurse yang kerek itu.. aku saja jela nak berbasa basi.. borak kosong je pun..  sebab Faiq dah 3 hari demam malam. Aku just nak tanya pendapat nurse tu je.. memang dah bawa Faiq g klinik. Bila tanya.. boleh pulak nurse tu jawab "bawak la jumpa doktor. Tanya sini buat apa?" Omg terkedu kejap aku. Kita bukan nak tau sangat.. saja nak borak kosong berbasa basi gitu.. yela 1st time jumpa kannn. Ok fine lepas ni sekadar check up jela.. macam aku hadap sangat nak jumpa dia. Hahaha. Klinik kkia bukit bangsar jugak yang terbaik. Nurse sangat friendly.





Petang semalam bawa Faiq ke Tesco yang baru buka. Tak tahu pulak ada mende alah ni haha. Terpaksa spend masa dekat 40 minit kat sini je haha. Mendapat lah kan. Motif utama nak bagi jalan banyak2 nak bagi cepat bersalin. Eh tak jugak bersalin lagi malam tadi. Haha liat betul dak adik ni yer




Faiq naik mende ni. Kemain laju panjat. Dah badannya ringan. Ada budak perempuan debab sikit minta tolong kat Faiq "tolong sayaaa" faiq pun hulur tangan sambil cakap "ish beratnya" muahaha. 



Agak keboringan sebenarnya budak ni kat kampung sebab takde kawan. 




Bangun tido pagi2 pegi mengadap tv. Panggil tak menyahut rupanya dah melopong kat depan tv. Sian anak ibu



Cepatlah keluar adik baby... serius ibu n abang Faiq rindu rumah kecik kita huwaaa. Gambar ni faiq yang tangkap haha. 

Ada tips ke bagi beranak cepat? Ai iz boringgg dok rumah lama2

Sunday, October 11, 2015

Weekend


Puas fikir tajuk. Sudahnya letak weekend jer. Behehe. Minggu depan nak start dok kampung dah.. marila clear kan apa yang patut ;) 


Selongkar balik timbunan baju2 lama.... sorting... n basuh baju2 lama Faiq yang masih elok.... dapatla banyak ni... boleh laa buat baju2 basahan dak adik nanti. Nasib adik lelaki jugak :) pengsan ibu kena hafal jenis2 ultraman ni hehehe


Agak lusuh gak... tapi ok la... tak kan nak buang :)



Sempat masak lemak ikan merah... or bahasa n9 nya.. gulai ikan merah. First time masak ni nasib baik jadi hahaha. Tapi macam terover pedas pulak. Makan dengan nasi ok la... tapi nak hirup kuah dia agak tersedak la kau. Haha. Tak pandai bajet cili api lagi hewhew. Mak kata tambah santan je bagi kurangkan pedas.... tapiiii santan habis! Haha. Husband beli 1 peket je pulak santan pekat. Behehe.




Spend time dengan Faiq... makin sensitip pulak mamat ni.... memang camni kot nak dapat adik?



Restock esp last week guna pakej untuk member shaklee yang tak aktif.. dapat 50% off untuk esp + vit c. So aku order guna id anak2 shaklee yang tak aktif heheheh. Tq yer anak2 mak haha. Murah rezeki korang nanti. Eh tapi kan yang peliknya bila masa aku order zinc ni? Confuse di situ. 

Masih berfikir2 lagi ni.. nak kerja ke tak esok eh? Heh. 


Wednesday, October 7, 2015

Naik pun


Hari ni genap 38 minggu. Dah 3 kali check up.. hb memang drop... 10.2.. 10.6... 10.8.... memanglah mild anemia je... tapi kalau dah bawah 11 tu agak bahaya kalau ikut kata cik misi. 


Aku memang tak amik iron tablet n segala ubat klinik sebab aku pening.. .and aku nak biasakan anak 2nd ni tak makan ubat klinik. Hewhew. So aku bergantung kat vita lea shaklee je.. dah kata dealer kan.... check up yang hb low tu aku tak sempat telan vita lea hahaa.. tu yg hb low... ni semalam buat uji kaji kat diri sendiri... sebelum p klinik.. aku telan 3 biji vita lea.... 3 biji vit c... iron kan kena makan dengan sumber vit c so penyerapan tu optimum... 




Maka..... ini la hasilnya... hb 11.7. Hahaha fuhh lega hati mak hehehe


Friday, October 2, 2015

review sofina 3 signature - mini version


Selagi tak dapat yang diidamkan... selagi tu la keep on eyeing... searching... then klik2 .... eh ter buying pulaks bahaha. 

Aku mencari kaler hitam sebenarnya.... sebab senang nak matching semua baju. Tak berapa suka beg terang2. Hewhew... tapi tak ado... navy blue ni la kaler paling gelaps. Rembat jelaa lol. 



So my review - better than sofina 3 in maxi size.... kecik sikit tapi still spacious.... hee... overall saya suka tapi just tak berapa berkenan snake print tu je... geli geleman juga... tapi small matter kottt... belasah jela hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...