BLOGGERIANS

Friday, December 30, 2016

Babai 2016

Hari ni last day kerja untuk tahun 2016. Tahun yang banyak negative vibes... rasanya.. hmm

Dengan harapan tahun 2017 nanti banyak lagi wishlists yang akan tercapai. Aminnn.
Semoga kehidupan keluarga kecil aku akan lebih lancar perjalanannya... rezeki melimpah ruah... misi aku nak perabihkan hutang supaya hidup aku lebih aman tanpa hutang. HAHA.

Ofis riuh rendah dengan anak-anak staff. Semua pakat bawa anak ke ofis. Meriah hoi. Teringin pulak nak bawak anak den. Tapi guane nak bawak naik komuter? Hahaha

Thursday, December 15, 2016

borak mak dan anak

Baring depan tv sambil borak-borak dengan Faiq malam tadi.

Ibu : abang Faiq, tolong picit kaki ibu.. lenguh betul la ibu ni... kesian ibu .. tadi kan ibu balik kerja naik train tadi... ibu tak dapat duduk pun...  - buat muka kesian here 


Lama Faiq diam.

Faiq : ish ibu ni asyik tak dapat duduk je... asyik-asyik tak dapat duduk. Lain kali ibu call la Faiq.. nanti Faiq bertukar jadi superhero.. Faiq datang selamatkan ibu

HEHEHE. Kembang hati ibu. Cerita dengan baba tak kena layan, cerita dengan anak wahh siap nak selamatkan ibu. 

Ibu iz terharu nak. Herher.

Tuesday, November 29, 2016

dari Kuantan ke Terengganu

Mujur pagi tadi tak terlajak komuter haha. Tersedar eh dah kat KL Sentral. Penatnya badan oi. 9 jam dalam kereta. Mujur la kampung daku bukan kat pantai timur hewhew. Tapi bestla jalan tengok tempat orang.. budaya orang... 

Plan asal sebenarnya nak pergi kenduri je kat Kuantan... sekali terlajak sampai Terengganu kiteeee. Mujur tak direct sampai Kelantan. Hahahah. Sampai jugak kat ganu wehh. Last pergi masa rombongan sekolah tahun 2000 - aku Tingkatan 2. Kahkah. 

Tak ada beli beriya pun... jalan- jalan dan makan- makan je..

Tepek la gambar sini buat kenang-kenangan ;)




naik kereta kuda... bergegar-gegar... pastu aku nampak lidah kuda tu terjelir keluar.. hahaha kelakar + kesian pula, haha






tuuu... lidah terjelir keluar... hahaha





hari Sabtu menyinggah ke Masjid Kristal... sebenarnya ni gambar candid tapi nampak macam cantik pulak gambar ni dengan memek muka Aqeef tu.. haha.. nak lari je kerjanya... hihi




Faiq pun sama.. nak lari jeee.. dia ni lagi lasak ok.. hehe nasib la hoi ada anak bujang 2 ketul ni :D





adik sibuk dengan sandal je .. hehehe





naik basikal yang ada 3 row tu.. RM43 kot.. best pulak, siap lumba dengan geng budak-budak... hihi









barisan hadik-hadik ipar yang sporting.. hewhew. 


Kami pergi 4 kereta... aku gerak lambat sikit... pukul 8pm dari Senawang... pukul 1am++ sampai Kuantan... masa kat Kuantan duduk di homestay... 2 tingkat... Thea Homestay kalau tak silap... ok selesa. RM250 ke RM300 per night... 2 tingkat.. semua bilik ada aircond.

Masa kat Terengganu... duduk di Mawar Homestay... rumah kampung..  mak aih bilik air nya... geli geleman mak noks. Husband kata berus gigi kemain banyak dalam bilik air.. berus gigi yang dah busyuk-busyuk tu... euwww! Hihi... Bilik atas ada aircond... bilik bawah tak ada aircond... toto macam tak basuh je.. keronyok- keronyok gitu.. hihi... seriously aku tak selesa... dengan sakit kepala nya... kang nak menghadap anak-anak yang super cranky... nak menyusu tak selesa... mak-mak faham la yer :) ajak husband booking hotel... dengan harapan mil faham lah :)  lepas makan malam... g survey hotel, maka jumpa lah TY Hotel.. rasanya hotel baru... 1 malam RM150 inc breakfast.. RM20 deposit return balik bila check out. Tak sempat amik gambar sebab kepala dah berat. Anak-anak pun tidur tak sedar hengat dah... hihi. Penat sangat lettew. Sian budak-budak... nanti ibu bawa pergi Legoland yer... :)


Overall, pengalaman yang best. Nanti boleh la repeat lagi dengan pengajaran - sila bawak baju lebih. HAHAHA.


Monday, November 21, 2016

Thank You Lazada!

Amboi siap ada appreciation post ๐Ÿ˜Ž Hehehe. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa ๐Ÿค— Kisahnya last two weeks kot aku beli pool dari Lazada... kalau tak silap masa 11.11.2016 tu kot, dah check out... laaa baru perasan ada discount RM30.. patutnya harga RM72, alahai rugi pulak rasanya kan...  terus aku email ke Lazada, kot-kot la boleh revert? Hahaha. Walhal salah sendiri yang terlupa ๐Ÿ˜ฌ✌️️

Aku ingat Lazada tak layan email aku.. haha. Sekali dia reply yang menyatakan tak boleh revert sebab aku dah bayar. Aku ok jela.. dah bukan rezeki aku haha. Tapi aku rate situ BAD, UNSATISFIED. Kahhh! Kejam pulak. Hewhew ๐Ÿ˜ˆ

Tak sangka pulak esoknya tu Lazada call. Slow talk boleh tak kita gantikan dengan Voucher Code yang bernilai RM30 jugak? Dan tutup kes? Wahh, aku terasa begitu dihargai sekali! Hehehe.




Ihiks! ๐Ÿ˜œ Thank you Lazada ☺️

Friday, November 18, 2016

Pegawai Pengiring

Nak taip pun rasa geli hati. HaHa. Anak bujang yang kedua ni dapat nick name baru - Pegawai Pengiring. ๐Ÿ˜ Dah la sado, kuat sentap, suara kasar, gigi jarang, jalan terkedek-kedek, mana ibu ada kat situ la Aqeef ada. Sudahnya baba panggil adik - Pegawai Pengiring Ibu. Hahaha lawak pulak rasanya.

Sekarang dah setahun sebulan. Mulut bising gak tapi pandai panggil mama, baba, babang. Babang tu abang Faiq. Kembang je hidung Faiq bila Aqeef panggil BABANGGG!! Hehehe.๐Ÿ˜Ž












Merajuk tak tentu hala๐Ÿ™„๐Ÿ™„


Tuesday, November 15, 2016

Ehem

Lama tak update blog. Terasa kaku nak menulis. Haha. Sedang dalam train mengelamun sorang-sorang... adoi kepam betul bau ketiak cik adik kat sebelah ni. Tengik. Mujur mak tak pitam noks 



Dulu-dulu masa baru bekerja, aku selalu membayangkan umur aku pada 25, 28 dan 30 tahun. Aku bayangkan pada usia 25 aku dah kahwin dan pada usia 30 tahun aku dah stabil. Huwaa rupanya masih belum stabil lagi. Sobsob. 

Mungkin kalau diberi peluang, aku tak mahu terlintas sesuatu di hati.. 16 tahun lepas... smk zaaba kuala pilah.

Hey, move on please.

Monday, November 7, 2016

Cerita tamil

Aku kan sejak-sejak kahwin dengan lelaki yang giler cerita Tamil nih... aku jadi kenal pulak hero heroin Tamil. Hehehe.

Kau sebut je... aku kenal ok. Haha. Kalau tak ingat nama pun... aku ingat muka dia tu untuk cerita yang mana. Kahkah. Begitu sekali yer. LOLOLOL

Aku dah tak minat pula cerita sweet-sweet macam Suri Hati Pilot ke Awak Sangat Nakal ke? Suamiku Encik Beruang ke? Eh? Bukan apa, terasa tak boleh nak terima dunia khayalan dah. Haha. Cuba jugak nak layan cerita sweet begitu.. rekod lepas tu try nak layan tapi ai iz kenot. Bukan sis tak cuba. HEHE. Sebab realitinya tak ada yang sebegitu kan? Kan?

Anyway, hari tu terlayan cerita CITYLIGHTS


suami, isteri dan seorang anak perempuan


Cerita ni inspiring jugak lah.

Deepak Singh's life as an ex-Army driver who owns a garment store is tangled in the midst of poverty, hope and despair. Deepak's family consists of his ever-supporting wife and his little daughter. They tag along his journey to Mumbai as he is unable to repay money he owes on his store. With no contacts and addresses, except that of his friend, Omkar, Deepak takes extreme measures when stepping to Mumbai while searching for him.

Deepak ni ex driver Askar. Balik kampung sebab nak jagak anak bini. ada kedai kain tapi kena ambik sebab tak mampu nak bayar hutang. Dorang berhijrah ke Mumbai untuk jumpa kawan Deepak (Omkar). Sekali sampai Mumbai, Omkar yang dicari tak ditemui. Konon-konon Omkar ni yang akan tolong Deepak and family. Jumpa rumah tapi kena tipu pulak. Yer orang kampung datang bandar.. lurus bendul pulak. Kesian giler. Isteri Deepak terpaksa kerja kat club menari-nari serve arak sebab nak tampung hidup dorang. Rumah tak ada, tinggal kat tempat pembinaan.


He is easily tricked by two con-men who sold him a Flat for 10,000 RS, only to find out while searching them for the documents. With no details on them, the Mumbai police refuse to file an F.I.R. His wife meets an escort working at a night bar who provides them an unconstructed flat for time being and convinces her to be a bar dancer till Deepak becomes stable.


Deepak gets hired as driver for a security bureau with a monthly pay of 15,000 Rs. Deepak's senior realizes that he is far too innocent and does various favours for him in order to gain his trust to loot the security agency. Deepak is extremely against the theft when the senior first mentions it. Then the senior blackmails him saying that a previously stolen box is currently kept in Deepak's house. Feeling cornered , Deepak agrees to the risky plan of stealing the keys for this box when suddenly they are both robbed again and the senior is killed. Meanwhile Rakhi loses her job tragically. Deepak finds the box stolen by his senior in his house and comes up with a plan to ensure Rakhi and Mahi's safe return to their village.

Ada ek kerja macam ni kat Mumbai?

The movie ends when his attempt to steal the keys from the agency cost him his life but through a shrewd tactic he is able to pass on Rakhi the key for the stolen box. Rakhi and Mahi return to the village with Rakhi lost in memory of Deepak and their happy past.

Ending agak sadis sebab Deepak mati kena tembak sebab nak curi kunci box . Isteri dan anak Deepak balik kampung dengan duit yang banyak tapi tak ada makna pun sebab Deepak dah mati. Gituuu.

Cerita ni rasanya lebih kepada sokongan isteri yang tak berbelah bahagi pada suami yang tak ada apa-apa. Sob sob.



Wednesday, November 2, 2016

Kek nan sepotong

Bukan sambut sangat pun.. sekadar beli kek nan sepotong. Tiup lilin dan sambung normal routines. Haha mak bukan kejam tapi adik bukan paham pun kan? Kan? 




monyok je muka adik pun... hehe









Happy birthday sayang ibuu! Manja sangat ini budak ;)


Monday, October 31, 2016

Pintu terkunci dari dalam

Anak bujang yang terlebih bijak. Ibu suruh tutup pintu. Dia pergi tekan sekali button lock kat belakang pintu.. makanya terkunci lah dari dalam. Nak marah pun buat penat je, bukan paham ape budak 4 tahun. Kehkeh.

Mari kita google. Baba dah amik lesung je nak ketuk tombol pintu. Kah. Nak cepat je kan... cer sabar.   

Aku search youtube. 

1. Ambil kad kredit. Hewhew. Atau kad keras apa2 yang tak guna.
2. Bengkok kan sikit kad 
3. Selit la kat tempat lock tu sampai terbukak pintu

Memang perlukan tenaga lelaki. 



See! Dah terbukak ๐Ÿ˜‚


Bengkok kan kad tu macam ni haa





Gesek2 sampai ter unlock balik




Gituuu! 







Sekian tutorial ahaks! Oh tq to Faiq, kalau tak, mesti ibu tak tahu boleh bukak pintu pakai kad je. Kihkih. 

Wednesday, October 26, 2016

Aqeef 1 tahun




26.10.2016 = genap 1 tahun dah si bambam ibu. Tak banyak bercerita pasal si tembam ni dalam blog. Ibu iz busy bebenau ye tak. Huhu. 

Anak yang kedua ini nampaknya lagi cool dari si abang. Dia jenis pemerhati. Dan nampak lagi bijak dan matured. Mungkin dia belajar dari abangnya yang cerewet. Hehe.

Dua2 anak2 ibu sayang, tak ada beza. Semoga yang baik2 aja jadi dalam keluarga kecik kita :)

Balik nanti ibu beli kek kecik ya, daa

Thursday, October 13, 2016

yes or no?

Dua tiga menjak ni aku asyik terfikir nak tukar tempat kerja je... hmm... maklum la tahun depan Faiq dah masuk tadika. Aku masih mencari rezeki kat KL nih. Sampai bila entah? Rasa macam huru hara je rumah tangga. Ibu keluar pagi balik malam. Balik for sure dah penat. Pergi kerja dapat gaji. Gaji habis buat pergi kerja. Transport monthly RM380. Belum campur kos makan lagi... penat ulang alik lagi. Hampir 8 tahun jugak la kerja TM nih... sayang nak berhenti sebab company besar... itu ke sebab utama? hadoi! Stress mak! Kena solat istikharah ni mintak petunjuk. Hmm... semoga dipermudahkan urusan aku :(

Keutamaan aku hanya anak2 yang masih kecik... sob sob.

Dah lama terfikir nak tukar environment kerja ni... tapi tu la hati tak kuat lagi... semalam rasa macam baru tersedar dari lena yang panjang. Huhu. Masa on the way balik dalam komuter.. ada sorang lelaki ni tegur... 40an kot... duduk sebelah aku. 

Dia : Kerja ke belajar dik?
Aku : Kerja
Dia : Kerja? Yeke ni. Kecik je nampak ha.. ingat belajar lagi. Kerja mana?
Aku : 30 dah umur saya ni ha... kerja kat TM.

Dia macam terkagum - kagum aku kerja TM. -_-

Kisahnya lelaki tadi tu ada course kat Ampang - Bank of China... ape bende entah aku tak faham sangat... dia berulang la selama 4 hari untuk course tersebut. So dia pilih naik komuter and lrt instead of drive. Dari Tampin ok. Tak kan nak drive. Buat penat je. 


Penat sangat sangat. Kalau nasib tak baik, berdiri la kau sampai ke destinasi. Haha

Dia argue la aku berulang selama 4 tahun. Aku rasa macam baru tersedar bila dia tanya

TAK PENAT KE?

Tiba - tiba macam tersedar - terlalu banyak aku berhutang dengan anak - anak dan suami. Iaitu MASA. Tak boleh nak undur dah. Kan?

Semoga aku dapat buat pilihan yang betul. No turning back please. 

Monday, October 10, 2016

MEQNOR Kitchen


Assalamualaikum. Eh last update bila yer? Kahkah. Mood kelaut lepas tukar phone. Hai mak dah berpaling tadah dari Android ke Apple. Ahaks! Ni yang merangkak nak godek apps yang ada. Lol! Nak transfer gambar ke pc pun amboi kena ada itunes? Puas aku google step by step. Haha. Akhirnya setelah seminggu try and error akhirnya aku jumpa jalan mudah - pakai Google Photos je. Hewhew. Eh renyah jugak pakai IPhone ni ek? Tapi aku suka. 

Btw, hari tu laki aku ada tunjuk 1 kedai rare. Area SMAP Labu. Eh memang unik la concept dia. Kami datang petang time tu. kalau nak datang silakan datang malam sebab ada lampu2 ... eh cantikla! Hipster sangat kedai ni. Makanan sedap2 dan berpatutan. Hari tu aku order nasi goreng antara 2 darjat. Kemain nama. Eh sedap! Combination nasi goreng cina dan nasi goreng kampung. 


Pintu nak masuk. Cantik kan? Nampak ada macam ada langsir tu? Haa boleh duduk bersila kat situ.. macam suasana zaman dulu. Eh nak try duduk situ nanti haha.






Tengok kerusi dia... macam style diraja pulak. Hehe









antara menu yang di order. Siap bungkus bawa balik. Oh ye makan tak bawa anak2 ni.. kalau bawa mau berlari mengejar anak je.. hewhew






macam konsep stall pun ye jugak... 








Ok daa! Semoga dapat makanan free. Kahkah

Wednesday, September 14, 2016

Kad Debit Maybank baru

Akhirnya sampai jugak tadi... hampir 2 minggu tunggu. Asyik bertangguh je nak ke kaunter maybank... sudahnya aku buat online je. 


Yeay! Kad baru dah dapat. Jimat masa tenaga nak ke kaunter maybank. Dah dapat kena activate dalam masa 90 hari. So tadi aku terus activate kat m2u sahaja. Memang memudahkan untuk orang yang busy macam iols. Hahaha busy sangat lulz.




Simpan resit... mana la tau kad tak sampai ke kan... boleh query ke maybank. 







Kad attach kat tengah2 tu




Aktifkan cepat cepat. Heh.



Ok daa! :)


Friday, September 2, 2016

Semangat nak mengepam hari-hari

Aku beli last week ni kat Lazada. 5 kotak. 1 kotak ada 25 pieces. 1 kotak jatuh harga RM10.80. Free shipping... so hari ni baru sampai. Mereput tunggu kat ofis. Hewhew. 

Sebelum ni memang pakai Autumnz pun.. tapi packaging lama tak berapa menarik kan? HEHE. 

Pernah jugak berimpian nak letak dalam botol je.. tapi being me yang memang pemalas nak basuh botol kecil-kecil pastu nak keringkan lagi...  baik aku pakai plastik je. Habis cerita. 

 Kalau 12oz color pink... 7oz color biru. Harga sama. Tu yang aku ambil 12oz. 


Semangat lain macam bila dapat packaging baru nih. Comel je pulak kan? Ke aku je rasa comel haha. Murah sangat dah aku rasa ni. Berbaloi dengan kualitinya. Plastik tebal. Boleh stand lagi. Takdela lembik-lembik je.

Ok g terjah Lazada cepat! Huahua. 


Tuesday, August 30, 2016

Ada beli apa-apa tak?

Aku tak tahu la cara ni betul ke tak? Huhu. Tiap kali balik kerja.. jemput dari rumah pengasuh mesti Faiq akan tanya "ada beli apa-apa untuk Faiq tak ibu?" 

Kalau ada hari yang aku tak beli langsung.. mood dia memang kelaut sampai la malam. Dia tak kisah pun dapat sugus je semata-mata. Asalkan ada something untuk dia. Hihi. 

So, hari ni ibu rasa bersalah sebab pagi tadi nak cepat tak sempat nak salam kiss pipi... maka ibu beli banyak 'apa-apa' untuk Faiq ni. Hehehe.



Nampak je macam ni.. dia bukan makan habis pun. Makan sikit masuk fridge. Ibu ler jadi tong sampah tukang habiskan. 

Mujurlah aku beli jajan macam ni pun.. selera dia kat nasi tak berubah. Makan nasi tetap banyak. 

Dulu kecik- kecik pun abah praktik macam ni. Balik kerja mesti ada sumi jelly untuk kami 4 beradik. Pastu berebut pilih color fav masing masing. Haha.

Oh tak sabarnya esok. Cuti. Boleh bangun lambat bergolek golek dengan 2 hero. Eh 3 hero. And am the queen. Kehkeh.

Wednesday, August 24, 2016

bagus jugak ada reminder

FB sekarang canggih eh. Dia remind balik apa kita buat on the date.... tahun2 tok kaduk dulu. Mujur lah tak up status bukan2. Abis kuat meroyan pun kat blog je. Kehkeh. 


So hari ni FB shared memory gambar ini. Member aku yang tagged ni... masa pergi kenduri kahwin beliau. Sekarang pun beliau dah ada sepasang anak :) betapa mengimbau memori betul. 



Gebunya anak dara tu :) bila la aku nak ada anak dara? Ehem! Faiq kiri kanan pegang buah. Masa ni dia baru dapat kaki. Ke hulu hilir je kerjanya. Penat mengejar dia je :D



Member ofis. Susah senang bersama ye tak? Kehkeh. 






3 tahun berlalu... tiba2 Faiq dah ada adik yang dipanggilnya kereta kebal. Haha bertabahla adik. 


Adik yang sado tapi manja hihi. Abang Faiq muka lembut tapi ya rabbi garang betul. Haha. 

Sayang dua2 anak ibu. 

Tengah recall mood nak menulis. Busy oi. Grrrr!

Thursday, August 18, 2016

indah pada masaNya

Ehem! Nak mula tang mana ni eh? Aku dah lama tak mengarut ni... kalau agak - agak macam panjang je penulisan aku ni.. makanya aku menulis dari handphone dan dari hati. Cewah! 


Aku sejak kecik lagi memang agak kurang self confidence ni. Suka memendam rasa. Kadang - kadang aku jadi pendendam. Sejak dah masuk 3 series ni je rasa macam ah lantak lah di situ. Banyak benda lain yang perlukan perhatian aku. Gituu. Hehe. 


Macam mana eh nak cakap. Bila benda ni dah jadi dalam hidup aku.. baru aku perasan.. oh rupa - rupanya Allah memang nak bagi tapi pada waktu tertentu. 


Ok. Kita mula dengan benda pertama. Aku satu sekolah dengan laki aku. Tapi lain kelas la. Tapi kami pernah la 1 group motivasi... masa tu ada budak - budak uitm datang untuk bagi motivasi kat weols yang akan menduduki spm tahun 2003. Laki aku agak popular masa tu di sekolah. Padahal bukan hensem pun. Maybe sebab jenis dia tak melayan perempuan? Yeke? Aku rasa batch aku je kot? Haha. Macam mana aku tau popular? Sebab aku selalu terdengar bisik - bisik budak perempuan kat bilik prep bergosip. Buat aku tertanya- tanya apa yang best sangat mamat ni? Euw. Sampai aku macam terdetik dalam hati - one day aku mesti kenal mamat ni - pastikan dia gilakan aku. Kahkah. Tah hape2 lah. Tapi niat aku tu mati di situ. Dan aku takde buat apa2 action pun lepas tu. Eh sedar2 tiba2 terkahwin dengan dia. Dah kenapa? Hadoi. Masa kami baru2 tunang dulu... ada la sorang member tegur.. dia cakap - punya la ramai syok kat si -------- last2 Liyana yang dapat. 

=='


Benda kedua pulak bila aku kerja di Kolej Negeri dulu tahun 2008. 01.01.2008 - 30.11.2008. Hehe. Aku kerja sebagai kerani di bahagian pendaftaran. Kerja aku register kan nama student yang nak masuk...  non stop.. pukul 1-2 je rehat... itu pun pukul 130 aku dah nampak ada ejen yang dah bersapau kat lobi tunggu aku nak registerkan student. Sebab aku yang akan keluarkan offer letter. Letihnya hoi. Pergi keje naik bas. 2 kali tukar bas. Sampai2 kena sapu ofis dulu. Ofis takde cleaner. Baru buat kerja. Sampai aku jadi jeles giler dengan budak akaun yang ada ofis sendiri... duduk je buat kerja dia... tak kena kacau langsung kat orang ramai. Aku terdetik dalam hati - teringinnya aku nak jaga akaun ... buat kerja akaun pulak.. mesti tak ada orang kacau. Hewhew. Itu tahun 2008..  2016... baru aku dapat kerja akaun. Hahaha. 


Ok benda ketiga... masa aku kerja setiausaha dulu...  masa awal2 kerja... tahun 2010...kan tak ada baju kerja yang elok2.. asyik rotate je baju yang hado... pastu tengok member baik... asyik dapat baju berbundle2 dari kakak secretary... sampai bawa balik kampung bagi adik2 yang lain.. itu pun sebab dia asyik tolong kakak tu cover jaga big boss agaknya. Maka terdetik la dalam hati aku... bestnya.. aku nak jugak cover boss kakak tu.. nanti mesti dapat banyak baju free. Hahaha. Cakap dalam hati je ok. Ok fine tahun 2016 dalam sebulan lebih jugak aku dapat cover bog boss itu.. kebetulan pulak kakak tu sakit. Eh aku dapat banyakkkk baju dari dia ok. Hahaha. 


Sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku ada terdetik dulu... tapi tak dapat masa tu.. tapi Allah bagi later. 


Now dalam fikiran aku... aku teringinnnn sangat nak ada rumah sendiri. Omg! Adik aku dah beli rumah 300k. Aku belum ada lagi. Aku tak boleh duduk diam sebab nanti saudara mara mesti query kenapa aku tak ada rumah lagi? Eh aku dah terbiasa dari kecik memang dibanding2 kan. Bukan tak nak beli tapi komitmen tinggi lagi ni. Pastu tabung deposit rumah tak cukup lagi :O


Semoga Allah permudahkan. Sedihnya umur dah 30.. aset pun tak ada lagi :(

Eh sebenarnya aku nak cerita pasal apa pun aku tak tahu. Ahaha. Sejak bila pulak la aku pandai nak merancang2 life aku ni..  kehkeh.

Wednesday, August 17, 2016

grab car yang best!

Aku jarang guna teksi... selalu booking kat Blue Cab je.... itu pun untuk cik bos. Tapi ada satu hari tu nak dijadikan cerita.... Blue Cab fully booked la pulak. Kelam kelibut la aku mencari taxi lain yang available... warisan ... sinaran.. .semua kena booking last minit. Aku syak punca Blue Cab cakap taxi tak available adalah puncanya sebelum itu cik bos aku ada cancel kan booking.... kau bayangkan lagi setengah jam... cik bos suruh cancel - change in plan. Pulak. Grrrr! 


So.. hasil pencarian aku jumpa la Grab ni ha. Terus call nak booking untuk cik bos. Tak boleh la pulak nak advance booking sebab kalau nak advance booking grab car kena at least 1 jam sebelum.... . ataupun nak gerak baru try booking balik. End up, Blue Cab available... so cik bos aku naik Blue Cab jela. 


Grab ni kena install kat Play Store. 

So semalam kebetulan ada hal yang perlukan aku naik taxi.... so aku try la Grab ni. Grab ni detect melalui location di mana kita berada. So Grab akan detect mana2 driver yang berhampiran. Berlambak2 la driver keluar... ko select je mana2 yang berkenan. HEHE. Grab ni pakai kereta persendirian ye.... dan tambang yang ditulis tu adalah FIX! Tapi semalam aku lalu tol... kitorang kena bayar tol pulak. So rasanya tol ditanggung oleh penumpang kot. Kehkeh. 


Highly recommended la rasanya. Tak perlu risau kalau jam sebab tambang fix. Hehe. Pergi aku naik Myvi baru... balik naik Saga flx. Ok la.... kalau pergi ramai2 memang berbaloi.


Boleh pilih nak teksi mahal ke murah. HOHO




Siap dapat resit lagi. 


Sekian review ikhlas mak. HAHA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...