BLOGGERIANS

Tuesday, January 19, 2016

1st day masuk kerja

Ni entri semalam. Apa hal entah apps blogger kat phone buat hal. Aku ni kemain malas nak taip kat pc. Line tak clear katanya. Huhu. 


So baca jela kisah semalam ni. 

Blur2 je masuk kerja hari ni. Haha. Tu lah cuti panjang sangat sampai 3 bulan. Amek kaw. Rindu pulak suasana crowded KL - jalan laju2 semata2 nak kejar komuter - kejar LRT lagi - mana la tak menyusut badan den. Exercise sesaja pagi petang hihi. Mata dah macam panda sebab tak cukup tido. Bantai la minum kopi puas2. Behehe.


Pepagi 615am dah keluar rumah tinggal anak2 ke pengasuh. Both ok. Abang ok. Adik pun ok je sengih2. Aku rasa macam aku tabah pulak kali ni sebab masa Faiq dulu asyik terbayang2 - yela 1st time - lagipun mak jaga. Kali ni aku serah 100% ke pengasuh. Aku yakin akak tu boleh handle 



Dok beratur kat kaunter tiket. Mak aih menung jap bila pakcik tiket cakap RM15.80 dik. Pitam mak kau nak. Sehari 15.80. Kalau sebulan? RM316 untuk komuter je..  belum lrt lagi. Mau giler aku. 

Apa nak buat... nak tak nak kena la redah je. RM400 peruntukan untuk tambang komuter dan LRT je hoi. Belum masuk duit pengasuh RM500... haih main duit je sekarang yer... 

Ingatkan tambang naik... servis pun follow sekali. Harapan jelah. Huhu



Hai LEVEL 6? Welcome back. Haha.





Tinjau bilik cik bos. Alahai macam mana aku tinggalkan sebelum bersalin.. macam tu jugak lah lepas bersalin - penat iols terbongkok bawa perut dok asingkan projek paper dia tu tau. Heh




Dok kemas malam tadi. Barang 2 beradik tu. 





Hai cik PC




Pukul 12pm baru start mengepam. Malas punya pasal. Dah berdenyut2 baru gigih nak pam. Rezeki lebih kali ni pakai Medela Freestyle. Seriously memang terbaik pam ni.. untuk 15 minit.. aku boleh dapat 14oz... huhuh.... dulu masa pakai Medela manual.. boleh jugak la dapat banyak ni.. tapi lenguh tangan memerah. Hihi. 






Aku pakai pen ni untuk tulis kat plastik storage tu ha.. best la pen ni... rasa nak tulis je penuh2 kat plastik storage tu. Hahaha. 





And lastly, terima kasih untuk semua di atas. Baik sungguh hati semua. Segan iols nak terima.. anak second je pun.. hihi... ape pun.. ni la rezeki anak namanya :)



Ok lah bai. Tu jela cerita 1st day masuk kerja. Rindu anak2.. tapi bertabahlah mak2 yang bekerja kan... niat untuk bantu keluarga.. moga berbaloi pengorbanan kita semua ;)

2 comments:

- AZIE - said...

Ada yg kata xleh tulis direct marker pen ats storage plstikan? nti chemical akan serap..cuba awk gugel

Hana Soffelia said...

welcome back to work. haha kejap je kan masa berlalu, tup2 dah 3 months. weh tercirit tgk tambang komuter tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...