BLOGGERIANS

Friday, January 22, 2016

ke Melaka la lagi kita

Apa ada hal Melaka. Pengasuh anak aku tiap2 minggu ke Melaka. Tak heran pun.. tapi disebabkan nak mentido kat sana.. aku anggap ni trip jugak la. Kehkeh. Takpe slow2 belajar.. pasni boleh plan p jauh2 sikit. InsyaAllah :)


Entri lama ni... hujung bulan 12 hari tu.. asik dalam draft je.. malas betul nak menaip pheww. 

Trip kali ni abah yang beriya nak belanja. Tiba2 je abah cakap booking la hotel mana2.. kita p jalan. Weols macam blur nak p mana pulak cuti sekolah ni ... mesti orang sesak... lagi2 la Melaka --')


Brainstorm cecepat... terus decide Melaka. Hentam sajalah. Behehe. Kita p hotel lain n p tempat yang belum pernah pergi lagi. Hewhew.

Dekat je pun Melaka.... .tak sampai sejam dah sampai ... brainstorm kemain... haha. Tapi tak pernah jemu pun Melaka ni.  Lagipun book A Famosa Resort. Booked online.. tak tahu la mahal ke murah... 2 malam hampir 1k. Disebabkan abah yang nak belanja.. aku cadangkan abah buat debit. Payah pula nanti nak pegang duit banyak2 kan... rupa2 nya abah pakai kad lama yang memang lama betul tu.. color hitam kuning tu... laaa aku pun silap apasal tak check.. hihi. Mujur bawa cash... kesian abah... hehehe


DESTINASI PERTAMA: KLEBANG COCONUT SHAKE



Destinasi pertama cari coconut shake Klebang ni ha.... bagi aku best .. just nice sebab tak manis sangat... tapi coconut shake area matahari height senawang lagi sedap kot. Hehe #jangankecamsaya WUWUWU



Coconut shake area matahari height senawang terbaik. Aiskrim kat atas. Rasa tak cukup pulak 1 cawan nih ehehehe



UPSIDE DOWN HOUSE GALLERY


Bayaran masuk RM15 seorang kot. Lupa dah. Bagi aku tak berbaloi datang sini sebab mahal tu satu hal.. pastu ape ke hal pulak ada 2 lot je nak amik gambar? Hahah. Tak berbaloi ok. Tapi staff very friendly... boleh minta tolong ambilkan gambar.. dan dorang yang ajar macam mana nak pose :) Ini pose yang staff sana ajar ok. Kami follow je... boleh tahan sesak dalam ni. Ramai gak nak masuk... 




Aqeef mentido je dalam wrap ni :)



tengah dok plan mana nak pergi lepas ni? macam la berjalan oversea. kahkah. 



Solat Zohor, Asar n Maghrib kat area ni ha.. Dataran Pahlawan kot? Sebab lepas Maghrib cadangnya nak naik River Cruise ... hehe






Dak Faiq yang mata lebam sebelah. Jatuh katil sebab main selimut. Hah meh ibu tambah lebam lagi sebelah. Aku mak yang garang ok. Kadang tu Faiq siap tanya lagi "penat ke ibu cakap kat Faiq ni?" hahaha


Mencabar hoi mak anak 2. Lagi la dapat anak yang superrrr lasak. Memang perlukan kerjasama laki bini nak handle anak2 yang super cranky. Nak berjalan memang kena ikut mood anak2. 




Lepak2 je kat sini sambil cuci mata kat tempat kraftangan tu ha.... tak beli apa2 pun





RIVER CRUISE


Lepas Maghrib ... lepak sini...  sorang kena caj RM10.








Ni 2nd time aku naik river cruise .. tapi kan terasa lama pulak... maybe sebab aku tengah berbaby wearing dak Aqeef. Boleh tahan lenguh pinggang n bahu. Kena makan lebih Kalsium ni ahaha. 


Pukul 11pm++ kot baru sampai hotel. Ahaaa! Kami sewa Apartment 3 bilik kat A Famosa nih... lupa snap gambar. Tapi lebih kurang camni la interior nya... Ok2 jela :)

Check in : 3pm
Check out : 12pm

Confuse di situ. Hehe.








WATER THEME PARK

Esok nya kami plan nak jalan2 dalam A Famosa ni je... siang kat Water Theme Park.. malam ke Old West je. Kalau tak silap aku.. pakej ni kena RM79 per pax. Boleh tahan wey mahal. Mujur orang belanja heheheh. 



Nampak air je terus lupa diri mak anak dua ni. Ahaha.





Disebabkan bawa orang tua dan anak kecik2.. maka sewa la pondok ni.. panggil apa entah - cabana kot. RM200 weh.... RM50 deposit kalau tak silap. Aku tengok orang sebelah siap bawak buai lagi? Hehehe kemain! Nak lepak sampai pukul berapa la tu hehehhee.




Kitorang mandi.... baby tinggal dengan mak abah. Rupanya mak abah dok round kawasan. Ahaks.





Tapi pakej sewa pondok nih dapat free lunch. Eh sedap tau! Lagi2 sayur tuh. Faiq makan licin! Aku makan sambil menyusukan Aqeef. Huhu. Rasa supermak sangat heh! Tapi apehal Qu Puteh sangat tangan den tu?


Pukul 2pm kot kitorang gerak nak balik hotel... sebab mak abah dah penat. Laki aku ngajak ke Freeport dulu. Apa barang balik hotel katanya? Lulz. Dok window shopping.... boleh tahan harga barang yer? sempat la Faiq pow senapang? Yer senapang lagi. Dah masuk patratus senapang sesaja haha.






A KARIM SAMPAN SEAFOOD


Malam tu kitorang dinner kat sini sajo. Ingat nak makan ikan bakar ke apa. Tapi takut tak sempat pulak... sebab konon2 nak p Old West tengok show yang api2 red indian tu. Katanya start pukul 10pm....



Tangan bulus2 LOL. Tag tu tak boleh tanggal selagi tak masuk Old West. Sibuk la Faiq bertanya apa hal semua orang pakai macam tu.. dia takde? Kehkeh.




Kisahnya show yang red indian tu pukul 830pm! Bukannya pukul 10pm. Hadoi. Maka tersadai la kami di sini. Ahaha.

Aku masuk jugak kat tempat show tu ha... mak aih bising giler! Dengan botol arak bersepah2... seram maks. Dorang nak sambut New Year kot. Sempat la tengok bunga api sebelum masuk Old West nih.  




Baba burn banyak kalori sebab kejar budak bijak nih.. ahaha. Nasib la baba... tunggu adik besar sikit. Sorang kejar adik.. sorang kejar abang. Adil. Hihihi.



Eh ada cermin besar mari kita amik gambar! Haha




Check out - amik gambar ramai2 dulu. Plan nak ke Freeport 




Time ni Aqeef ngantok nak tido... Muizz nangis nak ape entah hihi.. Faiq sibuk nak berlari kat padang menghijau tuh. Adoi kena lelaju snap hehehe









Hihi. Terus ke Freeport. Tak banyak sangat lagi kedai.. tapi sempat la rembat 1 handbag! Hadoi hahaha



Mainan pusing2 ni free je nak naik. Terleka kejap... puas carik rupanya Faiq dah kat dalam ni! Ayoyo anak ibuuuu



 Otw balik... camni lah... 


Mak anak dua. Di mana ada ibu.. di situ ada Faiq. Hehehe. 

3 comments:

cik hani said...

terliur tengok coconut shake

wahida said...

Ya Rabbi mahalnya tiket masuk ke up side down tu...huhu...

ko mmg putih la nok...cantikkkk...

Hana Soffelia said...

Untung orang belanja. haha Hana kalau g Melaka, memang nk makan sangat kuih keria limbongan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...