BLOGGERIANS

Tuesday, March 15, 2016

life updates


Hi. Mood blogging memang kelaut la lately. Idea tu ada. Tapi masa tu tak ada. Oh well. Mak anak dua sangat katanya kan. 

Bab anak - dalam proses sesuaikan diri lagi. Haha. Sorang toddler. Sorang baby. Mujur baby tak banyak ragam. Dak abang pun sayang sangat adiknya. Tak sabar tunggu adik besar. Boleh main sama2. Mak nak proses adik gegurl pulak. EH? Lulz. Relax dulu 3 tahun. Tak pun... cukup la dua tu. Haha. Penat hoi mengusung perut sebab aku ni mak yang travel hari2. Kesian pulak kat anak2 sedia ada. 



Latest pic of us. Baba kat luar. Kita wefie bertiga jela macam biasa. HEHE.


Kat ofis. Sambut birthday cik bos. 8 tahun aku jadi PA dia. Paham sangat dah perangainya. Now tak jaga dia sangat sebab aku dah ada madu. Muahaha. Cik bos dah jaga 2 job function. So aku ni kejap2 cover bos kepada cik bos aku. Erk. Aku okay je.... (setakat ni hehe) Buat jela yang terbaik since orang dah percaya kat kita kan. Kali ni bos lelaki. Yes. Lebih simple dan tak terlalu detail macam cik bos. Tapiiii still aku nak keluar dari secretarial scope. Sebab aku bukan ambil secretarial course pun dulu. Haha. Tolongla dengan kuasa doremon. Aku nak transfer Seremban. Omg. Entah bila.





Disebabkan hari bekerja sampai rumah around 730pm onwards... makanya tidaklah aku memasak. Kadang tu aku order je. Cik abang tolong masak. Aww so sawit of u. Mujur cik abang pandai masak. Kalau tidak... kesian la jugak. Hoho. Tapi hari cuti memang aku masak .. sebab aku suka masak. 
fav iols! :D



Yang bestnya jadi PA ni adalah minggu setiausaha! Hohoi





Balik rumah dok melayan dak Faiq sambil iron baju.. sambil kemas beg anak2. Aku tengah membayangkan macam mana la anak dah sekolah nanti. Terurus ke tak rumahtangga ku? OMG OMG. Semoga dapatla pertukaran dalam tahun ni. Or else aku resign je. Sonang! hehe


Seperti biasa entri tergantung. Nanti la aku tulis lagi. Dok mencari mood. Skill menulis pun dah kelaut. Booooo!



3 comments:

diana aziz said...

Jangan resign. Rug. Try je mtk transfer. Sy pn tgh usaha nk balik kg

wahida said...

rajinnya encik suami masak...
awak sama dengan saya, saya pun suka memasak, tapi memasak cuma di hujung minggu je...hehe...

.hasina. said...

Sesekali mmg rasa nk resign kan. Err cari kerja lain kt semban la kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...