BLOGGERIANS

Wednesday, April 13, 2016

adik Aqeef


Asyik cerita pasal abang je... meh kita upload cerita adik pulak :)

Aqeef lahir 26.10.2015....5 bulan ++ dah sekarang ni. Sama date dengan zafran anak yanamib. Aku nampak dia update status kat fb... dah masuk labour room.. dah sakit2.. aku masa tu tak rasa apa2 lagi... terus seram sejuk... aku patutnya dah overdue... petang tu jugak buat jalan itik 10 kali pusing dari ruang tamu ke dapur. Hahaha. Jalan itik dengan Faiq. Memang berkesan! Pukul 3 pagi aku pecah ketuban. Yeah! 


Pencapaian terbaru - angkat bontot tapi belum lepas lagi. Bulat sangat. Asyik mengah je kerjanya. Hihi. 

Adik cool tapi suara kasar... sekali nangis.. phew.. bergegar rumah kecik den. Kuikui.

Dah ada 2 batang gigi bawah. Asyik nak menggigit je. Seram ok. Dia lapar pandai menyusu laju2... dah kenyang.. mula la menggigit.. pastu dongak pandang muka ibu. Nak suruh ibu geletek dia. Haha. 

Penggeli macam baba. Haha.









Adik banyak ikut baba rasanya. Faiq yang banyak ikut ibu :)

Lain anak lain perangainya. Sayang dua2 hero ibu. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun member2 cakap sayang anak sulong tu lebih sikit dari anak2 yang lain...aku rasa macam sama je... dan aku tak nak beza2 kan anak aku.. sebab aku pernah rasa dipinggirkan masa kecik2 dulu huwaa... aku berazam tak nak buat macam tu kat anak2 aku... seriously perasaan itu sangat tak best... boleh effect anak2 sampai besar :( 

Tak sabar nak tunggu adik besar sikit.. boleh bergabung tenaga dengan abang... buat sepah! Haha.




Adik moncit macam baba! Kahkah larik!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...