BLOGGERIANS

Wednesday, April 20, 2016

Aqeef cucuk 5 bulan

Lagi 6 hari je pun Aqeef nak masuk 6 bulan. Tapi sebab lambat p cucuk 3 bulan hari tuh... maka kena jarak2 kan lagi lah... tak pela janji aku vaksin kan anak2 aku. Macam2 penyakit sekarang. Langkah berjaga2 katanya...

Sebelum datang klinik... aku call dulu buat appointment sebab masa Aqeef 4 bulan aku tak datang buat check up.. ala ukur tinggi and berat je... aku rasa tak penting sangat... bukan apa.. aku ni payah sikit sebab opis aku jauh nun di kl... nak ke hospital private mak tak mampu... huhu... pernah la pergi hari tu ... hospital colombia seremban 2... untuk cucuk Aqeef 3 bulan.. aku datang pagi... tengahari baru jumpa doktor.. dah tu kena bayar rm200.. tak boleh claim. Company tak cover. So kau rasa? Baik aku p kkia je.. hihi... tunggu lama pun free je :)


So tadi hantar Faiq dulu ke rumah pengasuh. Faiq ok je.. dah besar.. dah faham... siap risau lagi "tak payah la cucuk adik.. kalau adik nangis macam mana?"

Sayang adik dia.. sejuk hati ibu :)

lagi 6 hari nak 6 bulan dah ;)

740am...kami yang first sampai. Terkejut gak. Last time 730am sampai dah penuh kereta. Masa sampai tadi.. nurse tengah menyapu sampah ... bersihkan klinik.. bersihkan toilet.. kesian cik nurse...


Rezeki dapat nurse yang baik. Boleh la nak borak2 kosong :) ukur tinggi... timbang.. berat 9.2kg. Eh hampir tak muat dok dalam tempat timbang tu kahkah. Bulat je seketul dalam tu. Cucuk.. nangis sekejap pastu ok. Dapat ubat demam aka tahan sakit jugak... kena bagi terus... lepas 6 jam if tak demam... tak payah bagi dah.. dos 3.8ml sebab ikut berat. Hihi. Time Faiq dulu 1.5ml je.. hehe


Dapat time slip sampai 930am. Husband ajak breakfast dulu. Lapar dey. Aku ingat malas nak teman.. kang pukul berapa pulak sampai ofis... tapi teringat lak blog hamka kereta mayat ada share... "kena teman suami makan.. nanti setan dok hasut2 cari lain... " erk sentap den. Ok lah jom breaksfast dulu.. kejap je pun.


Breakfast kat kedai kopitiam 73 area sendayan.. Kedai baru kot. Mak aih 2-3 kali si tukang amek order datang... tak faham kot. Tengok muka laki aku dah lain je. Bengang lettew orang tu tanya banyak kali.. dah la perut lapar ye tak ...haha. Mak ok je. Cool bebeh.



Dah namanya kedai kopitiam.. order set yang ada roti bakar and telur separuh masak lah. Sedap! 4/5 bintang. Behehe.







Telur separuh masak ni mengingatkan aku memori sekolah rendah... dulu2 mak mewajibkan anak2 dia makan telur separuh masak ni sebelum pergi sekolah. Hihi.



Ok lah.. tu je nak cerita.. aku menulis ni pun kat dalam komuter... belum sampai Kl Sentral lagi. Haha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...