BLOGGERIANS

Tuesday, April 12, 2016

bos

Hari ni macam pening2 lalat masuk ofis. Ni semua gara2 si Faiq tido lambat. Eh sebenarnya dia dah tertido pukul 7pm… lepas tu tersedar pukul 11pm. Terus sugar rush! Hadoi nak pitam mak kau nak.

Bangun2 mintak nasi. Ok la fine. Ibu layankan. Sian anak bujang lapar tak sempat dinner lagi dah terlelap. Baba keluar pulak ada kerja sikit. Makan sambil tengok upin ipin depan tv. Aku baru nak terlelap..  "ibu… tolong tukar cerita lain. Dah habis cerita upin ipin yang ni…"

Erghh! Geramnya. Sakit kepala den. Ye la baru nak terlelap. Secara tiba2 sakit kepala sebab terkejut Faiq suruh tukar channel. Dah 2 - 3 kali asyik terlelap - terkejut - tukar channel. Akhirnya aku marah dia.

"Tutup TV sekarang. Dah pukul 3 pagi ni. Kang ibu terbangun lewat nak pergi kerja. Nanti bos ibu marah"

Terkebil2 budak tu. Haha. Aku salah cakap kah? Off tv. Eh akur pulak budak nih. Haha.

Terus peluk dia … slow talk dalam selimut.

"Dah malam ni.. mana boleh tengok tv lagi.. tadi kan dah tengok upin ipin 400 kali… esok ibu kerja… nanti ibu lambat pergi kerja.. bos ibu marah ibu macam mana? Kesian ibu kan. Faiq kesian ibu tak?"

"Ohh… ok baik ibu." Sejuk hati den. Cakap elok2 dengan anak memang bagus. Tak payah tengking2 :)

"Ibu tolong picit belakang Faiq… Faiq nak tido ni… nanti lambat bangun… bos Faiq marah"

HEHEHE. Perli ibu nampak.



1 comment:

- AZIE - said...

hehehehe amboi faiq pun ada bos ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...