BLOGGERIANS

Wednesday, April 20, 2016

butter prawn first time buat haha

Haha tu penting sebab aku tak pernah rasa butter prawn.. and tak pernah buat jugak hahaha. 

Tiap kali balik kerja mesti laki aku tanya nak makan apa? Nak masak ke nak tapau? Kalau ikutkan hati memang aku nak masak.. sebab Faiq and baba nya akan makan bertambah2 walaupun lauk ala2 je haha  :) tapi kalau ikutkan kadar kepenatan tu.. beli je boleh tak? Huwaa... ibu dah habis bateri. 

Tapi tengok gaya semalam.. macam nak suruh masak je..  hmm baiklah! Aku kan supermak! Haha. Tapi awok pegi siang udang. Mak malas. Nak nenen adik lagi kan. Kang adik pukul 8pm dah kiok. Semalam pun tertido sendiri.. letak je atas tilam.. dia tengok upin ipin.. pastu tertido sendiri.. ibu lak rasa terkilan sebab ibu kat dapur :( 

Ok back to butter prawn. Husband p beli daun kari and butter je. Ok fine. Kita buat jela pakai apa ada kat rumah je. Hahaha. Tepung pun tak ada kat rumah. Kuikui. Eh tapi ada tepung beras. Belasah jela ahaks! 

Kalau ikut resepi.. bahan2 yang kena ada... udang, tepung jagung, telur, lada putih, susu cair, daun kari, cili api

Tapi semalam aku takde lada putih and tepung jagung. Aku bantai je letak tepung beras and lada hitam. Haha. Boleh la kan? Hihihi



Ada la juga rupa butter prawn. Laki cakap sedap boleh buat lagi maka mak pun upload dalam instagram. Hahaha.

Tadi laki aku dah request gulai sardin. Adeh. Hahaha. 


4 comments:

humble.yat said...

wah best tu udang butter,,sy pun tak pernah try masak udang butter lagi...:-)

idzwa kamaruddin said...

saya tak berjaya buat lagi nie

CikNaa said...

sedapnya.. walaupun senang tapi tak pandai buat hehe.

wahida said...

menjadik dan nampak sedap sangattttt...
kalau buat lagi, sila post kat i sikit...huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...